KHMA 14

4.1K 240 1
                                    

Tangan kanan aku mengacau air di dalam gelas menggunakan straw manakala tangan aku sebelah lagi menongkat dagu. Sesekali aku memandang jam yang berada di tangan aku. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.

"Manalah... Si babun-babun ni. Aku dah cakap dah pukul 10, pukul 10. Sekarang dah 10.30 ni memang dah melampau"omel ku sendiri.

Tidak lama kemudian, datanglah dua orang babun itu duduk di hadapan aku dengan memakai cap dan penutup mulut dan hidung berwarna hitam.

"Sorry boss lambat. Tadi si Bun ni sakit perut"kata lelaki di hadapan aku menyinggul lengan lelaki di sebelahnya.

"Sorry boss"Bun menunduk tanda maaf.

"Mana info yang aku nak tu"tanya ku tegas. Oh ya lupa nak bagitahu yang aku pakai mask tau.

"Ni boss. Semua maklumat yang boss nak lengkap. Tak ada satu pun yang tertinggal."kata lelaki di hadapan aku sambil menghulurkan sampul surat sebesar saiz A4 ke arah ku.

Aku menyambut huluran itu lalu membukanya. Satu persatu aku perhati dengan teliti.

"Satu lagi boss, orang yang bunuh boss besar ialah Tiger. Apa yang aku tahu diorang rancang nak tangkap boss. Aku pun tak tahulah apa yang dia nak dekat boss."kata lelaki di hadapan aku.

"Okay, Lack, Bun. Buat masa ni aku tak nak kau korang contact aku melaikan ada kecemasan. Aku nak korang dengan budak-budak lain perhati orang yang rapat dengan aku dari jauh. Kemungkinan besar ornag yang dekat dengan aku akan jadi sasaran"arah ku.

"Tapi boss, Tiger bukan kenal pun muka Boss macam mana diorang nak cari boss"kata Bun blur.

Aku mengambil kertas tadi mengetuk kepala Bun.

"Kau ni.. boleh tak fikir guna otak sikit. Diorang akan guna macam-macam cara untuk cari aku. Dah korang boleh berambus. Apa-apa update dekat aku. Dan... Gaji korang bulan ni aku potong separuh. Sebab lambat setengah jam"kata ku terus berdiri dan berlalu dari situ.

"Ala boss..ish! Kau lah ni Bun. Nak terberak lah apa lah. Tengok. Sekali dengan gaji aku kena potong"kata Lack menunjal kepala Bun.

------------

Aku memasuki rumah. Kelihatan Adam sedang duduk di ruang tamu bersama dua orang lagi lelaki berwajah seiras.

"Kau pergi mana dik?"tanya Adam.

"A..aku keluar jum..jumpa kawan aku"kata ku sedikit gagap menutup rahsia.

"Jumpa kawan lelaki ke perempuan?"tanya Aliff.

"Kawan lelaki. Asal?"jawab ku.

Aku dapat melihat reaksi wajah Aliff sedikit berubah. Aku tahu si Aliff tu suka aku. Memang aku saje je nak buat dia berusaha lebih sikit kalau dia betul-betul ikhlas nak kan aku.

"Tak ada apalah"jawab Aliff selamba.

"Korang buat apa dekat sini?"tanya ku pelik. Tiba-tiba je Kembar Hot ni datang rumah.

"Kitorang kan pengawas. Tengah bincang untuk aktiviti sekolah lah"jawab Aakiff.

"Tak boleh tunggu esok ke?".

"Dik, daripada kau jadi wartawan tak berbayar dekat sini, baik kau masuk dapur buatkan air. Baru cun" kata Adam memandang aku dengan ibu jari di naikkan.

"Pergilah buat sendiri!"aku berlalu naik ke bilik dengan hentakan kaki. Pintu ku hempas kuat bergema satu rumah.

"Tu lah perangai adik aku. Kuat merajuk, kuat merengek, cengeng dan macam- macam lagi lah. Aku harap kau dapat bertahanlah dengan adik aku tu Mr. Aliff"ujar Adam. Mata kembali memandang kertas kerja.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now