KHMA 38

3.3K 213 5
                                    

Aliff, Aakiff dan Adam berdiri di hadapan Haiqal, Amril dan Syafiq. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Aliff menanggalkan jaketnya dan hanya meninggalkan tshirt putih tanpa lengan yang tersarung di badannya. Jaket itu di serahkan kepada Bun. Pistol yang terselit di belakang badannya juga di serahkan kepada Bun. Tertelan air liur Haiqal melihat pistol di keluarkan dari belakang badan Aliff.

"Yang lain boleh duduk dekat tepi dulu. Biar Z dan Haiqal yang lawan dulu"kata Lack.

Yang lain mengundurkan diri bergerak ke tepi. Hanya tinggal Aliff dan Haiqal sahaja di tengah-tengah gelanggang berlawan. Haiqal sudah siap membuka kekudanya. Manakala Aliff masih lagi berdiri bersahaja.

"Kekuda kau salah. Posture badan kau pun salah. Kau tak kunci badan kau dari di serang"ujar Aliff bersahaja.

"Kau jangan nak berlagak hebatlah. Cepatlah lawan aku"kata Haiqal penuh lagak.

"Berlagaknya Haiqal tu. Aku rasa sekali kena kick dengan Aliff terus tumbang"kata Alia.

"Kan...."sokong Aisyah.

Haiqal memulakan langkah. Kaki di atur laju menghampiri Aliff. Tangan di bawa ke belakang dan bersedia untuk menumbuk Aliff. Dengan pantas Aliff mengelak tumbukan Haiqal menyebabkan Haiqal terdorong ke depan dan tersembam ke tanah.

Aku, Aisyah dan Alia hanya ketawa. Haiqal menumbuk lantai geram. Dia kembali berdiri lalu menyerang Aliff. Setiap serangan yang di lepaskan, satu pun tidak kena. Aliff hanya mengelak dengan bersahaja serangan Haiqal.

Sekali lagi Haiqal melepaskan tumbukan, Aliff mengelak serangan bergerak ke belakang Haiqal dan pantas melepaskan tendangan di belakang badan Haiqal. Haiqal jatuh ke tanah. Muka Haiqal berkerut menahan sakit di bahagian belakangnya. Melopong Amril dan Syafiq melihat tindakan Aliff

"Kau pikir nak serang je kan. Jangan terlalu gelojoh nak serang musuh kalau berlawan tanpa senjata. Ni lah jadinya kalau kau serang tanpa berfikir"ujar Aliff mendatar. Dia terus berlalu ke tepi dan meninggalkan Haiqal di lantai.

"Sekarang kau tahukan kenapa kau bukan lawan aku"sahut aku dari jauh.

Haiqal berdiri sambil menepuk seluarnya yang sedikit kotor. Jelingan di lemparkan ke arah aku. Aku hanya ketawa geli hati. Itulah, berlagak lagi. Sekali kena dah terjeluput atas lantai.

----------

Hari ni merupakan hari yang di nantikan iaitu pertandingan battle of the band. Aku dan pesan awal-awal dekat H.A.S supaya rahsiakan tentang identiti aku dan mereka juga kalau tak nak mati awal. Tapi, ajal maut semua tu siapa je yang tahu kan. Setiap kali turun padang mesti aku tak putus berdoa.

Pasukan band sudah pun menunggu di kantin bagi mengisi perut sebelum bertolak ke auditorium. Sedang aku ralit makan, satu whatsapp masuk menerusi telefon ku.

+ Nanti ada show dekat Auditorium. Standby.

Aku mengangkat wajah aku kepala di pusingkan memandang Aisyah di sebelah. Guest what? Aisyah pun tengah pandang aku dengan wajah cuak.

Mampus aku kalau macam ni. Macam mana boleh bersimbing ni!!!

"Syah, Lydia, korang ni kenapa? Cuak semacam je? Nervous ke?"tanya Aakiff.

"Mana ada aku nervous. Tak sabar ni nak perform"tipu ku. Aku dan Aisyah menyambung kembali makan.

Tidak lama kemudian, cikgu Hani datang dengan membawa satu fail di tangannya. Satu helai kertas di keluarkan dari fail terus dia menilik kertas itu, kami semua dan alat musik silih berganti.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now