KHMA 54

2.7K 204 27
                                    

Permandangan senja membuatkan aku rasa lebih tenang. Aku duduk bersila diatas kerusi dibahagian beranda berhampiran kolam. Telefon bimbit aku keluarkan lalu menangkap permandangan itu. Telefon aku simpan kembali. Aku termenung jauh. Mungkin kah percutian kali ini adalan percutian terakhir untuk aku dan yang lain. Sebak pula rasa di hati. Kalaulah semua ni tak berlaku dalam hidup aku. Mungkin semua orang akan bahagia. Tapi, tak ada orang di dalam dunia tak pernah berduka.

"Lyd, kau tak nak mandi ke? Nanti nak keluar makan"sapa Alia mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Tersedar akan kehadiran Alia pantas aku mengelap air mata yang mengalir. Aku tak nak diorang rasa apa yang aku rasa.

"Lyd, kau nangis ke?"tanya Alia duduk di sebelah aku.

"Tak adalah. Mana ada. Eh! Aisyah mana?"aku menafikan. Segera aku berdalih.

"Aisyah dia cakap nak tidur kejap. Penat sangat main air tadi agaknya"ujar Alia masih memandang aku.

"Lyd, kau nangis kan? Cuba kau jujur dengan aku"tegas Alia.

"Tak.. aku cuba sebak je.. macam manalah nanti hidup korang kalau aku tak ada".

"Jangan nak merepek Lyd. Aku tampaq hang sat gi jatuh dalam kolam karang. Dah pergi mandi. Jangan nak merepek. Kau tetap akan bersama kitorang sampai bila-bila".

"Ye lah... jangan lah marah. Macam godzila tau"pantas aku berlari masuk ke dalam bilik air.

"Budak ni.. macam godzila dia cakap muka aku. Buruk sangat ke muka aku ni?"segera dia masuk ke dalam dan berdiri dihadapan cermin menilik wajahnya.

"Mana ada. Elok je ni. Cantik.. cute lagi"pujinya sendiri.

"Perasannya.."celah Aisyah yang baru saja terjaga dari tidur.

"Jealous cakap"kata Alia.

"Tak ada makna aku nak cemburu. Kenyataannya aku lagi comel"ujar Aisyah puji diri sendiri.

Aku yang sedang mandi boleh dengar suara perbalahan mulut dari Aisyah dan Alia. Bukan gaduh bertumbuk pun. Gaduh-gaduh sayang. Kalau jauh nanti mulalah rasa rindu.

-------

Usai makan malam, kami bercadang mahu berjalan melihat permandangan malam di hibiscus walk. Aisyah dengan Alia tak habis-habis tangkap gambar. Yang menjadi mangsa jurugambar adalah Adam dan Aakiff. Melayan je lah kaki posing tu.

Aku berjalan dibelakang mereka beriringan dengan Aliff nak ambik mood romantik lah konon. Tak ada romantik pun. Aku menggosok lengan bahu aku kerana aku sudah mula rasa sejuk. Nak pulak aku pakai baju tak ada lengan memang sejuk lah kan. Padan dengan muka aku.

Aliff yang berada di samping aku perasan yang aku ni asyik gosok lengan je dari tadi. Terus dia buka jaketnya lalu di letakkan di bahu aku. Gentleman lah tu.

"Thanks. Kau tak sejuk ke?"soal ku.

"Tak apa, aku dah biasa dah"jawab Aliff memandang ke hadapan. Ceh! Macam lah dia asal dari kutub utara.

"Jom, kita duduk dekat situ. Penat pulak aku rasa dari tadi berjalan"ujar Aliff. Jari telunjuknya di hala ke arah satu bangku yang tidak jauh dari kami.

"Okay"sahut ku.

"Lyd! Kitorang pergi sana tau. Nanti nak balik bilik call"sahut Aisyah yang sudah agak jauh dari aku.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now