Bab 29

118 14 2
                                    


"Hurmm... apa nya, kak?Aku nak rehat kejap lah." rungut Yanna

Ame yang mendengar Yanna merungut, hanya mampu menggeleng kepala sahaja.Nasib badan lah dapat adik macam Yanna yang jenis mudah bosan dengan sesuatu.

"Macam mana tugas kau dengan Naufal pagi tadi?Langsung tak bagitahu aku pun yang kau dah siapkan kerja tanpa merungut." ujar Ame sambil menilik setiap files sekolah nya

Terus berubah riak wajah Yanna apabila mengenang kejadian pagi tadi.Ame yang melihat muka Yanna berubah menjadi masam, dapat mengagak ada sesuatu pelik berlaku siang tadi.

"Aku rasa yang aku ni langsung tak ada guna wei nak ajar dia." bentak Yanna

Keysha dan Syah yang mendengar Yanna membentak pada sesuatu, terkejut apabila Yanna secara tiba-tiba berapi.Manakala Ame hanya mampu melihat Yanna seperti orang yang ingin menyalak dengan kuat sekali.

"Kenapa pulak?Aku tengok dia okey je.Lagipun apa salah dia dekat kau pagi tadi?" tanya Ame dengan tenang

Yanna yang medengar ayat dari mulut Ame, terus dia buat muka comel nya.Ame yang terlampau faham dengan riak muka itu, terus dia menyerah kitkat pada Yanna.Lalu yanna terus memberitahu perkara yang sebenar pada Ame.Selepas Yanna menerangkan semua nya dari A sehingga Z, Ame tersenyum kecil sebelum memandang Yanna.

"Yanna.Cuba kau fikir, kalau bukan sebab dia tolong kau kawal pelajar bermasalah pagi tadi, mungkin kau yang cedera pulak.Itulah sebab aku pasangan kan kau dengan Naufal.Lagipun aku yakin dia boleh tengok-tengokkan kau yang semula jadi clumsy tidak kira dekat mana-mana pun.Jadi jangan lah kau fikir dia nak ambil tempat kau tu.Lagipun dia kan tahun akhir, jadi kita hanya mampu menegur dia dengan ketua sebab diorang berada di bawah pengawasan kita untuk dua bulan." terang Ame sambil memeriksa setiap senarai nama pengawas baharu.

Yanna yang mendengar penerangan Ame, terus tergamam.Dia langsung tidak sangka yang Ame yang dia kenal langsung tidak pernah tunjuk perasaan nya daripada percakapan atau riakse nya tetapi dari perbuatan sahaja.Tidak sangka yang Ame masih risaukan keadaan mereka semua walaupun berada di hadapan Ame sekalipun tetapi tiada sesiapa yang mampu membaca air muka Ame.

Ame yang perasan dirinya di perhati terus dia mengangkat kepalanya.Terus Ame membuat muka apabila Yanna merenung seperti percubaan untuk mencabul kakak nya sendiri.Dengan spontan, Ame memukul Yanna dengan files yang kebetulan berada di tangan nya.

"Woi...Kak! Yang kau bantai aku dengan files tu apa kes?" tanya Yanna dengan geram

"Herh...padan muka, anak kambing.Yang kau tenung aku macam nak buat benda yang tak senonoh asal?" tanya Ame sambil memandang Yanna

"Ish kau ni.Dah sengal ke apa?Memang tak lah aku nak buat dekat kau tu.Kalau aku dah kahwin je lah suami yang buat." kata Yanna

Ame yang mendengar balasan yanna, terus memerah muka nya.Budak ni... memang tak tahu malu ke apa?

"Wo... chill lah, Me.Lagipun si Yanna ni kan mana pernah serius dengan ayat dia tu.Kau pun kenal kan perangai minah pendek ni." pujuk Syah

"Macam mana aku nak chill,Syah.Dah sembang sampai masuk topik kahwin ni, kenapa?" tanya Ame dengan geram

Keysha,Syah dan Yanna yang mendengar suara Ame seperti keanak-anakkan membuat mereka tergelak dengan lucu sekali.Ame yang mendengar mereka bertiga gelak terus menutup muka nya dengan files sekolah.

Belum sempat Ame ingin mengatakan sesuatu, dia terus menutup telinga nya akibat mendengar suara pelajar perempuan menjerit kuat sehingga pak guard pun boleh dengar dari jauh.Dia dapat agak penyebab mereka menjerit kuat.

'Pantang nampak lelaki handsome mula lah nak fans bagai.Semak sungguh dunia sekarang ni.Macam tak ada kerja ke selain jadi fans orang yang langsung diorang tak kenal.' bentak Ame 

"Wei korang... cuba tengok siapa yang bakal jaga kelas kita ni." kata salah seorang kawan Keysha

"Boleh jugak.Ni Ame kau nak ikut tak?" pelawa Nasha salah satu kawan Keysha

Ame yang memandang files pengawas, terus mengangkat kepala dan mempamerkan riak wajah dingin pada nya.Nasha berasa seram sejuk dengan Ame walaupun dia pernah sekelah sebelum ini tapi tiada sesiapa yang berani menegur Ame walaupun dengan senior mereka pun.

"Macam lah aku ni terlampau minat lelaki sampai nak terkinja-kinja nak jadi fans dia.Dan kau paksa aku pun jawapan nya adalah sama dan muktamad.Aku tak akan tengok lelaki walaupun aku kenal dia sekalipun." kata Ame dengan penuh dingin 

Nasha yang mendengar balasan Ame, hanya mampu memandang dengan penuh menyampah.Lagipun dia kenal Ame daripada Keysha walaupun dia memang langsung tidak berminat dengan Ame yang jenis sombong dengan semua orang.

Tanpa berkata apa-apa,Nasha terus berlalu sebelum Keysha,Syah dan Yanna pergi.Lagipun dia kenal siapa semua kawan-kawan Keysha,Syah dan Yanna walaupun dia dari kecil lagi langsung tiada seorang kawan tapi dia bukan jenis kesah untuk ada kawan semua ni.

Selepas mereka pergi, Ame menghembus nafas nya dengan panjang sekali sebelum mengalih pandangan ke arah luar tingkap.Itu adalah tempat kegemaran nya melihat sesuatu di luar seperti melihat pemandangan di atas gunung.

'Rindu benar dengan memori tu walaupun sekejap sahaja.Ouh... aku lupa nak call mamat Brunie tu.Macam mana lah dia tu sekarang ni?' desis Ame 

"Kya!!!!!!! Handsome nya diorang tu." jerit pelajar perempuan manakala pelajar hanya buat tak tahu sahaja

"Pergi ke tempat korang semua sekarang." kata sesorang dengan tegas

'Aik... asal suara tu macam kenal je?' monolog Ame sebelum memandang ke hadapan

Ame tergamam apabila orang yang memberi arahan tersebut adalah Darwish.Dan paling tidak sangka yang mereka bertemu lagi di kelas form 4.Tanpa Ame sedar files maklumat pengawas terjatuh sehingga terabur.

Dengan tergesa-gesa, Ame terus mengutip kertas itu seorang diri.Lagipun dia tahu sangat yang tiada yang sudi tolong nya untuk kutip kertas-kertas penting itu.Semua orang membenci nya dari dulu lagi, jadi dia susah atau senang hanya diri nya yang buat.

Tanpa dia sedar ada satu tangan yang menolong nya.Terus terangkat kepala Ame, apabila ingin mengetahui siapa yang sanggup membantu nya.Ame langsung tidak menduga bahawa Darwish yang membantu nya walaupun mereka masih belum baik.

"Nah... ni kertas profile pengawas kan?Aku tolong ambik dekat sana tadi." kata Darwsih tanpa nada

Ame tergamam namun dia tetap mengambil kertas tersebut.Lantas dia bangun dan mengibas pakaian nya agak kotor sedikit dengan debu dia duduk sebentar tadi.Tanpa mengeluar suara langsung, Ame terus bergerak ke tempat nya yang berada di hujung tingkap luar kelas.

'Buat dia langsung tak wujud,Ame.Kau kena ingat diri kau tu dibenci oleh satu sekolah.' bisik hati Ame

Sesampai sahaja di tempat nya, Ame terus memeriksa profile pengawas yang perlu di kemas kini sebelum pulang.Agak meleceh tapi hanya kerana Ame merupakan pelajar yang jarang membantah, cikgu Lidya meminta dia untuk membantu mengemas kini profile-profile pengawas yang baharu masuk untuk tahun ini.

"Pust...Me.. kau okey tak tadi?" tanya Yanna

'Dia ni tengok muka aku ni macam okey sangat ke?Aku ni hanya memalukan sekolah sahaja.' desis Ame dalam hati

"Okey.. jangan risau lah.Dan Yanna nanti abang long ambik aku petang ni.Jadi tak payah suruh pak Mat ambik aku petang nanti." kata Ame yang sedang sibuk menyemak profile pengawas

"Hurm...Okey sis." balas Yanna sebelum menyambung perbualan nya dengan Keysha dan Syah


Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now