KHMA 67

3.3K 218 74
                                    

Bunyi tangisan bayi dari tadi lagi tidak berhenti. Suraya hanya duduk di kerusi dengan earphone di sumbatkan di telinga sambil bermain telefon bimbitnya. Suara tangisan itu dia abaikan sahaja.

"Ya Allah Su!"panggil Mak lang. Tetapi tidak di dengari Suraya. Mak lang datang menghampiri lalu menarik kasar earphone yang di sumbat di telinga Suraya.

"Apa ni mama! Kacau lah"rungut Suraya.

"Apa ni, apa ni? Tu anak kau dari tadi lagi menangis nakkan susu. Kau tak kesian ke dekat budak tu. Budak tu baru sebulan lahir"bebel Mak lang.

"Alah.. mama bagi jelah susu tepung tu dekat dia. Orang malas lah.. dah lah! Jangan kacau"Suraya menyumbat kembali earphone ke dalam telinga.

"Patutlah Aliff tak bahagia kahwin dengan kau. Memang patut dia kahwin dengan Lydia. Apalah nasib aku dapat anak macam ni"omel Mak lang sambil membancuh susu.

-------

Aku duduk di atas kerusi sambil di solekkan oleh mak andam. Aliff yang baru saja keluar dari bilik air segak berbaju songket. Aliff bersandar di dinding sambil memerhati aku di solek.

"Apa pandang-pandang?"ujar ku dengan mata tertutup.

"Eh! Mana ada abang pandang. Sayang tutup mata mana boleh nampak"ujar Aliff tangan di silang ke dada.

"Aku ni ada mata hati tau. Boleh nampak apa kau buat walau mata aku tertutup sekali pun".

Aliff mengisyaratkan kepada mak andam menyuruhnya ke tepi. Aliff menghampiri lalu membongkok di hadapan aku. Kedua tangannya di letak di tangan kerusi kiri dan kanan. Mukanya pula sengaja di dekatkan dengan wajah aku. Hanya 3 inci sahaja jarak wajah aku dan Aliff.

"Sekarang sayang teka abang buat apa"ujar Aliff.

Pantas aku membuka mata. Terjungkit kerusi yang aku duduk kebelakang kerana terkejut melihat wajah Aliff begitu hampir dengan aku. Nasib baik Aliff pantas memegang kerusi. Kalau tak dah jatuh terlentang dah aku dekat belakang. Merah padam muka aku di buatnya. Aliff ketawa kecil melihat aku.

"Tu lah.. berlagak sangat. Nasib baik abang tak cium je sayang tadi"ujar Aliff selamba badak dia. Dah lah ada mak andam dekat sini. Macam nak meletup kepala aku ni kepanasan menahan malu.

Mak Andam menyambung kembali solekannya yang tergendala. Selesai itu, Aisyah dan Hawa pula masuk ke bilik aku untuk memakaikan aku baju, tudung dan perhiasan. Tidak lupa juga dokoh berantai pemberian arwah atok.

"Okay. Dah siap. Ya Allah cantiknya kau Lydia.. jealous aku"kata Aisyah.

Aku melihat diri aku di hadapan cermin. Diri aku sangat berbeza hari ini bila berbaju songket. Aliff berdiri di sebelah aku sambil memakai setanjak dan keris di selit di pinggang.

"Wah... sama cantik.. sama padan"tambah Hawa.

 sama padan"tambah Hawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now