Bab 17

137 16 0
                                    

"Hurm ada je uncle kesayangan awak hari ni.Dia cuma kena periksa laporan doktor pakar hantar dekat dia Tengah hari tadi.Kenapa?Kamu ingat dia dah balik ke?" serkap Kak Yati

'Eh,eh,eh kak yati ni macam tahu-tahu je aku fikir macam tu ye.Dia ada guna ilmu nujum pak belalang ke?' detik hati Ame

"Eh akak.Akak ada guna ilmu nujum pak belalang dalam cerita p.ramlee tu ke?Kalau akak guna tu kan, saya yakin akan memang hebat lah kalau dikatakan." kata Ame sambil membodek Kak Yati

"Ada-ada je kamu ni ye Ameerah.Uncle awak dah tahu yang kamu datang nak jumpa kamu.Dia ada kat dalam.Pergi cepat masuk nanti mengamuk jugak uncle kamu dekat akak ni." halau Kak Yati

"Ala...Kak ni menghalau Ameerah je." protes Ame sambil menanyang mulut itik 

'Eh... budak ni ada yang kena cubit nanti karang.' bebel Kak Yati sambil tersenyum

"Memang pun.Dah pergi masuk cepat,Ameerah.Tak pasal-pasal kamu pulak yang kena dengan akak dulu.Nak ke?" ugut Kak Yati sambil cuba mendekati Ame

'Aduh akak ni.Aku memain je.' rungut Ame

Tanpa sempat Kak Yati mendekati Ame,Ame terus memecut masuk ke dalam bilik uncle Dan dengan segera akibat takut di ketam oleh tangan Kak Yati.

Dr.Rashdan atau uncle Dan adalah seorang doktor pakar negara.Uncle Dan ni jugak pakcik saudara kepada Ame,Keysha,Syah dan Yanna.Bermaksud uncle Dan ni adik kandung daddy, jadi tidak hairan lah kalau Ame,Keysha,Syah dan Yanna rapat dengan nya lagi-lagi Ame.Dan uncle Dan ni jugak merupakan doktor peribadi Ame dari kecil lagi.

"Assalamualaikum,Saya datang nak beraya." kata Ame dengan selamba

Uncle yang terdengar suara yang memberi salam,terus terangkat kepala nya.Dia terkejut apabila melihat anak buah nya yang merangkap pesakit nya datang ke sini.

'Mesti pasal penyakit dia.Ame..ame.. degil sangat sampai langsung tak nak datang hospital.' bebel nya bila mengenang sikap terlebih keras kepala Ame

"Waalaikumusalam.Raya belum sampai lagi cik adik.Tak pernah-pernah pun Meme datang pejabat uncle kecuali ada benda penting sahaja, kan?" duga uncle Dan

"Aduh uncle ni.... Baru Meme nak buat kejutan dekat uncle tapi dah tahu tak apa lah." kata Ame dengan berjauh hati

"Halah,halah... tak payah lah nak buat kejutan bagai ni.Uncle kenal kamu dari kecil sampai sekarang.Dan masak sangat dah perangai kamu yang nakal ni.Bila lah nak matang ni, haih?" bebel uncle Dan

'Haih apalah nasib dapat uncle sporting macam uncle Dan.Tapi dapat yang garang takut pulak, lebih baik ada uncle sporting daripada tak ada, kan?' detik akal Ame

"Ni kamu datang sini, mesti pasal penyakit kamu kan?" tebak uncle Dan

"Betul...Uncle ni kan macam ada ilmu baca pemikiran orang je" kata Ame dengan mengusik

Uncle yang mendengar ayat yang keluar dari mulut kecil itu menyebabkan tawanya terletus akibat digeletek dengan ayat Ame sebentar tadi.

'Aduh... dia ni.Memang unik betul anak abang long yang seorang ni.Memang betul-betul ikut perangai arwah lah.' desis uncle Dan

"Well... tengok lah muka uncle yang awet muda ni.Mesti lah tahu sangat apa tujuan anak buah uncle yang sorang ni." loyar buruk uncle Dan

"Haih...uncle ni sempat lagi eh angkat bakul sendiri macam abang long dengan abang ngah.Kuat sangat perasan sampai boleh angkat bakul macam ni." kata Ame sambil menggeleng kepala

"Hah..dah tak payah lah buat drama ye.Ni kamu nak buat check-up kesihatan kamu ke?" tanya uncle Dan dengan serius

Ame hanya mengangguk kepala sahaja.Lagipun itu lah tujuan dia datang berjumpa dengan uncle Dan disebabkan paksaan kakak dan adik-adik dia.

Belum sempat uncle Dan membuka mulut untuk memulakan sesi bersoal siasat pada Ame,bunyi ketukakan dari arah pintu.Lalu uncle Dan mengarah untuk masuk ke dalam bilik nya dengan tegas.Uncle Dan terkejut apabila melihat Keysha,Syah dan Yanna jugak berada di sini tanpa dia sedar.

"Ni kamu bertiga kenapa jumpa dengan uncle?Kalau nak kata yang kamu sakit, uncle tengok sihat je cuma Yanna sahaja yang kurang susu dalam badan.Ke datang teman si Meme ni?" tanya uncle Dan dengan musykil

"Betul tu." kata Keysha,Syah dan Yanna

"Nak bagitahu sesuatu ke apa yang jadi tadi.Selalu nya kalau datang semua makna nya Ame skip makan ubat lagi ke?" duga uncle Dan

Ame hanya mampu tersengih sahaja manakala Syah dan Yanna mempunyai idea jahat untuk kenakan Ame.Keysha dan uncle Dan yang melihat telatah mereka bertiga hanya mampu menggeleng kepala sahaja.

"Kamu kena tahan wad untuk hari ini ye.Nanti uncle call daddy kamu yang kamu duduk hospital malam ni.Dan tiada seorang boleh melawat ye." kata uncle 

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now