KHMA 57

2.5K 193 30
                                    

"Hello".

"Dik, kau dekat mana? Aisyah dengan Alia ada dengan kau kan?"soal Adam melalui corong telefon.

Tersentak aku. Bukan ke aku suruh diorang balik dengan Adam dan yang lain ke. Asal Adam tanya aku pulak ni? Takkan dia nak kenakan aku pulak.

"Dik! Kau dengar tak apa aku cakap ni!"sahut Adam.

"Ye ha.. aku dengar. Aku ada dekat rumah aku ni. Rumah aku terbakar. Bukan diorang tumpang kau ke?".

"Tak ada.. aku ingat diorang balik dengan kau. Dah satu hotel aku, Aliff dengan Aakiff ni cari. Telefon pun tak berangkat ni"kata Adam mula resah.

"Okay. Macam ni. Erm.. kau tunggu dekat rumah, aku balik sekarang. Sambil tu aku cari diorang dekat sekitar sini"

"Yelah"jawab Adam lalu talian di matikan.

Gusar hati aku apabila mendengar perkhabaran bahawa Aisyah dan Alia masih belum pulang. Takut pulak kalau si Tiger ni usik orang sekeliling aku.

"Bun! Aku kena gerak. Aisyah dengan Alia tak balik lagi. Aku balik dulu. Nanti aku call"ujar ku. Bun hanya mengangguk tanda faham. Kaki aku menapak ke kereta.

"Ziger! Kunci!"sahut ku. Ziger membaling kunci kereta ke arah aku. Aku menangkap kunci kereta dengan sempurna. Badan aku boloskan masuk kedalam kereta. Aku memandu laju pulang ke rumah sepantas yang boleh.

-------

Pintu rumah aku kuak. Kelihatan semua sedang berkumpul di ruang tamu termasuk keluarga Alia dan keluarga Aliff. Mak su dan pak su pun turut ada di situ. Apahal ramai sangat orang ni.

"Dik, ada jumpa Aisyah dengan Alia tak?"soal mak long. Raut wajah aku mula hiba.

"Lydia, mana pergi anak mama?"tanya mama Lia mula sedih.

"Atok pun tak balik rumah. Kata nak keluar sekejap ja"kata Mak su.

Bertubi-tubi soalan menyerang aku. Baru aku mahu membuka mulut, telefon aku berdering. Hari ni je dah banyak kali telefon aku berbunyi. Aku melihat nama yang tertera di skrin. Aisyah?

"Hello, Aisyah! Kau dekat mana? Asal kau tak balik lagi? Kau pergi mana sebenarnya ni"hambur ku geram.

"Hello Hana. Atau lebih tepat Lydia Farhana"tergamam aku nasib tak terlepas telefon di tangan aku.

"Kau nak apa setan! Mana Aisyah! Mana Alia! Dan mana atok aku!! Apa kau buat dengan diorang!"marah ku. Yang lain mula memandang aku ingin tahu.

"Relax honey.. kawan kau dan juga dato'Jefri kesayangan kau ni ada dengan aku. Aku cuma nak kau. Kalau kau datang tempat aku seorang diri.. dan aku akan lepaskan kawan kau. Kalau tak.. diorang akan mampus. HAHAHA!"Orang itu tergelak jahat. Aku dapat dengar jerita suara Aisyah dan Alia memanggil nama aku. Jantung aku bagai nak tercabut sekarang ni. Berani dia kacau orang yang tak ada kena mengena.

"SETAN! Kau sentuh diorang! Kau mati!"marah aku lagi.

"Kalau kau tak nak diorang cedera. Datang serah diri kau untuk aku sekarang. Aku tunggu kau ya sayang"talian terus di matikan.

"Hello? Hello!! Ish!!"rengus ku geram. Rambut aku raut ke belakang jelas tampak keresahan aku.

"Kenapa Lydia? Anak mama Lia macam mana?"soal mama Lia kerisauan.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now