KHMA 18

3.9K 234 0
                                    

"Alia, Aisyah. Aku...aduh.. macam mana aku nak cakap ea? Okay macam ni. Aku ni bekas ketua Mafia. Jadi, ada satu geng mafia ni tengah cari aku. Dan.. sesiapa yang dekat dengan aku akan ada dalam bahaya. Aku minta maaf Alia, sebab libatkan kau dalam masalah aku"terang aku panjang lebar.

Alia melopong terdiam dengan tangan menutup mulutnya bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengarinya tadi. Aisyah pula tergamam tanpa kata. Mungkin dia tidak percaya yang aku masih terlibat dengan kerja bodoh ni.

"Aku tahu korang tak akan percaya. Aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak bahayakan nyawa korang"aku tertunduk menahan sedih.

"Hey.. Lydia, aku okay. Aku maafkan kau. Benda ni bukan kau yang mintak kan. Lagi pun kau tu bekas je. Kau dah tak buat kerja macam tu kan?"Alia bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Bahu aku di gosok Alia.

"Lyd, kau sepupu aku. Sepupu paling rapat dengan aku. Semua masalah kau aku tahu. Sama-sama kita hadap okay. Aku dengan Alia akan selalu ada dengan kau"Aisyah memeluk aku dan Alia. Tersepit aku di antara Aisyah dan Alia.

"Dah, tersepit aku dekat tengah ni. Koranglah kawan aku dunia dan Akhirat"kata ku dengan senyuman bahagia.

Dulu, tak ada siapa nak rapat dengan aku di sebabkan aku ni ketua Mafia. Sekarang, barulah aku ada kawan yang betul-betul sayang dekat aku. Kalaulah suatu hari nanti aku akan pergi dari korang. Apa perasaan korang ya.

-------------

"Okay itu saja untuk hari ni. Jangan lupa hantar kerja rumah kamu semua esok. Aisyah dan Lydia nanti jumpa cikgu dekat bilik guru ya"pesan cikgu Hani dan terus berlalu keluar.

"Syah, asal cikgu nak jumpa kita?"tanya aku sambil tangan mengemas barang yang bersepah di atas meja.

"Mana lah aku tahu. Jom lah jumpa cikgu".

Aku mengikuti Aisyah ke bilik guru. Sewaktu aku dan Aisyah mahu ke bilik guru, kami melalui kelas tingkatan 5 Anggun. Aku dapat rasakan yang ada orang tengah perhati aku. Aku buat tak tahu jelah. Aku dah tahu siapa yang tengok aku.

Sejak kejadian aaku dan Qistina gaduh dekat kantin hari tu, aku dan Mr. A tak bertegur pun. Dah masuk 5 hari dah aku tak bertegur. Lagi pun bukan salah aku. Tenuk tu yang cari pasal.

"Assalamualaikum cikgu, ada apa cikgu nak jumpa saya dengan Lydia"ujar Aisyah.

Aik! Dah sampai bilik guru ke? Lama betul aku mengelamun.

"Cikgu nak minta tolong kamu berdua waktu ujibakat nanti. Kamu berdua jadi juri dengan cikgu. Boleh?"tanya Cikgu Hani.

"Tapi cikgu.. kitorang bukan pandai sangat bab-bab nyanyian ni cikgu"dalih ku.

"Tak apa.. kamu bukan ajar orang menyanyi pun. Just nilai je. Boleh ya?"rayu Cikgu Hani.

"Boleh je cikgu. Saya dengan Lydia tak ada masalah. Bila ujibakat tu cikgu?"tanya Aisyah.

"Ahad minggu depan".

-----------

Aku dan Aisyah berjalan pulang ke kelas.

"Lydia, kau asal macam tak nak je tolong cikgu tadi?"tanya Aisyah.

"Aku bukan tak nak tolong Syah, aku just malas nak hadap tiga tenuk tu. Menyakitkan hati".

"Dah lah tu Lydia, dah 5 hari tau kau tak tegur abang kau tu. Bukan salah dia pun. Salah si Aliff tu kan. Kau tegurlah adam tu. Esokkan tahlil arwah Mak dan Ayah kau. Tak elok kau dengan Adam tak bertegur macam ni".

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now