Bab 26

127 15 1
                                    

Selepas Yanna dan Naufal tidak dalam pandangan Ame, terus dia bergerak sambil menarik lengan Darwish yang berlapik.Gile lah nak tarik tangan anak teruna orang dengan tidak berlapik.

"Oit...Oit... budak apasal kau tarik aku ni?Lepaskan aku, budak." kata Darwish dengan geram

Ame yang mula rasa bingit apabila mendengar suara Darwish dari tadi terus menarik dengan agak kuat.Nasib baik tak renyuk teruk lengan baju tu.

"Apa lagi?Dah lah kau jalan macam mak nyah mintak penampor dari aku lepastu marah-marah dekat aku pulak?" balas Ame yang berhenti akibat tindakan Darwish

'Mak aih, minah ni.Dia mengajing dekat aku pulak.' rungut Darwish

Pergaduhan kecil mereka berdua terhenti apabila ada suara seorang pengawas memanggil Ame dari jauh.Seperti seorang pengawas perempuan tapi muda daripada Ame dan Darwish datang ke arah mereka berdua

"Allyssa, kenapa kalut semacam je akak tengok.Cuba bertenang dulu." kata Ame sambil mengurut belakang badan budak perempuan pengawas AKA Allyssa

Selepas Allyssa sudah bertenang, dia terus menerap ke arah Ame.Ame yang hampir tersungkur sempat disambut oleh Darwish daripada jatuh.Ame yang terkejut akan kejadian tersebut terus berdiri tegak dan bergerak jauh sedikit daripada Darwish.

Darwish yang terkejut akan tindakan nya, terus berdeham untuk hilangkan rasa malu yang mula bermaharajarela.Ame pulak menunduk kepala nya sedikit dan muka nya berubah warna.

"Ish akak dengan abang ni.Macam ni Allyssa ada nampak satu geng kumpul dekat block lama.Lepastu Allyssa nampak diorang buat benda tak elok dekat sana.Bila Allyssa nampak, terus saya lari cari senior.Semua senior langsung tak percaya cakap saya.Itu yang saya cari akak dari tadi.Tapi tak sangka akak boleh ada dengan abang handsome ni." kata Allyssa sambil tersenyum nakal pada Ame dan Darwish

Ame dan Darwish terus memandang sesama sendiri sebelum mengalih pandangan ke arah lain.Allyssa yang melihat gelagat kakak dan abang senior nya mula tersengih nakal.

"Haih.... akak dengan abang ni ada apa-apa ke.Semacam je saya tengok akak dengan abang ni?" tanya Allyssa sambil tersenyum nakal

"Memang tak lah" kata Ame dan Darwish serentak.

Ame dan Darwish terus memandang antara satu sama lain.Manakala Allyssa berada di antara mereka berdua hanya melihat pergaduhan kecil tercetus.

"Dah jangan nak gaduh dekat sini.Karang akak dengan abang ni ada jodoh pulak." kata Allyssa

"Eh.. kamu ni.Dekat mana kamu nampak tu Allyssa?" tanya Ame, cuba untuk mengubah topik tersebut

"Dekat block makmal lama tu, kak." kata Allyssa

"Okey.Kamu pergi tolong halau pelajar lain ke dataran sekarang.Abang dan akak akan selesai kan." putus Darwish dengan tiba-tiba

Ame terkejut dengan keputusan Darwish.Lalu Darwish menarik tangan Ame yang berlapik dengan kain baju sekolah.Kalau dia pegang kawasan tidak berlapik memang kubur lah dia ke sana.

SKIP PLACE

Ame dan Darwish berjalan ke tempat yang Allyssa beritahu.Namun Ame berasa janggal dengan keadaan nya kena tarik oleh Darwish.Seperti jantung nya berdegup lebih laju daripada biasa apabila berada bersama dengan orang yang dia benci.

Ame tergamam apabila Darwish menarik lengan nya.Mulut Ame menjadi lumpuh untuk memarahi nya.Darwish nampak tenang apabila melihat dari belakang nya.

'Eh aku merepak pulak ni.Kau kena ingat mamat tu lah yang kau tampar.' monolog Ame sambil menggeleng kepala nya.

Darwish yang melihat tingkah terus memberhenti langkah nya.Ame yang berada di belakang Darwish hampir terlanggar belakang nya apabila memberhenti secara mengejut tanpa memberi isyarat.

"Woi... asal kau berhenti tiba-tiba.Nasib baik tak bersentuhan kalau tidak...." kata Ame dalam geram

Darwish yang mendengar suara jeritan Ame, dengan spontan dia menutup mulut kecil itu dengan tapak tangan nya sendiri.

"Shuh... kau boleh diam tak?Aku ada suara dekat belakang." kata Darwish dengan serius

Ame yang terkejut apabila tapak tangan Darwish menutup mulut nya.Entah kenapa jantung nya berdegup dengan lebih laju sekarang ni.

"Wei,Fikah.Asal kau diam sangat?" tanya Darwish dengan berbisik

Darwish yang langsung tidak mendengar respon daripada orang belakang nya.Terus dia menoleh dan tergamam apabila tangan nya masih berada di mulut Ame.

Dengan perasaan malu yang mula menyerbu, Darwish menurunkan tangan nya tanpa menoleh pada Ame.Ame dapat merasakan muka nya terasa sedikit panas daripada biasa, terus memaling ke arah lain.

"Apa yang kau dengar tu?" tanya Ame

Ame terus ke hadapan Darwish dan terkejut apabila melihat senior yang kerap cari masalah dengan nya.Dan yang paling mengejutkan ada perempuan yang turut serta dengan pakaian yang cukup sendat di mata nya.

"Wah...Wah... cik pengawas kita muncul lagi lah.Bukan kau dah mampus ke hari tu?" tanya Faiz AKA  ketua pembuli sekolah

Ame yang mendengar ayat sinis Faiz, hanya mampu merenung nya dengan pandangan kosong.Langipun dia sudah masak dengan perangai setan pembuli senior sekolah ni.Faiz yang melihat, terus naik angin dengan Ame.

Lalu Faiz dan kawan-kawan nya berkumpul di sekeliling Ame dalam bentuk bulatan.Manakala Darwish yang melihat terkejut apabila Ame boleh masih tenang walaupun dikepung dengan pembuli sekolah.

"Herh.. kesian kau.Kitorang dah bagi kau untuk blah.Tapi kau tak nak kan?Jadi selamat untuk menjadi mainan kitorang hari ni." kata salah seorang mereka sebelum semua tergelak

Darwish yang mendengar, mengenggam tangan nya dengan kuat sehingga menampakkan urat hijau di lengan nya.

'Diorang ni.Memang langsung tiada adab dengan maruah minah tu.' desis Darwish dengan bengang

Manakala Ame dapat melihat beberapa orang pelajar perempuan yang memakai baju sekolah yang jarang sehingga boleh menampak sesuatu.

'Dasar perempuan jalang.Langsung tak tahu ke ni sekolah bukan kelab malam.' bentak Ame

"Aku nak cakap sikit je lah.Korang datang sekolah ni untuk apa?Untuk buat maksiat ke?Kalau nak buat maksiat sangat jangan dekat sini, tapi korang tempah hotel lepastu buat lah apa yang korang nak.Sekolah adalah tempat untuk cari ilmu.Tapi aku tengok korang ni terlebih pandai sampai langsung tak tahu hukum hakam agama.Buat malu agama sendiri betul lah korang ni." sindir Ame sambil memeluk tubuh.

Mereka semua tersentak dengan kata-kata Ame sebentar tadi.Faiz terus mencerlung ke arah Ame yang tersenyum sinis sambil memeluk tubuh pada mereka.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now