Bab 23

152 15 3
                                    

Setelah selesai memakai pakaian sekolah,Ame terus melihat dirinya di cermin untuk memastikan pemakaian nya nampak kemas dan sempurna.Setelah berpuas hati melihat penampilan nya,Ame terus mengambil beg sekolah nya yang terletak di atas katil nya.Lalu Ame turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi bersama-sama dengan keluarga.

Snowbell yang berada di tepi tangga mengiau ke arah nya.Ame tersentak apabila dia hampir memijak ekor kucing kesayangan nya.

"Hey snowbell.Asal kau boleh ada dekat sini?" tanya Ame sambil mengangkat snowbell

"Meow..." jawab snowbell sedangkan Ame langsung tidak faham bahasa haiwan

"Hurm... aku bukan faham pun apa yang kau cakap tu snowbell.Tak apa lah, jom kita turun makan dengan yang lain." kata Ame sambil menuruni tangga 

"Wei snowbell kalau aku dah pergi macam mummy kan, kau rindu aku tak?Mesti lah tak kan.Ye lah aku kan kekadang marah kau tidur atas katil aku.Tapi aku tak nak kau jadi lempeng dengan aku setiap kali tidur atas katil.Kau rasa kan aku boleh melihat senyuman semua orang tak?" tanya Ame sambil bercakap dengan snowbell

Kalau orang tengok dia bercakap seorang diri, mesti dia digelar sebagai orang yang tidak betul.Tapi dia bukan kesah langsung pun lagipun dia dari kecil lagi tiada orang ingin berkawan dengan nya.

Hanya sebab dia sakit sahaja, semua orang menjauhi diri daripada nya jadi disebabkan dia amat gemar dengan haiwan maka dia membela seekor kucing kampung dan kucing baka.

Walaupun kucing kampung nya adalah kucing yang dikutip dikawasan lorong kedai tapi dia amat menyanyangi kucing itu seperti mana snowbell.

"Assalamualaikum and good morning semua.Am' I last person?" tanya Ame sambil meletakkan snowbell ke bawah

"Waalaikumusalam and morning to Meme.Tak pun lagipun adik orang pertama turun bawah." kata abang long sambil menghirup kopi.

'Diorang ni.... apa lah nasib dapat kembar yang nak bersiap lambat.' desis Ame sambil menggeleng kepala

"Hurm... Meme nak bagi makan oren dengan snowbell dulu.Kalau diorang dah turun suruh diorang makan cepat lagi-lagi si Yanna." ujar Ame sebelum berlalu ke dapur untuk memberi makanan kepada kucing-kucing nya

"Oren masa untuk makan.Mana pulak kau ni oren?" bebel Ame sambil meliar mencari oren

Meow....

Ame yang tersentak apabila ada sesuatu mengesel di bawah kain sekolah nya.Lalu dia mengangkat sedikir kain nya.Rupa-rupa nya oren lah yang sedang seronok bermain di bawah kain Ame.

'Haih... bertuah punya kucing.Tempat lain punya luas tapi bawah kain aku pun kau sapu.Nasib aku ni pakai seluar panjang dalam kain.' bisik Ame sambil membelai kepala Oren dengan penuh kasih sayang

Selepas memberi makanan kepada kucing-kucing nya,Ame terus mengambil segelas air dan ubat-ubat nya.Lalu dia menelan ubat tersebut sebelum meneguk air di dalam gelas sehingga habis.

SKIP PLACE

Selepas sahaja abang long menghantar Ame,Keysha,Syah dan Yanna ke sekolah, mereka berempat berpecah mengikut haluan masing-masing.Lagipun mereka adalah pengawas, maka terpaksa pergi secara bersendirian kecuali Ame dan Yanna.

Keysha bergerak ke Bilik Kaunserling,Syah ke perpustakaan manakala Ame dan Yanna pergi ke arah Dewan terbuka.Namun sebelum mereka bergerak ke tempat perjumpaan badan pengawas masing-masing,Ame memanggil mereka semula.

"Key,Syah dan Yanna aku nak korang keluarkan barang larangan dari korang." kata Ame sambil menilik ke arah jam tangan nya

"What!!!" jerit Keysha,Syah dan Yanna

Ame yang mendengar mereka menjerit, cepat-cepat menjauhkan diri nya.Diorang ni jangan buat drama sekarang ni

"Haih...Tiada ulangan tayangan soalan lagi." kata Ame dengan bosan

"Jap asal kitorang kena buat sedangkan kau tak pun?" tanya Yanna dengan tidak puas hati

"Sebab barang larangan aku ada dekat abang long.Lagipun nanti dia bagi dekat Pak Mat lah untuk jagakan.Kau ingat aku tak nampak ke apa korang bawak?" kata Ame sambil memeluk tubuh

Keysha,Syah dan Yanna memandang antara satu sama lain.Ame yang melihat tingkah laku kembar nya, mengeluh panjang apabila sukar untuk berunding dengan mereka bertiga.

"Aku bukan bagi dekat cikgu lah sengal.Aku simpan lah dekat tempat khas.Jadi baik korang keluarkan sebelum cikgu buat sport-check karang.Aku tak akan bertanggungjawab atas barang-barang korang tu ye kalau cikgu jumpa." ujar Ame dengan mendatar

Tanpa menunggu apa-apa, Ame terus pergi ke Dewan terbuka dengan muka dingin.Lagipun dia bukan ada satu kawan pun.Bagi Ame kawan sekarang memang tikam belakang kita, jadi dia ambil kata putus yang dia tak nak mempunyai kawan di sekolah.

Kalau yang baik tak apalah jugak, tapi dekat sekolah langsung tiada seorang pun yang berminat untuk berkawan dengan nya.Yanna yang berada di belakang nya menjerit nama Ame dengan nyaring sekali.

"FIKAH!!!!!" jerit Yanna sambil mengejar Ame yang sudah berada jauh di hadapan nya

"Kau asal kambing?Dari tadi panggil aku.Ingat aku ni pekak sangat ke sampai kena jerit dekat telinga aku ni." kata Ame dengan geram

Yanna tersengih sumbing melihat Ame berangin sekarang ni.Lagipun itu idea dia untuk buat Ame banyak bercakap dekat sekolah.

"Alah...Chill, chill je babe.Aku jerit pun sebab nak bagi barang ni dekat kau.Tolong simpan ye dan yang paling banyak barang adalah Keysha." kata Yanna sambil menyerah sebungkus beg plastik kepada Ame

Ame yang nampak beg plastik itu, terus mengambil dan menyimpan di suatu tempat hanya dia sahaja tahu.Setelah meletakkan beg plastik itu,Ame terus bergerak ke Dewan terbuka dan meletakkan beg sekolah nya di atas pentas.

"Wei, Yanna.Sapa ketua dengan penolong pengawas baru kita?" tanya Ame yang sedang ralik membaca buku 

"Entah lah.Tiada seorang pun tahu siapa diorang lagipun ada yang kata diorang tu anak Tengku.Tapi aku bukan percaya sangat apa diorang kata tu." balas Yanna sambil mata nya melihat di sekeliling nya.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now