KHMA 6

4.7K 277 6
                                    

Aku membelek buku text helaian demi helaian. Lepas tu aku tutup kembali buku text. Aku memandang Aisyah yang berada di sisi aku sedang khusyuk menulis. Apa yang dia tulis pun aku tak tahu padahal cikgu ganti je sebab cikgu siti MC.

"Syah, aku bosan lah. Jom keluar kelas. Cari masalah nak?"ajak ku.

"Kau gila ke? Aku ni pengawas tau. Karang tak pasal-pasal masuk bilik disiplin. Kau pun dah janji dengan ummi dengan walid aku nak berubah kan"kata Aisyah.

"Yelah-yelah. Bosan tahu tak"aku menungkat dagu.

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Kedengaran bunyi dentuman yang kuat mengikut rentak. Macam ada orang main drum. Tapi siapa?.

"Syah, kau dengar tak apa yang aku dengar?"soal ku mencuit lengan Aisyah.

"Ha'a lah bunyi drum. Tapi siapa yang main. Takkan ada majlis kut nanti."Aisyah menggaru kepala yang berlapik tudung.

"Oh! My! God Lyd!! Aku lupa. Jumaat ni ada lawatan dari budak sekolah Elite nak datang. Tu yang budak band tengah berlatih tu"kata Aisyah sambil mencari sesuatu di dalam begnya dengan kelam kabut

"Jom ikut aku kejap"Aisyah menarik tangan aku berdiri terus ke meja guru.

"Cikgu saya dengan Lydia kena buat persiapan untuk jumaat ni dekat dewan"kata Aisyah. Cikgu hanya mengangguk malas. Nampak sangat cikgu tu tidur tadi.

Aisyah menarik aku menuju ke dewan di mana bunyi drum berdentum tadi datang. Aku melangkah masuk ke dewan langkah ku menjadi kaku melihat ramai pelajar yang berada di dalam dewan ni tengah buat persiapan. Mata ku tertancap pada susuk tubuh yang duduk di tepi pentas sambil membetulkan not-not gitar. Gile Hot! Tapi, macam kenal je.

"Lydia, jom tolong aku dekat meja aturcara"kata Aisyah menarik tangan aku ke depan dewan selamba tanpa menunggu aku menjawab.

Aku yang duduk di meja aturcara mencuri-curi pandang si pemain gitar yang duduk di tepi pentas.

'Kalau tengok si Aliff ni handsome jugak. Tapi tu lah perangai dia aku tak boleh blah! Suke menyakitkan hati. Berlagak!'bisik hati ku.

Aliff yang perasan aku asyik memandangnya terus dia mengangkat wajahnya memandang aku. Mata kami bertembung. Satu kenyitan mata oleh Aliff di hadiahkan dengan bibirnya menjungkit senyum.

Aku kembali memandang kertas wajah ku memerah. Apa kena dengan dia tu tiba-tiba kentit mata dekat aku. Aku memberi perhatian pada apa yang di bebelkan Aisyah untuk menyorok rasa malu ku.

'Such a cute Girl' bisik hati Aliff.

"Okay Aakiff, Adam kita start balik"kata Aliff berdiri membetulkan tali gitar yang tersangkut di bahunya.

"Okay"kata Adam yang duduk di bahagian drum. Eh! Sejak bila abang aku ni pandai main drum.

Adam mengangkat kayu drum tinggi sambil mengetuk sebagai pengiraan. Terus mereka bertiga memainkan musik mengikut rentak. Pelajar lain yang sedang menyiapkan dewan terhenti serta merta apabila mendengar musik yang di mainkan oleh Mr. A. Terutamanya pelajar perempuan. Kebanyakkannya terkinja-kinja.

"Lyd, kau asal muka berkerut semacam je?"tanya Alia menyetuh bahu aku

"Eh! Alia, bila kau datang?"aku memandang Alia sedikit terkejut.

"Kau berangan dah sampai mana Lydia. Alia ni dari lepas rehat tadi lagi ada dalam dewan ni"seloroh Aisyah.

"Seronok sangat tenung si Aliff tu. Kalau suka tu mengaku je lah.."Alia menyiku lengan aku.

"Ish! Memang tak lah aku nak suka si tenuk tu. Ee geli"aku menafikan. Aku kembali memandang kertas yang tertulis tentatif acara.

-------

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now