Bab 21

224 16 2
                                    

"Nah Ame.Uncle kata yang Ame kena makan ubat ni ikut time dan jangan skip ye kalau tak nak duduk lagi dekat hospital." kata Keysha

Ame yang mendengar ayat tu terus tarik muncung itik.Alih-alih ayat tu jelah yang dia kena dengar.

'Langsung tiada ayat yang sedap untuk didengar ke?Kenapa lah nasib aku malang sekali hari ini.' rintih Ame dalam hati

"Hurm ok, Key.But boleh tak korang jangan ugut aku kena tahan wad.Dah lah mulut korang masin sangat." kata Ame

"Dah kau tu degil sangat sampai langsung tak jaga kesihatan,Kau ingat kitorang ni tak risau ke apa?" tanya Syah sambil membaca qoutes islamik.

Ame yang mendengar apa yang Syah cakap terus mendiamkan diri sahaja.Malas nak berlawan cakap dengan Syah kalau mood dia nak membebel dah muncul.Lantas dia mengambil earphone di dalam tas tangan nya lalu menyumbat ke telinga nya.Sementara abang long memandu ke arah rumah mereka, Ame mendengar lagu sambil menghala pandangan nya ke arah luar tingkap.

'Korang pasang lah lagu ni.Sorry author tak berapa pandai bab lagu sesuai untuk situasi.Tapi hope korang suka ye.'

'Aish asal lagu ni kena sangat dengan situasi aku sekarang ni.Macam memori pahit aku je bila fikirkan balik.' monolog Ame

"Woi, Ame.Kau dengar lagu apa?Macam best je aku tengok kau dengar." tegur Yanna

Pecah sudah lamunan Ame apabila Yanna menegur sebentar sahaja.Ame yang masih blur terus mengalih pandangan nya ke arah tepi nya.

"Hah...Jagung?Mana ada orang jual jagung dekat sini lah, Yanna" kata Ame

Abang long,Keysha dan Syah yang dengan jawapan spontan Ame, terletus tawa melihat Ame masih blur lagi.Manakala Yanna hanya mampu menggeleng kepala sahaja.Ame yang masih blur apa yang terjadi sebentar sahaja hanya mampu mengaru kepala nya yang tidak gatal di sebalik tudung shawl nya.

'Hahahahha... apalah Ame ni.Setepek terus si Yanna dengan Ame ni.' bisik Syah dan Keysha

"Apa?Ame ada salah jawab ke?" tanya Ame dengan bingung

'Aduh kakak aku yang sorang ni.Nasib aku sayang, kalau tidak aku jerit kuat-kuat dekat telinga tu karang.Boleh pulak kata aku nak jagung.' bebel Yanna dalam hati

"Tak ada apa-apa lah.Ni hah, ada orang tu tanya kau dengar lagu apa?" ajuk Syah

"Ouh... sorry aku blur pulak.Just dengar lagu save and found taylor swift.Cover lagu by Sam Tsui and Kurt Schneider.Kenapa?" tanya Ame

"Okey thanks, babe.Sorry ganggu kau layan perasaan." perli Yanna

Ame yang langsung tidak ambil kesah dengan perlian Yanna terus melayan lagu tersebut sampai dia terlelap di bahagian duduk belakang.Lagipun buat dia sakit lagi tak ke naya je jawab nya.

'Haih mengelamun lagi lah tu.Bertuah punya budak.Bila mengelamun teruk, memang blur teruk lah adik aku sorang  ni.' desis abang long sambil tersenyum kecil

SKIP TIME AND PLACE

Hari ini paling seronok apabila abang long tidak menolak untuk makan malam di rumah.Dan yang paling mengejutkan uncle Dan pun ada sekali dalam acara makan malam.

Selepas selesai makan malam,uncle Dan terpaksa pulang kerana masih ada urusan di hospital.Pada mula nya, daddy agak keberatan ingin membenarkan uncle Dan pergi namun selepas diberitahu bahawa ada masalah di hospital, maka daddy membenarkan jugak.

Ame dan Keysha mengemas meja makanan manakala Syah dan Yanna membuat hot chocolat untuk daddy dan abang long.

"Ni along.Ada atau tidak pak ngah kamu telefon malam semalam?" tanya daddy pada abang long

Abang long mengeluh panjang sebelum memandang wajah lelaki yang menjadi ketua keluarga untuk mereka.Dia menangguk kepala nya dengan lemah

"Ada, daddy.Tapi kalau nak sakit kan hati Meme tak perlu lah telefon bagai.Kalau ikutkan hati along lah daddy, dah lama along mengamuk dekat diorang tapi sebab meme langsung tak nak along kurang ajar dengan diorang tu, along diam je." luah abang long dengan lemah

Daddy yang mendengar luahan daripada abang long pun dia rasa marah.Tapi disebabkan pihak sebelah merupakan adik beradik nya manakala di sebelah sana pulak adalah anak perempuan yang amat dia sayang bagai menantang minyak yang penuh.Dia langsung tidak boleh mengambil tindakan melulu untuk mengelakkan pergaduhan antara adik- beradik.

"Daddy pun buntu, along.Daddy sebenarnya kesian dekat Ameerah tapi dalam masa yang sama tak tahu nak pilih pihak mana." kata daddy dengan lemah 

"Daddy, abang long... ni Syah dan Yanna buat air untuk daddy dengan abang long.Kitorang naik bilik dulu ye." pinta Syah sebelum bergerak ke bilik nya

"Yanna masuk bilik ye, daddy, abang long.Good Night and Assalamualaikum." kata Yanna sambil menutup mulut nya daripada menguap.

"Ye lah.Kamu jangan bangun lewat pula.Waalaikumusalam." kata daddy

Manakala Ame dan Keysha masih berada di dapur sambil berborak kosong.Adakala mereka ketawa sakan di dapur.

"Erm...Key.Ame nak tanya something boleh tak?" soal Ame

"Hurm apa nya?Kalau soalan tu logik, Key jawab lah.Tapi soalan tak logik jawapan pun sebaliknya." kata Keysha

"Macam ni... Syah ada kata yang nanti ada pelajar senior baru masuk ganti yang kena pindah sekolah,Betul ke?" tanya Ame

"Kalau ikutkan memang betul pun sebab Key dengar diorang tu Tengku.Cuma nya tak ada seorang pun yang pernah lihat muka diorang.Lagipun ada yang kata diorang tu handsome, darah kacuk." kata Keysha yang sedang angau

'Key..Key pantang dengar nama lelaki handsome mulalah angau dia tu.Kalau daddy ke, abang long ke atau abang ngah tahu, naya je lah jawabnya' desis Ame

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now