KHMA 3

5.1K 295 0
                                    

Aku duduk di tempat duduk ku sambil mengurut betis aku yang lenguh kerana berdiri tadi. Tak guna punya Mr. A. Aisyah yang duduk di sebelah hanya memandang aku simpati.

"Lydia, aku nak tanya kau satu soalan boleh?"Aisyah membuka mulut.

"Tanyalah apa dia?"

"Macam mana kau boleh tergerak hati nak datang KL?" Aku yang sedang mengurut betis tiba-tiba terhenti. Kepala di angkat perlahan memandang Aisyah.

"Aku... Aku.. bukan tak nak cerita, tapi belum tiba masa dia. Sorry".

"Tak apa lah. Kalau kau belum bersedia, aku faham. Eh! Jomlah gerak pergi bilik musik. Ni kau boleh jalan tak ni?"kata Aisyah membawa keluar buku nota musik dari beg sekolahnya.

"Boleh je jalan. Sikit je. Jom" aku mengikut jejak Aisyah ke bilik Musik. Sorry Aisyah, aku tak dapat nak cerita dekat kau tentang hidup aku yang ramai tak tahu.

Setibanya di bilik musik, langkah ku terhenti di hadapan pintu. Eh! Apasal ramai semacam je kelas aku ni?.

"Kau kenapa Lydia?"tanya Aisyah yang perasan aku hanya berdiri tegak di hadapan pintu.

"Apasal ramai sangat orang dalam kelas ni? Kita tak salah kelas kan?"aku menjenguk ke pintu yang tertera nama bilik.

"Kita gabung dengan kelas 5 Anggun. Kelas si MR. A"kata Aisyah. Melopong aku mendengar.

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Aisyah. Dan aku perasan ada seorang pelajar perempuan yang duduk di pojok kelas. Aku bangun dari tempat duduk ku terus berpindah ke tempat duduk sebelah pelaja perempuan itu.

"Hye, aku Lydia Farhana. Kenapa duduk sorang-sorang dekat sini?"tanya ku ramah.

"Erm.. hye, saya Alia Hawani. Panggil Alia. Erm.. saya ni tak berapa rapat sangat dengan budak kelas saya. Diorang cakap saya ni nerd"

"Weh Lydia, kau buat apa dekat sini?"tanya Aisyah yang baru datang. Matanya memandang gadis di sebelah aku.

"Hye Alia, buat apa sorang-sorang dekat sini?"soal Aisyah tersenyum.

"Dia tengah basuh baju. Kau tak nampak ke?"jawab aku. Dah nampak duduk sorang-sorang bergi tanya lagi. Aisyah memandang aku tidak puas hati.

"So, Alia. Friend?" Aku menghulurkan tangan ku.

Alia memandang aku. Tangannya teragak-agak mahu menyambut huluran tangan ku. Aku dan Aisyah menayangkan senyuman Ikhlas. Tanpa berfikir terlalu panjang, Alia menyambut huluran tangan ku.

Mesti korang tertanya-tanya kan? Aisyah ni tak ada kawan ke sebelum aku masuk sekolah tu? Aisyah ni jenis yang friendly, dia berkawan dengan semua orang. Tapi tak adalah sampai BFF. Sebab, the only BFF she has is me.

Aku dan Aisyah membetulakan kedudukan ku apabila cikgu Hani memasuki kelas.

" Okay semua selamat pagi, maaf cikgu lambat sikit sebab ada mesyuarat sekejap tadi. Okay so, hari ni cikgu nak buat pengumuman yang sekolah kita... Terpilih untuk masuk battle of the band!"kata Cikgu Hani teruja. Yang lain sudah mula berbisik sesama sendiri.

"Jadi, before the Battle of The Band compatition, cikgu akan buat pertandingan dekat sekolah, untuk pilih 3 band yang layak ke Battle Of The Band"samhung cikgu lagi.

Aisyah yang duduk di sebalah ku bagaikan teruja. Aku pula tidak berminat untuk ambil tahu. Ketukan pintu dari luar membuatkan seisi kelas senyap. Mata semua memandang ke arah pintu. Tiga figura masuk ke dalam kelas dengan tangan di masukkan ke dalam poket seluar. Kau ingat macho lah tu.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon