KHMA 40

3.4K 215 19
                                    

Instrument di mainkan. Aku cuba untuk berlagak gembira. Penonton pula bersorak memeriahkan persembahan. Ramai sungguh peminat Mr.A ni.

( Aliff)
Saban hari ku mencarimu
Semalaman ku mengenangmu
Marah, resah, gelisahku
Menjadi satu

( 1 )
( Aliff)
(Ku) tahu kau di dalam dilema
Sukar untuk buat pilihan
Jangan kau cepat berubah
Pendirian dirimu... oho...

( korus )
( Lydia)
Salahkanku... jangan salahkan ku
Kasihani aku... lupakan diri ku
Mana satu... ku jadi keliru
Aku makin keliru

( Aliff)
Dikau selalu saja begini
Aku selalu tidak mengerti
( Lydia)
Namun ku masih percaya
Kita harus bersama

Aliff memainkan gitar secara solo. Aku dan Aliff membelakangi antara satu sama lain dengan senyuman. Berpura-pura enjoy dengan persembahan.

(Aliff)
(Ku) tahu kau di dalam dilema
Sukar untuk buat pilihan
(Lydia)
Jangan kau cepat berubah
Pendirian dirimu... oho...

( Duet)
Salahkanku... jangan salahkan ku
Kasihani aku... lupakan diri ku
Mana satu... ku jadi keliru
Aku makin keliru

( Duet: )
Ingin jumpa... tak ingin berjumpa
Ingin bercinta... tak ingin bercinta
Dan pintaku... beri jawapanmu
Ku tak ingin keliru

Tamat nyanyian, kami berbaris membuat satu barisan lalu menunduk hormat tanda terima kasih. Tepukan gemuruh dan laungan 'Laxia' bergema di seluruh auditorium.

Satu persatu menapak ke belakang pentas. Sempat aku mengucap kata semangat kepada sekolah terakhir dengan senyuman.

"Tak payah nak berlagak baik lah kau"kata satu suara yang boleh menggelegakkan air yang sudah panas.

"Kau pahal?! Apa yang kau tak puas hati dengan aku sampai nak sindir dan perli aku bagai!"aku melenting.

"Kau tu yang apahal. Perlu ke kau tipu aku dengan identiti kau tu?! Aku ni siapa bagi kau?! Aku silap sebab percaya kan kau lah! Kau rapat dengan aku sebab nak gunakan populariti aku je kan untuk nama Black Mask naik balik!"lancang betul kata-kata Aliff. Semua krew memandang ke arah kami. Ada yang berbisik antara satu sama lain dan ada yang teruja kerana dapat tahu siapa Black mask sebenarnya.

"Ya! Aku mintak maaf sebab aku rahsiakan pasal ni tapi aku buat semua ni bersebab! Aku ingat kau faham aku Aliff! Tapi aku silap. Kau lelaki yang tak guna!"herdik ku. Bergenang air mata aku. Baru kali ini aku berani menangis di hadapan Aliff.

"Siapa tak guna sekarang ni? Aku ke kau?! Kau tipu aku itu bukan tak guna ke?! Aku dah tak ada rahsiakan apa-apa dari kau. Tapi kau?"bentak Aliff. Perasaan marahnya membuak-buak apabila merasakan dirinya di tipu sebegitu.

"Aku tak mintak tau benda ni. Aku sebenarnya dah lama nak bagitahu siapa aku. Ya! Aku dan Aisyah ialah Black Mask! Biar semua orang dekat sini tahu yang aku ni Black Mask! Puas hati kau. Ha! Puas!!!"tengking ku menolak bahu Aliff sekuat hati. Air jernih mengalir membasahi pipi.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant