KHMA 12

4.3K 245 4
                                    

Awal-awal pagi lagi aku bangun. Langsir ku buka membiarkan cahaya matahari menembusi bilik. Rambut aku yang panjang aku ikat messy bun. Aku menuruni anak tangga dengan pantas. Pandangan ku melilau memandang sekeliling. Terus pintu rumah ku tuju.

Kelihatan kereta Myvi hitam pink di terparking di luar pagar. Aku menyarung selipar terus menuju ke pintu pagar. Pintu pagar kecil ku buka lalu meloloskan diri keluar.

Aku menghampiri kereta myvi tu, tingkap di sebelah pemandu ku ketuk. Tingkap di turunkan terpancul seorang lelaki bermask hitam memandang aku dari atas ke bawah. Mana tak nya, aku hanya pakai dress tidur bercorak unicorn.

"Hoi! Kau pahal pandang aku atas bawah macam tu?"tegur ku memetik jari di hadapan lelaki itu.

"Serious boss? Unicorn?"terhambur gelak lelaki itu.

"Gelak-gelak, nanti aku potong gaji kau baru kau tahu"ugut ku berpeluk tubuh.

"Eh! Boss-boss jangan potong gaji boss".

"Dah! Kereta ni kau dah service ke? Minyak semua?".

"Sudah boss semua beres, tinggal bawak je boss".

"Kau boleh balik. Mana malaun sekor tu?" Leher ku panjangkan mencari seorang lagi anak buah aku.

"Tu, dalam kereta" aku melihat kereta yang di tunjuk anak buah ku kelihatan seorang lagi anak buah aku duduk di dalam kereta sambil melambai seperti maknyah dengan kenyitan mata.

Aku menepuk dahi. Macam manalah dia boleh lulus jadi anak buah aku.

"Kau boleh blah. Sebelum family dengan abang aku nampak"arah ku. Pantas anak buah ku berlalu dari situ.
Aku memboloskan diri ke dalam kereta.

Sementara itu,

Adam keluar dari balkoni biliknya sambil meregangkan badannya serta nguapan. Mulut di tutup. Tiba-tiba matanya terpandang ke luar pagar. Kelihatan seorang perempuan sedang berbual dengan seseorang.

"Adik? Dia buat apa dekat luar tu. Dia cakap dengan sape?"Adam tertanya-tanya. Bahu di jungkitkan malas untuk ambil tahu  terus dia masuk kembali ke bilik.

-----------

Aku membuka pintu pagar menggunakan alat kawalan jauh. Aku memandu kereta masuk kedalam kawasan rumah. Kereta ku parking elok di dalam garaj.

Kaki melangkah keluar dari kereta. Pintu kereta di kunci lalu kaki mengatur ke pintu rumah. Langkah ku terhenti secara automatik apabila terlihat Adam di hadapan pintu sedang berpeluk tubuh.

"Kereta sapa tu?"tanya Adam.

"Kereta aku lah. Atuk bagi. Tadi aku mintak tolong kawan aku dekat kampung hantarkan. Dah lah aku nak masuk mandi" aku terus berlalu masuk. Malas mahu berlama nanti banyak pulak yang di tanya.

------------

"Weh!! Lydia, kita dah masuk banyak kedai tau. Satu apa pun kau tak beli"rungut Alia sambil menjinjit beg kertas di tangan.

"Entah, kau tengok aku dengan Alia banyak mana dah beli. Kau ni satu beg pun tak ada. Memilih betul"omel Aisyah.

"Ish!! Shh shh.. diam boleh tak? Dah aku tak berkenan nak beli. Nak buat macam mana"aku menilik pakain yang tergantung di dalam kedai tu.

Sedang aku melihat baju, tiba-tiba aku ternampak tiga orang lelaki yang sangat aku kenal. Terus aku memanggil Alia dan Aisyah.

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now