KHMA 27

3.7K 236 14
                                    

"Tuan Inspector. Long time no see"tegur ku melambai. Aku tersenyum di balik mask. Nada suara aku dah macam joker dah.

Inspector Harun dan dua orang lagi anggota polis datang menghampiri lalu melabuhkan duduk di sofa berangkai 3.

"Well, what do you want from me?"tanya ku.

"Aku datang sini sebab nak minta tolong kau settlekan satu kes"tutur Inspector Harun tanpa gentar.

"Kes apa?" Tanya Aakiff ingin tahu.

"Kes penculikan kanak-kanak perempuan. Aku nak kau kerja sama dengan pasukan khas aku."

"Aku bukan tak nak tolong kau. But, aku dah tak buat kerja- kerja ni. Aku dah cuci tangan". Aku bersandar memeluk tubuh.

"Tolong lah. Kau je yang mampu buat kerja macam ni"rayu Inspector.

Aku tergelak mendengar rayuan dari Inspector. Semua pandang pelik ke arah aku.

"Asal kau gelak?"tanya Aliff.

"Bapak kau memang kelakar. Seorang tuan Inspector merayu dekat bekas ketua mafia. Kau tak rasa kelakar ke?"kata ku memegang perut.

"Tuan, buat apa kita minta bantuan dekat seorang budak perempuan, bukan dia boleh buat apa pun"ujar seorang anggota polis berusia 20 an.

Mendengar kata-kata sinis itu, pantas aku mengeluarkan pistol dari belakang badan aku dan aku acu kearahnya. Terdiam dia memandang kelakuan aku.

"Kau cakap apa? Aku tak boleh buat apa-apa? Huh!".

Bang!

Satu tembakan mengena dinding di belakang anggota polis itu. Pucat mukanya apabila peluru betul-betul lalu di tepi telinganya. Sikit je lagi nak kena.

Aisyah dan Alia tersentak dengan tembakan rambang aku. Serentak mereka memandang aku.

"Tu kau cakap aku tak boleh buat apa-apa?"kata ku sinis kepada polis itu.

"Maafkan aku. Dia ni budak baru. Dia tak tahu apa-apa"kata Inspector Harun.

"Jadi, kau boleh tolong aku?"tanya dia lagi.

Aku diam. Mata ku memandang wajah Aliff yang berdiri di sisi aku. Wajah Aakiff, Adam, Aisyah dan Alia juga turut aku pandang. Aku dah berjanji untuk tidak melakukan kerja-kerja ini lagi. Tapi, ada orang perlukan pertolongan aku.

"Baiklah, aku setuju. Kau bagi aku masa tiga hari dan kes kau settle"jawab ku tanpa teragak-agak.

"Terima kasih"inspector Harun dan dua orang anggota polis berdiri untuk beredar tetapi, langkahnya terhenti dan berpaling kembali menghadap aku.

"Oh ya, Aliff. Abah setuju kamu dengan Hana"kata inspector tersenyum.

"Abah tahu?"kata Aliff dan Aakiff serentak. Alah, kembarkan mesti ada tercakap sama-sama.

"Tahu.."Inspector dan anggotanya terus beredar dari situ.

Sebaik sahaja anggota polis itu pergi, aku menghela nafas berat. Mask ku buka dan ikatan rambut ku uraikan.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now