Bab 56

85 9 2
                                    

"Aku tak pernah pun cintakan langsung.Ingat,minah kerek.Even kita bakal kahwin tapi tak bermaksud yang aku akan layan kau macam isteri.Kau hanya orang asing yang muncul dalam diri aku tanpa aku terima." sambung nya

Ame mengengam tangan nya dengan erat sekali sehingga timbul urat hijau di pegelangan tangan nya.Agak sakit namun tidak sesakit hati nya walaupun dia tidak tahu apakah punca nya sebenarnya.

"Bagus lah.Tak perlu lah aku nak berpura-pura dengan kau lagi, kan?Genap setahun kau ceraikan aku walau apapun yang terjadi.Apasal aku suruh?Jangan tanya atau cari sendiri sebab kau langsung tidak layak pun untuk tahu setiap masa silam aku pun walaupun kau dah tahu sikit.Tapi itu bukan bermakna yang kau boleh buat apa sahaja dekat aku.Dan aku bagi amaran keras dekat kau dengan kawan-kawan syatoin kau.Jangan pernah cuba untuk bangunkan kala jengking yang tengah nyenyak tidur atau korang yang bakal merasa kematian." balas Ame dengan dingin

Bagi orang luar, dia boleh dikatakan sebagai seorang remaja perempuan yang langsung tiada adab dengan sesiapa.Namun, hanya betul-betul mendalami kenal diri nya sahaja yang tahu apa yang dia pernah alami.

"Aku langsung tak kesah pun kalau kau nak pukul aku atau apa tapi ingat satu sahaja sekali kala jengking terbangun dari alam mimpi dia.Korang akan menyesal pada akhirnya juga sebab buat masalah dengan kala jengking." sambung Ame 

Tanpa menunggu lagi, Ame terus bangun lalu mengendong Oren dengan fail yang berada di tangan nya.Dia berjalan keluar dari bilik solat tanpa memandang wajah Darwish.Malah dia menghadiahkan jelingan tajam bak katana halus bersama dengan kedinginan ais di kutub artik.

Lebih baik dia makan ubat daripada hadap muka tidak siap mamat itu.Oren yang faham akan perasaan tuan nya hanya berdiamkan diri sahaja sambil menyandar badan nya.

'Lebih baik aku mati daripada terseksa dekat dunia lah.' bisik hati nya

Lepas menyimpan semua fail ke dalam bilik nya, terus Ame bergerak ke dapur sambil mendengar lagu di earphone.Untung sahaja dia tidak membuang ke planet pluto sebelum ni, kalau tidak meroyan .

"Yow!!" panggil Yanna 

"Hm."

Yanna mula mengesyak sesuatu apabila sapaan nya dijawab acuh tak acuh sahaja.Namun, dia tidak mungkin buat sesuatu perkara tanpa sebarang buktu kukuh.

"Kau asal ni, bro?Macam mati laki dengan anak je aku tengok." tanya Yanna

Ame hanya menjeling tajam pada Yanna sebelum menelan ubat-ubat di atas tapak tangan nya dengan rakus sekali.Yanna meneguk air liur nya apabila melihat jelingan tajam Ame yang serupa ingin menikam seseorang dengan kejam.

"Pertama, memang perangai aku mengalahkan lelaki tapi still a girl.Kedua, aku masih anak dara sunting ye.Ketiga, tak ada benda yang perlu kau sibuk atau fikirkan pasal aku.Keempat, kau buat apa dekat sini?Ponteng ke apa?" ulas Ame dengan mendatar

Yanna hanya membuat muka sambil mengambil air sejuk.Tahu lah dia ni jenis mengelat dengan Ame tetapi tidak bermaksud dia akan ingkar arahan serius Ame.

'Ceh!Suka suki kitkat dia je kutuk aku.' protes Yanna

"Aku dah lama siap lah.Ni pun aku haus sangat, tu yang pergi bertafakur dekat sini." balas Yanna dengan geram

Ame hanya mengangguk kepala nya sambil membasuh cawan yang digunakan nya.Ame langsung tidak mengeluarkan suara nya.

"Wei,Ame.Wanna share with me?" tanya Yanna

Ame hanya mengeluh sebelum mengangguk kepala nya.Lagipun hanya dengan Syah dan Yanna sahaja dia mudah untuk bercerita masalah berbanding Keysha.

"Just... aku terfikir lah.Kalau aku tak ada, macam mana perangai korang nanti?" kata Ame

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now