KHMA 24

3.8K 228 18
                                    

Aku dan Aisyah memasuki kelas. Begitu juga Alia. Susah betul kalau geng lain kelas ni. Tak boleh nak protect each other.

Alia duduk di tempatnya buku pelajaran di keluarkan. Terkejut beruk dia di buatnya apabila semua buku pelajarannya basah kuyup. Alia mencurah kesemua barang di dalam begnya. Semuanya basah.

Alia memandang Mr.A yang berada di mejanya. Kaki di atur ke meja Mr.A dengan perasaan geram. Meja Adam di hentak kuat. Adam yang sedang bermain game di telefon bimbitnya tersentak. Nasib baik tak terpelanting telefon di tangannya.

"Kau! Kalau tak puas hati dengan aku, jangan lah sampai nak usik buku aku! Kau tahu tak semalaman aku nak siapkan kerja rumah sampai tak tidur kau tahu tak! Sekarang ni habis semua buku aku basah kuyup!"marah Alia. Matanya sudah berkaca mahu menangis.

Adam memandang Alia terpinga. Dia masih tak tahu apa yang berlaku.

"Aku benci kau Adam Firdaus!"kata Alia keras sebelum berlalu keluar. Air matanya mengalir keluar di sapu kasar.

"Apa aku buat?"tanya Adam terpinga-pinga.

"Mana aku tahu. Jom pergi tengok dekat meja dia"kata Aakiff.

Adam bingkas bangun. Hatinya menggelegak bila di tuduh sebegitu oleh Alia. Tambah pula Alia mengeluarkan kata benci. Memang susahlah dia nak dapatkan Alia.

"Woah! Asal boleh jadi basah macam ni?"kata Aliff.

"Aku rasa mesti ada orang tak puas hati dengan Alia ni. Kesian weh.. dia cakap dia tak tidur malam siapkan kerja rumah"kata Aakiff.

Di luar kelas, ada sepasang mata yang memandang dengan senyuman sinis. Adam mula rasa dirinya di perhatikan. Pantas dia melihat sekeliling kelas. Matanya terhenti di pintu belakang kelas.

"Weh-weh, aku rasa aku tahu siapa yang buat"kata Adam menjungkit kening.

-----------

Alia duduk termanggu di gazebo sekolah. Aku yang lalu di kawasan itu perasan akan keberadaan Alia di situ. Kaki di hayun melengcong ke gazebo.

"Alia, kau buat apa dekat sini?"tanya ku.

Alia memandang aku terus memeluk aku dengan di sertakan tangisan teresak-esak. Aku sedikit terkejut. Apa tak kena dengan Alia ni. Tak pernah-pernah dia menangis tiba-tiba menangis.

"Hey, hey, kau kenapa ni? Cuba kau cerita dekat aku"kata ku cuba memujuk.

"Adam jahat Lydia, aku benci dia. Aku benci"kata alia teresak-esak.

"Adam? Apa abang aku buat dekat kau?"

"Dia basahkan satu beg aku weh.. dah lah dalam tu ada kerja rumah cikgu Fauziah. Kalau dia tanya mati aku kena denda nanti"jelas Alia. Aku meleraikan pelukan memegang bahu Alia. Wajah aku berubah tegang.

"Kau relax, tenang. Biar aku yang settle benda ni. Dah jom aku hantar kau pergi kelas"aku dan Alia berkalan ke kelas.

Kami melalui kawasan taman sekolah untuk ke blok bangunan kelas. Kelihatan ramai pelajar berkerumun di kolam ikan. Apahal diorang berkumpul dekat situ. Macam tak pernah tengok ikan je diorang ni.

"Alia, jap. Asal ramai sangat dekat sana tu? Jom pergi tengok"kata ku.

"Jom". Kami menghampiri untuk melihat dengan jelas apa yang jadi.

"Tepi-tepi!"kata ku meminta laluan.

"Hurk!! Oh my god!"kata ku terkejut melihat apa yang ada di depan mata aku. Alia turut terkejut. Tangannya menekup mulut yang ternganga.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now