KHMA 17

4K 240 11
                                    

Aku dan Aisyah duduk di hadapan Aliff dan Aakiff dengan wajah yang berkerut seribu. Menyampah pula bila tenuk dua ekor ni ada depan mata.

'Kenapalah Ummi ni baik hati sangat pergi pelawa tenuk ni makan'bisik hati Aisyah tidak puas hati.

"Aliff, Aakiff abah dengan ibu kamu sihat ke? Lama makcik tak pergi bertandang. Selalunya ada je benda yang nak di gossipkan"sua Mak long.

"Ibu sihat je.. ada dekat rumah tu. Kadang-kadang tu sibuk dengan butik juga. Abah biasalah sibuk dengan tugas"jawab Aliff.

"Minggu depan mak cik ada buat kenduri tahlil sikit untuk mak dengan ayah adam dan Lydia. Jemput lah ya nanti. Ajak ibu dengan abah sekali"kata mak long lagi.

Aku membuat muka terkejut apabila mak long menjemput keluarga diorang sekali.

"Insya-Allah mak cik, nanti saya sampaikan"jawab Aakiff pula.

Aku makan tanpa banyak bicara malas mahu bersuara. Depan Aliff pula tu. Karang tak pasal-pasal aku termaki buah hati aku ni. Eh! Eh! Terlebih pulak.

Usai makan, aku dan Aisyah melepak di gazebo. Sebenarnya aku ada call Alia suruh dia datang rumah, di sebabkan dia ada hal terpaksalah aku melepak dengan Aisyah je.

Aku duduk tertiarap menungkat dagu. Mata ku kecilkan memandang ruang tamu yang sliding doornya sudah terbuka luas.

Kelihatan tiga orang lelaki yang sedang sibuk membuat kerja rumah. Buat-buat rajin lah konon. Tapi perangai dekat sekolah tak semenggah. Suka sangat membuli terutamanya dekat geng aku. Tak padan dengan pengawas.

"Oi! Dah berapa jauh kau pergi"tegur Aisyah.

"Tak adalah jauh pun... Baru nak sampai istanbul"jawab ku selamba.

"Lyd, aku bosan. Sekarang ni aku bosan. Aku bosan!!!"pekik Aisyah macam orang gila.

"Kau pahal dah macam orang tak betul je terjerit-jerit. Aku bosan, aku bosan. Aku lempang karang baru tahu"marah ku geram. Kalau dia pekik dekat lain tak apalah juga ini tak, betul-betul dekat tepi telinga aku.

"Weh.. Lyd, aku bosan ni.. jom kenakan Mr. A nak?"ajak Aisyah.

"Tak nak lah. Aku tak ada mood. Okaylah aku naik bilik dulu. Bye"aku mengemas barang ku terus melangkah masuk ke bilik.

Aliff hanya memerhati langkah aku memasuki bilik.

"Oi! Udah-udah lah.. nengok adik aku tu lama-lama. Tak elok. Moh kita sambung kerja kita ya"tegur Adam.

"Mana ada aku tengok?"Aliff kembali memandang bukunya menafikan. Eleh.. tengok orang tak nak mengaku.

-----------

Aku, Aisyah dan Alia duduk di salah satu meja yang ada di kantin. Datanglah seorang ulat bulu ni nak ambik pesanan.

"Eh! Pelayan dah sampai.. okay, kau bagi aku kuey teow goreng satu, sandwich satu no peanut butter and oren juice please"pesan aku gedik. Alah, gedik sikit apa salahnya.

"Aku pun sama"kata Aisyah.

"Aku pun"kata Alia juga.

Terus Umi berlalu sambil menggulingkan mata menyampah. Di sebabkan Qistina dah buat aku sampai masuk hospital, Mr. A hukum lah diorang bekerja di kantin dan menjadi pelayan untuk ALFA selama seminggu. Best tu.. sape je tak nak.

"Lyd, kau nampak abang kau tak?"tanya Alia.

Aku dan Aisyah memandang Alia dengan tersenyum sumbing dan kening di jungkitkan.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now