Bab 76

31 4 1
                                    

Yanna mendengus kasar sebelum mengunyah kitkat yang sudah menjadi separuh akibat kitkat separuh lagi sudah selamat masuk ke dalam perut Syah.Sambil dia mengunyah kitkat, otak nya sudah memikirkan kerja gila untuk mengenakan Ame semula.

"Cuba lah kalau nak aku bagitahu dekat bakal ipar kerek tu." ugut Yanna

Ame mengecil pandangan nya sambil mengepalkan kedua-dua tangan nya lalu mengangkat tinggi.Belum sempat penumbuk nya ingin mendarat atas kepala Yanna, Keysha dan Syah terus menahan Ame dengan tangan mereka.

"Lepaskan aku sekarang,korang." arah Ame

Namun, Keysha dan Syah mengeratkan pegangan mereka malah abang long dan Afdzim juga turut masuk campur.Bukan boleh dapat dijangka angin Ame kalau melihat cara memandang seseorang seperti ingin menjadikan patung permainan nya.

"Sudah lah tu." marah Afdzim

Namun, kedua-dua pihak terus menjeling Afdzim dengan tajam sehingga tertembus dibuatnya.Afdzim terus mengeluh sebelum menyerabutkan rambutnya apabila melihat jelingan menjadi jawapan nya.

"Sabar,sabar.Jangan kalut sangat nanti kau juga menyesal sebab adik kau paling comel dan kacaks ni jadi sewel pulak." kata Yanna dengan riak

Keysha dan Syah yang sedang menahan Ame daripada menyerang Yanna terus melepaskan lalu membuat muka ingin muntahkan segala isi perut yang terkumpul akibat mendengar pujian paling jijik keluar daripada mulut Yanna sendiri.

'Adik aku ke?' desis Keysha

'Sumpah aku rasa nak muntah pelangi dengar kambing tu cakap.' gumam Ame

'Aku memang tak mengaku dia adik aku langsung.' getus Syah

'Syaiton mana pulak yang rasuk pemikiran adik aku?' bisik hati abang long

'Nak kata adik aku memang tak lah.Dah serupa jin ifrit tersesat masuk dalam badan kecil tu.' bebel Afdzim dalam hati

Daddy dan saudara mara yang berada di ruang tamu juga memandang Yanna tanpa berkelip sehingga bunyi cicak berkawad satu satu hora horey pun tidak diendahkan langsung.Daddy terus mengosok kepala Ame dan Yanna yang berlapik dengan tudung.

"Sudah-sudah lah.Meme kan kakak?Kena lah beralah sikit dengan Yanna.Dan Yanna pulak kan adik, kena hormat kakak bukan nya cari gaduh." tegur daddy

Walaupun daddy tidak pernah meninggikan suara nya pada Keysha,Ame,Syah dan Yanna tetapi teguran nya sentiasa mempunyai maksud tersirat untuk mereka berempat.Ame membuat muka manakala Yanna menarik muncung angsa nya apabila mereka perlu berbaik.

"Memang betul Meme ni kakak tapi kalau setiap saat kambing ni asyik cari masalah dengan Meme.Alamak dah lama jalan, daddy.Bukan daddy tak kenal perangai anak manja daddy yang sorang tu?" bentak Ame

Yanna tengah elok menarik muncung angsa nya, terus menjeling Ame namun hanya seketika selepas bertembung dengan jelingan dingin Ame.Siapa yang berani lawan menjeling Ame kalau sudah mood nya menjadi seorang dingin sekarang ini.

"Eleh duku terbelah duku menyepih, kata orang engko pulak lebih." jawab Yanna 

Terus, suasana menjadi sedikit pelik selepas Yanna berkata seperti itu sehingga kesemua memandang nya dengan pelik.Keysha dan Syah mengerut kening mereka sebelum Keysha mendekatkan dahi nya pada Yanna.

'Bukan paku dulang paku sepih, kata orang kau yang lebih?Memang jahanamkan bahasa melayu macam catmunk dan alien tu je.' bebel Ame dalam hati

"Normal je." kata Keysha

"Dah nak arwah agak nya kambing ni?" tanya Syah

Ame hanya mengangkat bahu nya sambil mengerling ke arah Yanna yang seronok menjeling ke arah nya sekarang ini.Entah kenapa mood nya untuk menjeling Yanna tidak kesampaian malah dengan kerja dipejabat dan sekolah semakin berlambak walaupun sudah diselesaikan.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now