KHMA 65

3.2K 215 51
                                    

"Aku rasa kita tukar sikit plan kau tu untuk perangkap Suraya"ujar Aliff.

"Asal?"tanya Aakiff.

"Aku kan kena kahwin dengan Lydia. Itu permintaan arwah atok".

"So, plan dia?"tanya Adam.

"Kita buat macam ni..."

-------

Semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu kerana kedatangan ibu aliff dan Inspector Harun untuk berbincang perihal aku dan Aliff. Aku menuruni tangga dengan berbaju kurung dan bertudung bawal. Mata ku kalih ke ruang tamu. Nampaknya keluarga Aliff dah datang lantas kaki ku hayun ke dapur. Malas mahu menghadap keluarga Aliff.

"Lydia, tolong bawa air ni pergi depan?"pinta mak su.

"Tak nak lah. Malas"ujar ku bersahaja.

"Lydia.. jangan macam ni.. itu bakal mentua Lydia tau. Pergi ya". Aku menghela nafas berat dengan terpaksa aku relakan, aku mengambil dulang air lalu di bawa ke ruang tamu. Mak su hanya tersenyum.

Aku menuangkan air ke dalam cawan lalu di serahkan kepada ibu Aliff, inspector Harun dan Aliff dengan gulingan mata. Mesti korang tertanya mana Suraya kan? Dia awal-awal lagi mak lang tak bagi keluar. Tambah pula dengan keadaan dia yang sarat mengandung.

"Jadi macam mana Lydia? Setuju?"tanya mak long untuk kepastian. Aku memandang wajah ibu aliff yang seperti berharap aku menjadi menantunya. Terus aku memandang pula wajah mak su dan Aisyah. Raut wajah mereka seperti menyuruh aku menerima Aliff. Kenapalah diorang ni beria sangat nak aku dengan Aliff.

'Tak nak lah aku terima mamat ni'kata hati ku.

"Lydia setuju"seperti yang dapat aku jangkakan, apa yang aku fikirkan berlainan dengan apa yang aku cakap. Aisyah yang ada disitu sudah tersenyum lebar.

"Alhamdulillah.. jadi bila boleh langsung...".

Perbincangan perkahwinan aku dengan Aliff berjalan dengan baik. Majlis pernikahan aku dan Aliff akan berlangsung sebaik saja Suraya lepas bersalin. Tak lama dah..lagi dua bulan dari sekarang.

Aku berdiri memeluk tubuh disisi kolam sambil termenung jauh. Aliff datang menghampiri aku dan berdiri di samping aku.

"Terima kasih, sebab terima lamaran tu"ucap Aliff.

"Aku buat semua ni sebab atok. Bukan sebab kau. Kau ingat aku senang-senang boleh lupa apa yang kau buat dekat aku? Huh! Never!"ujar ku terus berlalu masuk ke dalam rumah.

"Sepatutnya kau jadi satu-satunya isteri aku Lydia. Tak ada sesiapa pun yang dapat gantikan tempat kau di hati aku"gumam Aliff sendiri pilu.

-------

Seperti biasa apabila tiba di hujung minggu, rumah mak long akan menjadi tumpuan kanak-kanak mengaji. Hawa yang tekun mengajar kanak-kanak mengaji tidak sedar akan dirinya diperhatikan.

Adam bersandar di sliding door berpeluk tubuh dan kaki di silangkan. Matanya ralit memerhati Hawa yang sedang mengajar. Aku yang baru keluar dari bilik bacaan ternampak Adam yang sedang memerhati Hawa. Kaki ku atur perlahan menghampiri Adam.

"Ha!! Skodeng anak dara orang"sergah ku. Adam yang bersandar cepat-cepat membetulkan posisinya. Kantoi!

"Ish! Kau ni dik, tak de kerja eak?".

Кємвαя Нσт Мя. Α [✔️]Where stories live. Discover now