Bab 51

166 12 11
                                    


Ini merupakan sambungan daripada part Keysha dan Naufal, ya.myra291292 sorry sebab x blh nk buat banyak dekat bab sebelum ni. But I'm try the best to make it even hambar jalan cerita ni. Sorry sesangat tapi harap awak aenjoy baca part ni jugak.

"Apa pandang-pandang?Tahu lah aku ni kacak sangat sampai kau tercrush dekat aku kan?" puji Naufal sendri

Keysha menunjukkan muka hampir nak muntah dekat Naufal.Memang boleh agak lah kalau perempuan tengok sikit je, pasti angkat kapal selam terus.Tapi tak apa lah, disebabkan Keysha ni baik hati, dia cuba untuk meringankan beban orang yang angkat kapal selam ni.

"Saya pandang someone dekat sebelah awak tu.Dia tengah lambai dekat awak sebenarnya.Lagipun saya tak ada pun kata yang awak ni kacak atau tercrush dekat sesiapa pun?Cuma dia suruh awak lambai balik dekat sana tu." kata Keysha dengan polos

Naufal berasa pelik apabila Keysha berkata seperti itu.Lantas dia memandang di sebelah nya namun tiada apa-apa pun.Terus dia memandang Keysha yang menayangkan wajah polos nya itu.

"Tak ada apa-apa pun.Kau saja kan?Eh... mana pulak minah gedik tu pergi?" tanya Naufal

Terus Naufal mencari Keysha yang sedang menyorok di sebalik kawasan yang tersorok.Naisb baik lah badan dia kecil seperti anak kucing comel.Jadi, agak mudah juga untuk menyorok daripada sesiapa.

'Hehehe... best pulak aku memain dengan mamat ni.Baru ada cabaran sikit aku nak tengok.' gumam Keysha dengan nakal

Naufal mencari Keysha di merata tempat sebelum dia bersandar pada dinding.Sungguh dia mula berasa pelik kerana tak mungkin minah gedik tu terlepas dari pandangan nya.Hampir semua tempat dia sudah pergi.

"Haih... nak dekat semua tempat dah aku cari minah tu.Eh... jap!Asal pulak aku risau sangat minah tu pergi mana?Ah!! lantak lah je lah.Yang penting minah tu ada dekat depan mata aku sekarang ni." bebel Naufal seorang diri

Keysha yang mendengar Naufal membebel seorang diri, terus mencebik bibir nya.Pelik benar mamat seorang ni?Sekejap baik, sekejap dingin.Kalau dah suka tu, baik terus terang sahaja daripada ikut sangat ego tu.

'Dia ni datang bulan ke apa?Kejap baik, kejap tak.Haih... kenapa lah aku boleh suka mamat ni?' desis Keysha

Naufal hampir ingin berputus asa sebelum memikirkan sesuatu.Seingat dia, masih lagi satu tempat yang belum di cari lagi.Terus dia bangun semula dari duduk nya lalu bergerak ke tempat tersebut.

"Haih... nampak nya tak ada jugak.Lebih baik aku pergi beli cokolat dekat bawah." rungut Naufal 

Sebenarnya Naufal saja kata begitu dengan kuat-kuat.Lagipun dia yakin bahawa Keysha masih ada di sekitar nya.Satu laluan yang agak kelihatan sempit namun jika badan kecil, sudah semestinya boleh masuk seperti Keysha.

'Aku hanya perlu tunggu sahaja umpan kena makan.Baru aku ambil peranan lepas minah tu kena dengan perangkap.' monolog Naufal dengan akal yang licik

Keysha langsung tidak mendengar sebarang bunyi tapak kasut daripada Naufal.Dia mula berasa pelik kerana begitu mudah sekali Naufal menyerah kalah.Nampak nya dia menang lagi dengan pesaing nya sendiri.

"Hurmh... lega nya dapat keluar dari tempat kecil tu.Tak hairan lah kalau mamat sombong tu tak boleh jumpa aku." kata Keysha dengan bongkak

Tanpa dia sedar,Naufal bergerak ke arah lalu menarik dan menolak Keysha sehingga bersandar pada dinding bangunan.Keysha terkejut apabila Naufal melakukan serangan hendap pada diri nya.

"Checkmate.Kau kalah dengan aku akhir nya." kata Naufal dengan sinis

Keysha terus menarik muka nya apabila ditangkap.Entah bagaimana pun Keysha tidak tahu yang dia telah masuk perangkap mamat sombong di hadapan nya.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now