Bab 45

131 8 0
                                    

"Erhem... rancak borak.Boleh aku join?" tegur Darwish dengan biasa

'Alamak!!!' guman Rayyan dengan cemas

'T..ta..tak.. kan lah... dia tahu?Tapi macam mana?' gumam Yanna dengan gemuruh

Tergamam sudah mereka berdua apabila Darwish di hadapan mereka.Yanna hanya mampu tersengih sahaja sambil melambai tangan nya pada Darwish.Rayyan hanya mampu memandang Darwish dengan tenang walaupun dalam hati seram sejuk semacam.

"Eh... aha lah.Lagipun aku tunggu barang aku.Hah.. barang aku.Tadi janji sampai pukul 2 petang tapi masih tak sampai-sampai lagi pulak." kata Yanna dengan tenang

Rayyan hanya mampu memandang tajam sahaja pada Yanna.Ingat Darwish tu percaya ke penipuan yang 'terlampau hebat' tu.Haih.. budak ni kalau bercakap tu memang fikir yang Darwis makan umpan.

"Hurm... barang apa?Boleh aku teman kau sekali?Alang-alang Hir ada dekat sini, tak nak sembang ke?" tanya Darwish sambil tersenyum 

"Erk... hah.Aku kena naik atas jap.Phone aku tertinggal dekat bilik Fikah.Jom,Ryyana.Aku rasa barang kau ada dekat lobi kot." sangkal Rayyan

Tanpa menunggu balasan dari mulut Yanna, Rayyan menarik tangannya dengan agak kasar sebelum pergi.Namun langsung tidak di duga yang Iqram berada di belakang mereka berdua agak lama.

"Yow.. Laju benar korang ni.Nak pergi mana sebenarnya?" tanya Iqram

Lalu Darwish menarik Rayyan ke arah pokok dengan kasar sekali.Manakala Yanna berada dalam dakapan Iqram.Sesungguhnya Yanna merupakan orang yang langsung tidak faham akan perangai Darwish sebenarnya?

"Wei... apa ni!? Lepaskan aku lah.Apa ni??" marah Yanna sambil cuba melepaskan diri

Iqram yang nampak Yanna cuba untuk melarikan diri, terus menangkap dengan mudah sekali.Lagipun bagi dia Yanna agak mudah untuk di tangkap, jadi dapat memudahkan kerja nya.

"Dalam mimpi sahaja, kenit.Kau ingat boleh lepas macam tu saja?" tanya Iqram dengan sinis

'Apa???' desis Yanna

"Oit... aku ada nama lah.Nama aku bukan kenit lah!!!!Tolong!! Tolong!! Ada orang cuba rogol saya!!!!" jerit Yanna dengan marah

Spontan, Iqram menekup mulut Yanna dengan tapak tangan nya.Sungguh takut kalau  orang yang lalu lalang di sekitar mereka memandang pelik sahaja.Bukan dia tidak tahu mulut orang sekarang, semua benda nak jadi bahan membawang mereka.

"Boleh tak kau jangan nak jerit?? Karang aku benam kau dalam sungai Rajang jugak." ugut Iqram dengan bosan

Yanna terkaku apabila Iqram menekup mulutnya dengan menggunakan tapak tangan nya sendiri.Entah kenapa hati Yanna secara tiba-tiba berdegud dengan bergitu kencang seperti baru sahaja menyertai acara marothon 50 kilometer sekarang ini.

'Aduh mak... asal lak ni?Haih.. rasa nak koma sepuluh hari sepuluh malam lah rasa nya.' bisik Yanna

Iqram yang perasan Yanna tidak bersuara apa-apa, terus menoleh melihat ke arah nya.Sungguh dia tidak duga yang tangan nya gatal pergi tekup mulut Yanna.Terus dia menurun tangan nya sebelum di tangkap oleh Darwish.

'Damn... asal lah kau gatal sangat nak tekup mulut minah tak cukup klasium tu, tangang oit!? Memang memalukan tuan sendiri lah.' bebel Iqram dengan geram

Darwish dan Rayyan perasan akan tindak tanduk burung gagak di hadapan mereka.Bukan meraka langsung tidak faham akan perangai Iqram macam mana.Sejak mereka berkawan lagi, Iqram langsung tidak suka dengan perempuan walaupun ramai yang minat dengan nya, namun bagi nya perempuan ni hanya menyusahkan sahaja.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now