Bab 79

12 3 0
                                    

'Okey get it.' desis Syah

Melihat isyarat yang digunakan oleh Yanna, membuat dia sendiri faham siapa muncul sekarang ini.Maka, dia perlu berlakon seperti mereka tidak berbincang tentang keraguan terhadap budak lelaki kegemaran abang-abang mereka berempat.

"Eleh betulkan kau dengan mamat apa ntah kau gelar tu couple in crime katakan?" usik Syah 

"Kau ni!Ade ketika bila aku kata aku dengan mamat buluh lemang tu couple in crime pulak?Lain lah kau, dapat kahwin free-free je dengan mamat reptilia amazon tu." balas Yanna 

"Hi girls!Boleh kitorang join?" tegur Sandra

Syah dan Yanna terus memandang antara satu sama lain sebelum mengeleng kepala mereka dengan hampir serentak.

"Kenapa pulak?Kitorang bukan cousin until jannah korang ke?Takkan sampai tak boleh join kot?" tanya Mimi pulak

"Nak tahu sebab apa?" tanya Syah

Sandra dan yang lain mengangguk kepala mereka dengan serentak sambil memandang Syah dan Yanna tekun sekali.Yanna sudah tersenyum sinis dalam hati apabila melihat Syah seperti tiada mood untuk melayan kerenah kurang matang mereka semua.

"Sebab korang bawak dekat api-api neraka dekat kitorang lah.So, kalau boleh sila duduk jauh dari kitorang atau jangan pernah dekat langsung pun tak apa.Lagi buat kitorang terhindar daripada setiap bisikan fitnah syaiton nirojim githu." jawab Yanna dengan senyuman paling seram.

Terus sahaja mereka semua meninggalkan Syah dan Yanna dengan muka yang baru jumpa seekor jin ifrit terlepas.Syah dan Yanna terus bantai ketawa sehingga tergolek-golek dibuat nya malah abang long dan Afdzim memberi thumb up pada mereka berdua.

'Padan muka.' desis Syah dan Yanna

Keysha dan Ame yang mendengar dari dapur hanya mampu mengeleng kepala nya apabila kedua-dua trio prankes sudah berbunyi seperti kebiasaan nya.Disebalik wajah tenang mereka berempat, pasti ada satu rahsia yang bakal muncul dalam kehidupan mereka.

'Macam-macam hal betul lah diorang tu.' getus Keysha 

'Nasib badan lah dapat adik kembar macam tu.' gumam Ame

"Me." panggil Keysha

Ame memasang telinga nya apabila nama panggilan nya diseru.Hanya Keysha sahaja memanggil nama nya seperti itu tidak kira dimana-mana sahaja walaupun dilarang banyak mana sekalipun.

"Kalau Key tanya soalan, jangan marah tau." kata Keysha dengan perlahan

Ame yang terdengar ayat dari mulut Keysha, sudah dapat mengagak Keysha takut diri nya naik hantu kelak.Ame terus menutup api dapur sebelum memandang wajah keysha dengan penuh tenang.

"Pernah ke Me marah Key walaupun soalan tu memang menyakitkan hati juga?" tanya Ame

Keysha mengeleng kepala nya sebelum tersenyum kecil pada Ame.Dia terlampau rindu akan diri Ame yang dulu kerana Ame dahulu teramat berbeza berbanding Ame sekarang ini.

"Then that's was your answer to the first question. Tengok pada soalan juga kalau sampai melibatkan orang lain." ujar Ame

Keysha mengangguk kepala nya dengan gembira apabila mendapat jawapan positif daripada Ame sendiri.Memang sedia maklum Ame tidak gemar akan soalan yang amat cerdik disebabkan jawapan itu sudah ada pada sesiapa juga.

"Me tahu ke siapa yang buat hal dekat sekolah hari tu?" tanya Keysha 

Ame terkaku apabila Keysha sendiri sudah tahu tentang kewujudan headhunter terbiar itu. Kalau daripada mulut anak buah nya, tidak mungkin mereka akan mengingkar arahan yang diberikan oleh nya sendiri.

Miss Sliver HighDove le storie prendono vita. Scoprilo ora