A.K.U : BLACK_BOOK mengisahkan tentang seorang jejaka yang sering bermimpi kes-kes pembunuhan. Dia menulis setiap kes dengan teliti dalam bentuk cerpen. Semua cerpen dimampatkan dalam sebuah buku bertajuk 'DREAM CASES'. Cerita ini juga melibatkan kisah tiga orang sahabat yang berusaha untuk menubuhkan sebuah kumpulan untuk memantau GUARD. Kumpulan ini juga hanya berkhidmat untuk negara dan keluarga di samping memantau tugasan ahli GUARD. Mereka juga bertindak untuk menghalang berlakunya kes pembelotan dalam GUARD. GUARD ialah sebuah agensi perkhidmatan keselamatan yang berkhidmat untuk persendirian dan negara. Mereka mendapat misi melalui papan penyataan misi. Misi-misi yang terdapat pada papan penyataan misi ditapis oleh unit misi.