Bab 32

108 13 0
                                    

Selesai sahaja perbincangan di antara mereka berdua dan pengetua, Ame dan Darwish meminta diri untuk pulang.Dan sempat Ame menyimpan kotak baldu tersebut di dalam poket seragam nya.Tanpa memangdang Darwish,Ame terus berlalu pergi ke kelas nya semula.

"Kau masih... terkejut yang aku adalah orang yang kau kena kahwin ke?" tanya Darwish

Ame yang mendengar terus berhenti membuat kerja nya.Lalu dia memandang tepat ke arah mata Darwish.

"Jujur aku cakap, aku masih terkejut apa yang terjadi hari ini.Tapi mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.Siapa yang tahu rancangan allah kan?Jadi aku tak berharap sangat pun.Kalau betul lah kau adalah imam aku ke jannah aku terima dengan hati ikhlas." kata Ame dengan penuh dalam

Darwish tergamam apabila Ame berkata seperti itu.Dia faham yang bukan salah sesiapa dalam hal ni sebab mereka berdua hanya perlu melaksanakan amanah seseorang itu dengan segera.Tapi dia langsung tidak sangka yang Ame boleh terima perkara berkaitan masa depan nya dengan hati terbuka.

"Baiklah... aku terima seadanya diri kau sekiranya kita adalah jodoh yang ditentukan oleh Nya.Lagipun aku tak akan mendesak kau untuk buat pilih sebab ia melibatkan masa depan kau dan aku.Jadi aku harap kita berdua boleh jadi kawan walaupun kita tiada jodoh sekalipun." ujar Darwish dengan tenang

Ame yang mendengar ayat Darwish, dia tersenyum lebar tanpa disedari.Darwish terkaku melihat senyum lebar yang menghiasi wajah Ame.Lalu dia membalas senyuman tersebut.

"Apa kata aku teman kau sampai pagar sekolah?Lagipun dah nak dekat senja ni." pelawa Darwish

'Apa salah dia nak teman aku?Lagipun boleh aku kenal hati budi dia ni' detik Ame

Tanpa menunggu apa-apa,Ame mengangguk kepala nya sebagai setuju.Lalu dia bergerak keluar kelas bersama-sama Darwish.Sepanjang langkah mereka, banyak perkara yang hampir sama dengan mereka.

"Jadi kau ni model ke?" tanya Ame

"Aha... tapi sejak aku pulang ke sini, aku dah active sangat dalam bidang tu.Rimas rasanya orang mengarah buat benda yang langsung aku tak suka." kata Darwish

"Oh baru faham." kata Ame

"Kenapa kau tanya soalan macam tu?" tanya Darwish

"Saja je.Lagipun adik aku pernah nampak gambar kau dekat majalah sebelum ni.Tapi aku buat tak tahu je lah masa tu." terang Ame

Sedar atau tidak mereka sudah berada di hadapan pintu pagar sekolah.Langsung Darwish dan Ame tidak sedar disebabkan pengenalan mereka, membuat mereka menjadi akrab walaupun sebenarnya mereka berdua masih lagi perang dingin.

Abang long yang perasan akan gerak geri Ame dan Darwish, dia tersenyum kecil di dalam kereta.Tanpa menunggu masa, abang long keluar dari perut kereta untuk mengambil Ame yang berada di hadapan pagar sekolah bersama-sama Darwish dengan penuh tenang.

"Haih... rancak betul berbual sampai abang long sampai pun tak perasan ke?" tanya Abang long sambil memegang bahu Ame

Ame tersentak apabila suara abang long menyapa halwa telinga nya.Lantas dia mengalih pandangan nya ke tepi sedikit.Abang long terus tersenyum lebar apabila Ame langsung tidak muram seperti dahulu disebabkan ada orang yang masih sudi untuk berbicara nya walaupun berlainan jantina sekalipun.

"Abang long!!" kata Ame sambil memeluk abang long dengan erat sekali

Abang long terkejut akan refleks Ame yang tiba-tiba memeluk dengan erat sekali.Itu bernasib baik sahaja apabila abang long dapat mengimbang badan nya daripada tumbang.Darwish yang melihat telatah Ame yang tiba-tiba menjadi manja, terkaku terus satu badan nya.Abang long yang perasan akan pandangan Darwish terhadap adik nya, terus berdehem dengan kuat.

Miss Sliver HighTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang