Bab 14

149 18 2
                                    

Selepas Ame berkata pada sebegitu pada Darwish, lantas dia melangkah ke arah kaunter bayaran tanpa menoleh ke arah Darwish lagi.Namun langkah nya terhenti apabila ada sesuatu yang menyesak dada Ame sehingga terpaksa memberhenti pergerakan nya.

'Ta..tak mun..mungkin.Aduh aku lupa janji uncle Dan kalau benda ni jadi lagi sekali.' desis Ame sambil cuba menahan dada nya

Keysha yang melihat fenomena pada Ame, lantas dia bergerak dengan kadar segera sambil menarik tangan Syah dan Yanna.Hati Keysha mengatakan pasti ada sesuatu tidak kena dengan Ame apabila dia secara tiba-tiba berhenti langkah nya dan menunduk kepala nya sedikit seperti menahan sakit sahaja bila tengok.

'Ame...Ame skip makan ubat lagi ke?Tolong jangan buat hati Key terseksa please.' rintih Keysha dalam hati

Ame yang tidak dapat menahan sakit nya, terus terduduk di atas lantas sambil memegang dada nya dengan erat sekali.Dia cuba untuk cari nafas namun ianya agak sukar akibat udara di dalam Soel Garden agak sedikit berbanding udara di luar restorant tersebut.

Syah dan Yanna terkejut apabila Keysha menarik tangan mereka ke arah Ame.Mereka tergamam melihat Ame terduduk di atas lantai sambil memegang dada nya dengan kuat sekali.Tanpa memikirkan apa-apa,Laju mereka bergerak ke arah Ame.

Wajah Ame bertukar warna menjadi sedikit pucat.Dia cuba untuk memanggil Keysha kerana hanya Keysha sahaja yang menyimpan ubat-ubat Ame dalam tas nya.Melihat Keysha,Syah dan Yanna melajukan langkah mereka ke arahnya , membuat dia berasa bersyukur mempunyai kakak dan adik-adik yang prihatin akan diri nya.

"Ame... kau okey tak ni.Kalau still sesak nafas please tunjuk dua jari dan lega sikit cuma masih sakit dekat dada tunjuk satu jari ye." kata Syah dengan cemas

Darwish,Rayyan,Iqram dan Harraz yang melihat keadaan yang kecoh di hadapan kaunter bayaran terkejut,tergamam dan ter semua lah katakan.Mereka tidak sangka perempuan yang misteri itu jatuh sakit.

Ame yang mendengar suara Syah hanya mampu mengangguk kepala sahaja.Dia tidak larat untuk menahan lagi sakit di dada nya.Keysha mencari ubat Ame di dalam tas tangan nya dengan cepat dan Yanna mencari air mineral di dalam beg shopping nya yang sempat membeli air untuk kecemasan.Manakala Syah mencari minyak angin untuk melegakan sikit dada Ame yang dari tadi sakit.

"S..sy..syah... c..ep..at si..kit..aku ta..k da..pa..t ta..ha..n la..gi" kata Ame dengan susah akibat sakit di dada nya

Syah yang mendengar Ame berkata seperti itu, dia berasa cemas melihat bibir Ame berubah menjadi biru dan tiada warna di muka nya.

"Kak Key,Yanna cepat sikit wei.Ame dah teruk sangat dah ni.Cepat wei.Ame please jangan buat macam ni wei." kata Syah dengan cemas sekali

"Syah, kitorang dah jumpa.Cepat bagi dekat Ame wei." ujar Yanna

Tanpa membuang masa,Syah mengangkat sedikit kepala Ame dengan cermat lalu menyuapkan ubat tersebut ke mulut Ame.Selepas memastikan ubat tersebut sudah dimasukkan ke dalam mulut Ame,Syah menyua air ke arah mulut Ame.

'Please ame.Don't make us be like this, babe.' rintih Keysha dengan penuh harapan

"Key... stop staring on me please.Uhuks..Uhuks.." kata Ame sambil terbatuk-batuk

"Kau jahat.Kalau kau langsung tak boleh bernafas macam mana?Kau suka sangat risau kan orang wei.Aku benci dengan kau tahu tak?Asal tak makan ubat ikut masa ni, hah?" tanya Syah sambil menanyangkan muka garang

Ame hanya mampu tersenyum kecil melihat Syah membebel seperti emak memarahi anak nya sahaja dia tengok.

'Mampu ke aku bertahan lagi?Boleh ke aku dapat lihat diorang gembira depan mata aku lagi kalau aku jauh dari mereka bertiga buat selama nya.' monolog Ame yang sedang termenung jauh

Tanpa mereka berempat sedar,Ada yang memerhati mereka dari jauh lagi-lagi Ame.Pandangan nya yang sukar untuk sesiapa mentafsir.Untuk mengelakkan diri daripada membuang masa, dia meninggalkan kawasan itu dengan kadar segera.

"Syah kau bayar bill guna duit aku ye.Aku tak larat lagi.Boleh kan?" tanya Ame dengan lemah

Syah yang tidak sampai hati melihat keadaan Ame yang masih lemah walaupun baru sahaja makan ubat tersebut tapi memerlukan bantuan sokongan daripada seseorang.

Miss Sliver HighDonde viven las historias. Descúbrelo ahora