KHMA 49

2.8K 216 23
                                    

Bun dan Lack tiba di hospital dengan terjerit-jerit meminta pertolongan dari doktor dan nurse yang ada di situ. Nurse bergegas menolak katil lalu Bun meletakkan tubuh aku yang masih tidak sedarkan diri di atas katil. Doktor menghampiri lalu memakai stethoscope.

"Degupan jantung dia lemah! Cepat bawak ke bilik bedah"kata doktor. Dengan pantas nurse menolak katil ke bilik pembedahan di ikuti oleh doktor.

Bun dan lack hanya menghantar pandangan sehingga aku hilang di sebalik pintu. Bun meraup rambutnya kebelakang. Dia seperti gelisah. Sekejap duduk, sekejap bangun.

"Bun, boleh tak kau duduk. Relax"kata Lack.

"Macam mana aku nak relax, macam mana aku nak jawab dekat abang dia, atok dia, keluarga dia?"kata Bun.

"Alah.. macam dia tak pernah cedera sebelum ni".

"Memang dia pernah cedera lack, tapi itu cedera sikit je. Ni kena tembak weh! Kau rasa peratus untuk dia hidup berapa persen?"kata Bun.

"Syed, adik aku mana?"tanya Adam resah.

"Erm.. Lydia.."teragak-agak Bun mahu menjawab.

"Adik aku mana!!"tengking Adam mengenggam jaket Bun.

"Sabar Adam. Ini hospital. Cuba bawa bersabar"kata cikgu Sabri menenangkan Adam. Adam melepaskan genggamannya.

"Lydia masih dalam pembedahan. Degupan jantung dia lemah tadi"terang Lack disebabkan Bun sudah mati kata.

Tidak lama kemudian, doktor keluar dari bilik pembedahan raut wajah doktor tidak mengambarkan sesuatu yang baik.

"Doktor, macam mana dengan adik saya"serbu Adam.

"Kami dah keluarkan peluru yang hampir mengena paru-parunya. Tapi, keadaan cik Lydia kurang stabil kerana cik Lydia kekurangan banyak darah"terang doktor

Mereka yang mendengar menundukkan wajah hiba.

"Bekalan darah untuk dia tidak mengcukupi kerana kami sukar mendapatkan ujian darah yang sama dengan golongan darah cik Lydia".tambah doktor lagi

"Apa golongan darah Lydia doktor?"tanya Adam.

"Darah O".

"Aku darah B."kata Adam sendiri.

"Ada sesiapa yang berdarah O disini?"tanya doktor.

"Saya"kata seseorang. Semua berpaling pada orang itu.

"Aliff? Kau darah O? Asal aku tak tahu?"kata Aakiff terkejut.

"Saya akan derma kan darah saya"kata Aliff.

"Okay baiklah. Jom ikut saya cepat". Aliff mengikut jejak doktor. Pertanyaan Aakiff dibiar sepi.

--------

Setelah hampir dua jam aku di dalam bilik pembedahan, akhirnya katil aku di tolak keluar. Aku masih tidak sedarkan diri. Aku di pindahkan ke ward vip. Ye lah bapak aku dato' kan. Ceh! Nak berlagak kejap hahaha.

Doktor menyarankan agar tidak terlalu ramai berada di hospital. Cukup hanya beberapa orang sahaja. Jadi, Aliff memutuskan untuk menunggu aku sehingga aku sedar. Yang lain pulang ke rumah dengan di hantar oleh Cikgu Sabri dan cikgu Hani.

Aliff melabuhkan duduk di sebelah katil. Tangannya di tongkat di sisi katil.

"Kenapa kau berani sangat ha? Apa motif kau, buat semua tu. Kenapa kau tak nak aku tolong kau?"kata Aliff sendiri. Tanpa dia duga. Air mata jantannya gugur menitis pada katil. Pantas dia menyapu air matanya takut-takut kalau aku sedar dan terlihat dia yang sedang menangis.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now