KHMA 55

2.7K 206 29
                                    

Hari terakhir kami di Port Dickson. Terasa sayang pula mahu tinggalkan tempat secantik ini. Entah bila lagi dapat merasa datang sini pula. Beg baju yang sudah siap di kemas aku jinjing. Aku lihat bilik itu buat kali terakhir sebelum menapak keluar.

Kelihatan buggy sudah sedia menunggu di hadapan pintu. Pekerja mengangkat beg di bantu oleh Aakiff yang sukarela membantu. Buggy bergerak ke lobi bagi proses check out. Telefon aku keluarkan lalu aku merakam permandangan laut. Video di klik ke story whatsapp dengan caption 'Bye port dickson. See you later'.

Selesai check out, kami bergerak pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, suasana di dalam kereta amat berbeza dengan suasana sewaktu pergi. Waktu pergi semua pakat riuh dan semangat. Bila pulang, semua sudah tumbang keletihan. Tinggal Adam dan Aliff lah yang terpaksa memandu.

--------

"Assalamualaikum!!" Sahut aku memasuki rumah.

"Wa'alaikumsalam, macam mana holiday? Best?"tanya mak long.

"Best ummi.. cantik sangat dekat sana. Rasa sayang pula nak tinggalkan tadi"cerita Aisyah.

"Tak apa, lain kali kita pergi dengan satu family nak? Kita buat family holiday sekali"ujar Mak long memberi cadangan.

"Yeay! Boleh mak long"sahut aku gembira.

"Dam, asal penat je nampak? Tak seronok ke holiday?"mak long menyoal Adam.

"Seronok tu memang seronok mak long. Tapi.. kalau lain kali nak suruh tengokkan diorang ni.. tak apa lah mak long. Adam naik dulu ya mak long. Penat"Adam menaiki anak tangga terus ke biliknya. Mak long memandang aku dan Aisyah seperti memahami apa yang di maksud kan adam tu.

"Kitorang naik dulu ya Ummi, nanti angah tolong Ummi masak"pesan Aisyah sebelum kaki mula melangkah menaiki tangga di ikuti dengan aku.

"Haih.. budak-budak ni"mak long menggeleng kepala. Pening kepalanya melayan karenah anaknya dan anak saudaranya itu. Bila keduanya bergabung dan bersatu, boleh romoh rumah ni gamaknya.

Aku merebahkan badan di atas katil. Baru je nak melepaskan lelah, telefon aku berbunyi. Aku mencapai telefon yang berada di dalam beg tangan. Satu email yang masuk ke email personal aku. Siapa yang email. Kalau anak buah aku, semua hantar ikut email kerja.

Email aku buka. Dari mata aku yang kuyu, kini menjadi luas apabila membaca tajuk email tu. Pantas aku terjun dari katil ke bilik Aisyah.

Pintu bilik Aisyah aku ketuk berkali-kali. Macam nak roboh aku ketuk baru pintu tu terbuka. Tanpa menunggu pelawaan, aku menyerbu masuk dan duduk di atas katil Aisyah.

"Apahal yang tak sabar sangat tu nak masuk bilik aku?"tanya Aisyah.

"Ni.. kau dah buka email ke belum. Berita tergempar weh!!"jelas riak keterujaan di wajah aku.

"Berita apa? Kejap aku bukak"Aisyah duduk di meja belajarnya lalu membuka komputer. Email di tekan. Matanya turut terbuka luas.

Jemputan ke majlis makan malam sekolah
Tempat: hotel grand crown
Tarikh: 20 december 20xx
Waktu:8 malam
Tema:fancy

"Argh!!!!!"terjerit aku dan Aisyah sambil berpusing. Teruja yang amat teruja.

"Weh! Nak cari baju apa weh!! Ini yang buat aku nervous"kata Aisyah.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt