KHMA 34

3.5K 222 8
                                    

Aku mengesat air mata ku akibat ketawa terlalu kencang. Tiba-tiba tangan Aliff menyelak rambut hadapan aku. Terkaku aku seketika.

"Tu berplaster tu asal?"tanya Aliff.

"Terhantuk pintu bilik air"celah Adam tolong jawabkan.

"Hah?! Macam mana kau boleh terhantu pintu weh! Kau bukan seclumsy itu."kata Aakiff.

"Aku mamai lah!"kata ku dengan wajah kesal.

Yang lain hanya mampu tahan tawa. Kalau terlepas karang, merajuk pulak.

"Jom pergi rehat. Dah lapar dah ni"kata Alia.

"Ha.. jom-jom. Perut aku dah buat konsert dah dari tadi"ajak ku langsung berdiri. Yang lain turut ikut berdiri dan melangkah ke pintu.

"Mahu kau tak lapar, dari tadi asyik membuta... je. Aku yang tunggu kau pun naik boring tau"cemuh Aisyah.

Aku menayangkan gigi aku yang tersusun rapi. Sepanjang aku berehat di bilik rawatan, Aisyah yang teman aku. Katanya takut aku sakit tak ada yang tolong nanti. Cikgu yang bertugas pula cuti hari ni.

---------

Masuk saja ke kantin, terus aku mendengar suara-suara sumbang yang mengumpat tapi nak bagi satu kantin ni dengar. Aku buat tak tahu je lah sebab aku pun tak tahu diorang mengumpat pasal apa.

Aku, Aisyah dan Alia duduk di salah satu meja yang kosong mana kala Mr. A pula pergi beli makanan. Sedang aku rancak berborak dengan Aisyah dan Alia, telinga aku ni terdengarlah bisikan halus dari si pengunpat.

"Weh! Cuba kau tengok tu, memang ambil kesempatan betul, dulu dengan H.A.S. Sekarang dia datang balik dekat Mr.A"kata pelajar 1

"Aku dengar papa si Haiqal dah meninggal. Mungkin sebab Haiqal dah tak ada apa-apa dia pergi balik dekat Mr. A"kata pelajar 2.

"Dasar perempuan mata duitan. Tak malu betul. Kenapa lah si Mr. A tu syok sangat dekat diorang"kata pelajar 3.

"Entah! Bukannya cantik sangat pun"kata pelajar 4.

Aisyah yang melihat aku mengenggam tangan memegang lengan aku menyuruh aku bertenang. Kalau tak, dah lama pecah muka perempuan-perempuan tu.

Tak lama selepas itu Mr. A datang membawa makanan. Seperti biasa, aku hanya makan sandwich sahaja. Jaga badanlah katakan. Tak nak lah nanti stamina aku kurang. Nak-nak aku tengah di buru sekarang ni.

"Lydia, kau okay tak ni? Berkerut semacam je muka tu"tanya Aliff.

"Mahu tak berkerut muka aku. Boleh pulak ada orang yang mengumpat dekat sebelah! Nak mengumpat pun tengok kiri kanan lah sis. Lain kali pakai speaker!"kata ku. Nada suara aku sengaja di kuatkan agar pelajar perempuan yang mengumpat aku berada di meja sebelah terkesan.

"Dia kata apa?"tanya Aakiff pula.

"Boleh pulak dia kata kita ni mata duitan! Rasa macam nak pecahkan je muka orang yang cakap tu!"giliran Aisyah pula menyindir dengan nada yang kuat.

"Kenapa dia cakap macam tu?"Adam pula bertanya.

"Diorang cakap! Sebab kitorang ni.. rapat dengan Mr. A! Dan tak rapat dengan H.A.S lagi dah!"serentak aku,Aisyah dan Alia berkata. Ayat terakhir di tekankan dengan hentaman meja.

Kami bertiga berdiri lalu menghampiri meja sebelah.

"Hello cik kak? Boleh tanya tak? Mak kau kuat makan bawang ke? Yang suka sangat mengumpat orang?"Kata ku keras lengan baju sekolah sudah di sentengkan hingga ke siku. Ini yang buat aku panas... je. Pelajar itu diam menundukkan kepala.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now