NEW NOTIFICATION HERE!!

33 4 0
                                    

ALLS: HYE GUYS!!

Heroin MSH: Macam mana dengan puasa korang?

Hero MHS: Dah tentu korang semua tak sabar nak balik kampung kan??

Author: Guyss... Sebenarnyakan author ada something.

Keysha: Something macam mana?

Yanna: Kau nak kahwin ke author?

Author: 'MELEMPARKAN YANNA KE LAUT HINDI'

Others: 'Jangan cari maut dengan author lagi.'

Author: Ehem!Macam ni aku ada benda nak cakap dengan korang sekali reader-readers kita yang menonton sekarang ni.

Ame: Benda apa?

Darwish: Dunno

Qasha: Cer cite... cer cite...

Author: Sebenarnya nak tanya pandangan korang semua lah termasuk reader-reader di luar sana tu kalau aku terfikir nak jadikan MSH ni sebagai ebook atau buku fizikal ok tak?I mean kalau lah bukannya terus buat sekarang.Sebab sekarang ni aku memang busy dengan daily life aku sebagai lepasan SPM.So apa idea korang?

MSH Character: kitorang just follow idea kau lah.Dah kau author sekarang.

Author: Memang lah aku ni author tapi aku tak sure ada ke yang sanggup baca or lebih tepat beli MSH kalau aku buat buku nanti?So... for readers who reading this, boleh tak korang bagi pandangan korang sejujurnya?Honestly author sendiri sebenarnya ada niat nak buat MSH sebagai buku but keyakinan tu kureng daripada jangkaan.

Syah: Tapi banyakkan bab awal tu memang pendek sangat ke daripada kebiasaan?

Author: Memang pendek asalnya tapi bila aku ada masa lapang, aku edit balik dari awal bab untuk memperkemaskan lagi part-part yang aku rasa kena betulkan. Any question?

Iris: Pasal harga?

Akmal: Any gift untuk yang beli?

Helen: Caj pengangkutan yang dikenakan?

Adrien: Paling penting modal kau?

Author: Pasal harga buku yang aku nak jual tu rasanya tak adalah sampai RM25 ke atas begitu.Aku pun tahulah sekarang ni negara kita ada krisis kewangan jadi aku ni tak adalah kejam sangat sampai nak jual mahal-mahal semata nak dapat untung je.Sebab aku sendiri pun tak pasti lepas aku edit semula ni ada penambahan bab atau pengurangan.Untuk gift away tu... maybe tengok modal aku yang masih tinggal kalau ada lagi baki modal aku tu, mungkin adalah tapi aku tak sure giftaway apa yang nak bagi nanti.Caj pengangkutan ni aku just kenakan caj bagi pembeli yang duduk sabah sarawak ja tapi yang pasti tak terlalu tinggi caj dikenakan.Depends pada berapa pihak penghantar kenakan caj tu but sebolehnya nanti aku sendiri cari pengangkutan yang tak kenakan caj pengangkutan yang mahal. Nice soalan lotacos... untuk modal, aku akan gunakan piggy bank aku yang tersimpan cantik kalau masih tak kerja.Kalau dah ada kerja luar, mungkin susah sikit aku nak fokus lagi dekat buku sebab aku memang fokus dengan kerja aku nanti lepas ni.

Lia: Kalau kau kerja, habis tu buku macam mana?

Zakwan: Aha lah.Pasti kau jadi lagi sibuk sampai tak pegang gajet kan?

Author: Maybe lah aku tak pegang gajet aku tu kalau kerja nanti.Pasal buku tu memang aku tengah tanya korang dengan readers lah.Kalau readers betul-betul nak beli buku,aku boleh buat tapi berapa banyak kuantiti yang diperlukan.Aku tak nak jadi satu pembaziran dan sekali gus aku pula rugi sebab mengagungkan buku ni yang tak seberapa matang daripada usia.

Ame:  So... kesimpulannya?

Author: Kesimpulannya aku akan buat buku kalau ramai reader yang minta aku buat buku.Kalau tak ramai maka hajat tu dipunahkan sahaja lah.Lagipun aku pun struggle juga nak siapkan next story.

Yanna: Apa tajuknya?

Iqram: Sambungan dari buku ni ka?

Naufal: Atau pasal orang lain?

Author: Tajuk next story tu nanti korang tengok dekat story cover book aku.Sebab aku nak minta bantuan readers untuk pilih cover yang sesuai nanti.Nak cakap sambungan MSH atau story lain tu aku boleh kata no comment ye pakcik buloh and Naufal.Ada lagi ke nak tanya aku pasal ni?

All: Nope.

Author: Okay... sebelum tu kan... boleh tak korang ucapkan sesuatu kepada readers kesayangan kita semua?

ALLS: Korang!!!

Ryan: Siapa yang nak cakap dulu?

Girls: MAMA PIKACHU!!!

Boys: PAPA PIKACHU!!!

Ame & Darwish : 'Death Glare'

Author: Buat je lah.Lagipun belum tentu lagi korang boleh wish dekat orang kan?

Ame: 'Tenangkan diri dan jiwa' Aku sebagai wakil MSH herion dan lady angels

Darwish: Aku sebagai wakil MSH hero dan limited adition guys

Ame & Darwish: Ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri!!

Other: MAAF ZAHIR DAN BATIN GUYSS!!!

Ary: Jangan lupa korang bagi duit raya dengan coklat sekali eh??Nanti share-share lah berapa korang dapat duit raya setiap tahun eh?

Eyra: Jangan layan sangat kepala dajjal  dia tu ye reader.Jangan lupa korang cerita pengalaman korang tau.

Myra: Andai kami tersalah kata atau bahasa sepanjang MSH ni diwujudkan, mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.Boleh tak korang nanti beritahu Myra apa makanan fav korang masa hari raya?

Author: Bagi aku juga as auhtor juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua kaum muslim dan muslimat di luar sana. Andai kata sepanjang aku berada dalam dunia oren ni aku sendiri pernah berkasar bahasa atau perbuatan aku menyakitkan hati korang, aku betul-betul minta maaf walaupun benda tu lebih daripada dua atau tiga tahun sekalipun.Aku bukanlah manusia yang sempurna mana pun yang tak pernah lari dari buat kesilapan juga.Jadi, yang masih nak berdendam ke apa teruskan lah sebab itu adalah hak korang untuk menentukan tapi bagi aku bukan semua orang layak untuk diberikan peluang kedua tapi sekiranya diberikan, aku akan cuba untuk jadi lebih baik.Aku pun tak panjang sangat nak cakap dengan maaf ni sahaja. Marilah buka lembaran baharu di bulan Syawal dan seterusnya kelak.

Author: Sebelum tu, kalau betul nak MSH ni jadi buku korang vote dekat butang bintang tu dan komen di bawah untuk tahu siapa yang nak and dah vote.Lagi banyak korang vote, kemungkinan aku akan buat MSH ni sebagai buku.If korang nak giftaway macam auhtor lain buat, boleh tak korang bagi idea apa yang aku nak bagi nanti kalau sempat lah.Kalau tak sempat jangan kecewa sebab mana tahu nanti author buat suprise untuk korang masa birthday korang ke macam mana?Ada sebarang soalan yang korang nak tanya tapi tak ada apa yang MSH ni tanya boleh tinggalkan di ruangan komen ni tau.Jangan senyap sangat.Sendu pula pakcik oren lately ni.


Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now