KHMA 8

4.4K 272 2
                                    

Adam menuruni anak tangga dengan beg galas di belakang badannya sambil memusingkan stick drum di jari. Aku yang baru balik dari sekolah melihat Adam berkerut.

"Kau nak pergi mana?"soal ku kepada Adam.

"Oh! Aku tidur rumah Aliff sebab nak practice untuk esok. Tolong bagitahu pak long dengan Mak long."kata Adam berlalu ke muka pintu.

"Dam, asal Mr. A tak buat persembahan pembukaan?"tanya Aisyah. Menghampiri Adam yang sedang menyarungkan kasut di muka pintu.

"Kan Mr. A dah buat persembahan untuk aturcara...Dah lah! Aku pergi dulu. Jangan lupa bagitahu pak long dengan Mak long"Adam melangkah menuju ke kereta. Badan di bolosi masuk ke tempat duduk pemandu. Kereta milik Adam keluar dari perkarangan rumah. Aku hanya memandang Adam pergi dari muka pintu.

Pintu rumah di tutup sebaik sahaja kereta Adam mula menghilang. Aku memandang Aisyah dan Aisyah memandang aku

"Yes! Line clear!"aku dan Aisyah serentak bersorak sambil melompat.

Langkah laju di atur menuju ke bilik. Aku menghempas badan aku di atas katil siling putih ku tatap.

"Dah lama aku tak buat persembahan. Bagus lagi ke suara aku ni"kata ku sendiri. Aku bangun dari pembaringan lalu berdehem. Aku melontar suara ku bagi membetulkan irama dan melodi suara aku.

"Wow! Nampaknya suara kau masih ada"kata Aisyah yang berada di muka pintu.

"Syah, step kau masih ingat ke? Dah lama kita tinggal buat benda ni".

"Aku ni.. ingatan kuat babe. Kau jangan risau. Cuma stamina aku je lah kurang sikit hahaha"Aisyah melabuhkan duduk di sebelah aku.

"Kau jangan Syah. Karang tak pasal-pasal semput. Kita menyanyi dan menari tau"aku memberi amaran. Jatuh lah air muka Black Mask kalau semput tengah perform.

"Ye.. aku nak pergi gym kejap. Kalau kau nak join jom"Aisyah berlalu keluar dari bilik aku. Aku hanya mengangguk. Kotak yang tersemat di bawah katil aku capai.

Kotak aku letakkan di atas katil. Tangan aku mencapai satu poster yang di atasnya terdapat gambar aku dan Aisyah bersandar sesama sendiri. Waktu tu, Aisyah masih tidak bertudung. Rambut kami di ikat ponytail dan memakai Mask hitam.

Itulah persembahan terakhir aku sebelum ibu dan ayah aku meninggal dunia. Selepas dari kejadian itu, aku langsung tidak mahu menyanyi. Aku meletakkan kembali poster ke dalam kotak. Mata aku tertangkap satu mask hitam pink yang tertulis ALPHA di atas nya. Minda aku menerawang.

"Lepaskan aku lah! Aku nak balik!"aku meronta apabila dua orang lelaki berbadan tegap mengheret aku masuk ke sebuah tempat.

"Well, Lydia Farhana Dato'Hamzi. Mana abang kau?"tanya seorang lelaki yang memakai sut putih duduk di hadapan aku sambil menyilang kaki. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Apa kau nak ha! Abang aku tak ada. Dia dah blah"kata ku meronta lagi.

"Kau tahu apa aku nak Lydia.. ayah kau dah banyak rugikan aku selepas dia mampus. Apasal lah dia tu mampus awal sangat. Tak adalah aku rugi berjuta-juta. Tapi, aku tahu yang anak dia boleh di harap. Di sebabkan abang kau dah berambus, kau lah yang akan laksanakan tugas ni"katanya.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now