Bab 4

211 23 2
                                    

"Betul ni?Janji, eh?Kalau kau tipu aku buat hal dekat kau, eh?" Kata Yanna dengan teruja seperti budak-budak yang baru dapat mainan 

"Diam ni makna nya boleh lah kan?Kan?Kan?" tanya Syah dengan teruja

"Hurm.Janji." kata Ame dengan ringkas

Melihat telatah Syah dan Yanna membuat Ame hampir ketawa disebabkan mereka berdua.Haih... macam-macam ragam lah dalam rumah agam ini.Sesiapa yang tengok ni mesti naik pening dengan telatah mereka semua lagi-lagi pulak perangai Syah dan Yanna otak masuk air je.

"Okey kita semua pergi siap.Lepastu kita pergi tempat biasa yang selalu beli barang nak atau tidak?" cadang Keysha

"Ame ikut je lah tapi yang masalah nya tu.Syah dengan Yanna.Mahu ke diorang ni dengar cakap kita berdua ni?" kata Ame dengan kurang yakin

"Kenapa pulak?" tanya Syah dengan tidak puas hati

"Aku bukan tak percaya tapi aku masak sangat dah dengan perangai korang tu.Lagipun setiap kali keluar je dengan aku atau Key mesti benda merapu je korang buat." kata Ame

"Ouh.. jangan risau lah, Me.Kalau dah kita berdua ada mesti tak akan jadi masalah punya.Trust me, babe." ujar Keysha

"Erhem... dah lupa daddy di sini ye?" soal daddy yang acah-acah merajuk

"Eh!!!" jerit mereka berempat dengan serantak

"Sorry lah daddy.Kitorang mana boleh lupa king dalam hati ni ha." bodek Yanna

"Halah, halah kamu ni.Bodek daddy boleh dapat duit lebih ke?" kata daddy 

"Ala daddy boleh lah.Sekali je lagipun Ame dapat lebih boleh pulak." protes Syah dan Yanna mengangguk

"Ye lah.Sekali ni je ye tapi Ame yang pegang duit tu." kata daddy

Tanpa sedar riak wajah Ame berubah dan hanya Keysha sahaja yang sedar akan perubahan itu.

"Eh... daddy tak payah lah.Lagipun apa duit yang Ame kerja tu ada lagi ni.Ame bukan guna sangat duit tu.Kalau nak belanja diorang ni tak apa lah.Daddy simpan je duit sebab kitorang tak suka susahkan daddy bagi duit." kata Ame dengan perlahan

"Betul tu daddy jangan risau lah.Kitorang akan okey je." tambah Keysha

"Sure ni, Ame and Key?" tanya daddy untuk kepastian

Belum sempat Yanna hendak bangkang, cepat-cepat Ame menutup mulut nya dengan tapak tangan.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now