KHMA 53

2.9K 214 35
                                    

Pejam celik, pejam celik sudah di akhir tahun persekolahan. Pelajar tingkatan lain sudah pun selesai ujian akhir tahun. Tinggal pelajar tingkatan 5 sahaja yang belum. Aku terintai-intai di sebalik dinding yang tidak jauh dari dewan peperiksaan.

"Mana diorang ni?"tanya Aisyah

"Sabarlah. Diorang belum habis lagi agaknya"kata ku.

Dari berdiri ke cangkung, dari cangkung ke duduk dari duduk berdiri balik. Masih belum keluar. Ke aku yang salah timing. Tidak lama kemudian, segerombolan pelajar keluar dari dewan peperiksaan. Aku dan Aisyah kalut mencari kelibat seseorang.

"Ha! Tu pun diorang"kata Aisyah. Terus kami bergegas ke arah mereka yang di maksudkan Aisyah.

"Hai!"sapa ku.

"Hai. Tak masuk kelas ke?"tanya Aliff.

"Erm.. hehe.. ponteng kejap"aku tersengeh menayang dua jari ke udara✌🏻.

"Amacam exam last paper? Okay?"tanya Aisyah.

"Boleh lah.. tak susah sangat"jawab Adam.

Sementara Aisyah berborak dengan yang lain, aku mengambil kesempatan itu untuk memberi sesuatu kepada Aliff.

"Nah! Untuk kau"aku menghulurkan satu kotak kecil kepada Aliff. Aliff menyambut tanpa banyak tanya.

"Apa ni?".

"Buka je lah".

Aliff membuka kotak itu dan terserlahlah dua keychain perak yang terukir nama 'Aliff &Lydia'. Aku memandang Aliff yang sudah mengukir senyuman tipis. Nampak lah lesung pipit dia tu. Aduh.. aku terfall in love lagi.

"Thanks"ucap Aliff tersenyum manis.

"You are welcome. Aku buat sendiri tau. Kau simpan elok-elok. Dan.. janji dengan aku bila kau sambung belajar nanti kau tak ada orang lain".

"Iya babygirl.."jawab Aliff dengan suara yang boleh menggetarkan jiwa wanita ku.

"Piweet!! Sweet nampak bagi-bagi keychain. Jelous aku. Dah lah single. Tak ada orang nak ba..."kata-kata Aakiff terhenti apabila Aisyah menolak kasar satu kotak kecil ke perutnya.

"Nah!"kata Aisyah dingin tanpa memandang Aakiff. Aakiff jelas terpinga.

"Baik kau ambik kalau tak aku buang"Aisyah berkata dingin.

"Ya! Ya! Ish! Garang lah dia ni. Nanti jadi andartu baru tahu"balas Aakiff menyambut huluran itu.

"Uu~ Aakiff dapat hadiah... apa tu Kiff"sakat Adam.

Aakiff membuka kotak kecil itu lalu mengeluarkan satu keychain dan di angkat ke udara.

"Burung hantu?"Kata Aakiff.

"Asal kau bagi aku burung hantu?"tanya Aakiff lagi inginkan jawapan.

"Kau kan selalu panggil aku burung hantu. Jadi kalau kau tengok burung hantu tu mesti kau akan ingat yang kau panggil aku burung hantu".jelas Aisyah.

"Cie~"kata aku dan yang lain mengusik.

"Aakiff tertunduk malu sambil menggosok belakang lehernya. Aisyah pula menahan malu dengan menayang raut wajahnya yang dingin.

"Thanks"sepatah kata keluar dari mulut Aakiff. Yang lain apa lagi, menyakatlah. Satu hari tu Aisyah dan Aakiff menjadi bahan bualan kami. Naik merah muka mereka bila di sakat.

Dalam bergaduh, ada sweetnya. Dalam benci ada sayangnya, dalam hirau ada pedulinya dan dalam cinta ada rindunya.

--------

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now