KHMA 71 (Final)

5.2K 257 91
                                    

Aku cuba untuk melepaskan ikatan tapi sia-sia. Elisya masih lagi menangis. Kasihan aku lihat Elisya. Aku cuba lagi membuka ikatan tali. Suraya kembali lalu berdiri di hadapan aku.

"Oi! Apa ni?"soal Suraya menunjukkan pregnancy test di hadapan aku.

"Tu pregnancy test. Kau tak sekolah ke? Kau mengandung dulu kau check pakai apa?!"sindir ku.

"Kau jangan nak berlagak dengan aku eah!"Suraya menunjal kepala aku.

"Kau mengandung? Wah...lagi senang kerja aku nak.."kata-kata Suraya terhenti apabila pintu rumah di tolak kasar.

"Abang!"panggil ku.

Aliff tergamam di muka pintu melihat aku sudah terikat di kerusi. Begitu juga ibu dan abah. Elisya yang menangis di hampirinya terlebih dahulu perlahan-lahan. Terus Aliff mengendong Elisya.

"Suraya, aku minta..kau tolong lepaskan keluarga aku. Kau nak duit je kan!"Aliff bersuara.

"Ya, aku memang nak duit. Tapi bukan bermakna aku akan lepaskan diorang. Tapi.. disebabkan kau ni bekas suami aku, aku bagi kau pilihan. Kau nak aku lepaskan ibu dan abah kau ke.." pistol di tangan Suraya di hala ke arah ibu dan abah.

"...atau bini kau yang tengah mengandungkan anak kau ni"pistol dihala pula kearah aku.

"Hah? Mengandung?"Aliff tergamam memandang aku.

"Hoi! Kau pilih sekarang sebelum aku tembak bini kau ni!"tengking Suraya dengan pistol di hala ke arah aku.

Aku memandang Suraya sinis. Dia belum bijak untuk tangkap aku. Aku menendang pistol di tangannya menyebabkan pistol itu terpelanting jauh. Terus aku menendang perutnya kuat. Tercampak dia terdorong terlanggar sofa. Adam dan Aakiff masuk lalu menembak bahu dan kaki lelaki yang bersubahat itu menyebabkan lelaki itu jatuh ke lantai.

Adam menghampiri Suraya. Tangan Suraya di bawa ke belakang lalu diggarinya. Adam mencampakkan gari kepada Aakiff lalu menggari tangan lelaki itu.

Aliff menghampiri aku. Dia melutut di belakang kerusi membuka tali yang mengikat aku. Tubuh kecil ku di peluk. Bibir Aliff tidak lepas dari mengucap syukur. Ubun-ubun ku di cium.

Aku berpaling ke arah suraya yang duduk tergari di lantai. Kaki menapak ke arahnya.Aku bercangkung di hadapan Suraya. Pipinya aku cengkam dan mendongakkan kepalanya memandang aku.

"Kau fikir kau dah cukup kuat ke nak lawan aku. Kau dah lupa ke aku ni dulu siapa? Ni Hana lah. I am a mafia."aku menolak wajah Suraya. Suraya memandang aku bengis

Silap orang dia nak kacau. Aku mengambil Elisya di dalam dukungan Aliff lalu pipinya aku cium. Tersedu-sedu Elisya yang baru saja berhenti menangis.

------

Tujuh bulan kemudian,

Suraya kini di penjara seumur hidup dalam kes cubaan membunuh. Aku pula sekarang dah mengandung 9 bulan. Hanya menunggu masa saja untuk melahirkan. Aku bahagia sekarang dengan keluarga aku. Aku belajar, untuk kecapi kebahagiaan itu bukannya mudah. Banyak liku kehidupan yang harus di tempuh. Seperti peribahasa, akan ada pelangi selepas hujan.

Siapa sangka, dari usik mengusik kini menjadi cinta. Hari ini adalah hari pernikahan abang aku dan Hawa. Berkat nasihat dari suami aku, abang luahkan perasaan dekat Hawa. Memang Hawa di cipta untuk Adamkan. Hawa menerima Adam dengan seikhlas hati. Siapa sangka Hawa yang pendiam pun menyimpan perasaan terhadap Adam.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now