Bab 31

112 16 1
                                    

Ame dan Darwish saling memandang antara satu sama lain.Manakala Keysha,Syah,Yanna,Naufal,Rayyan dan Iqram tersentak apabila pengetua ingin berjumpa dengan Ame dan Darwish.

Suasana di kelas menjadi sunyi apabila mereka semua sesama berbisik apabila nama Ame di panggil oleh pengetua.Ini adalah kali pertama nama Ame di panggil oleh pengetua disebabkan rekod Ame memang tiada masalah tambahan lagi dia merupakan pengawas sekolah yang berdisiplin.

'Dah kenapa pulak pengetua nak panggil aku ni?' desis Ame dan Darwish

"Sekarang ke kitorang kena pergi ni?" tanya Darwish untuk kepastian

Budak itu mengangguk kepala nya.Lalu dia bergerak ke bawah untuk pergi ke kelas nya semula.Ame hanya mampu mengeluh lemah sahaja sebelum bergerak ke arah meja nya semula untuk menyimpan barang nya.

Manakala Darwish bergerak ke meja guru, lalu mengambil buku nota nya sebelum bergerak ke arah pintu.Manakala Ame hampir tersadung akibat terlanggar kaki seseorang yang sengaja meletakkan di jalan nya.Ame terus memejam mata nya apabila dia hampir terjatuh namun dia langsung tidak rasa sakit dekat mana-mana

"Kau okey tak?" tanya Darwish

Namun Darwish sempat menyambut Ame yang hampir terjatuh.Tanpa mereka berdua sedar, pandangan mereka bertaut sehingga tidak mengalih langsung pandangan nya.Lamunan mereka pecah apabila ada suara sumbang seperti gagak mendehem dengan agak kuat.

"Erhem...Aih apasal lah bersemut semacam je mata aku ni?" usik Yanna

Dan muka Ame berubah merah sedikit.Manakala Keysha,Syah,Naufal,Rayyan dan Iqram tersenyum nakal ke arah mereka.Darwish memandang ke arah lain apabila Yanna berkata seperti itu.

'Haih... asal lah budak ni nak mengembek dekat aku pulak ni.' bentak Ame dalam hati

"Dah habis?Kalau belum silakan mengembek dekat aku lagi ye.Tapi itupun kalau kau tak dapat kitkat lagi untuk dua bulan nanti ye." kata Ame sebelum berdiri tegak

Yanna yang mendengar tercengang, terus dia memandang tajam ke arah Ame.Tapi sayang jelingan nya masih tidak boleh lawan Ame.Terus tunduk kepala Yanna apabila aura Ame muncul kembali.Dia lagi takut Ame dalam versi ice girl daripada versi biasa.

Tanpa mengeluarkan suara,Ame terus pergi ke bilik pengetua tanpa menunggu Darwish.Namun langkah nya terhenti apabila ada tangan yang memegang lengan baju nya.Terus Ame melihat tuan punya tangan itu dan tanpa dia sangka Darwish yang pegang lengan nya.

"Tunggu.Aku mana tahu dekat mana bilik pengetua.Jadi jangan nak pergi sensorang pulak." kata Darwish dengan perlahan.

Mulut Ame secara tiba-tiba tergam sendiri, hanya mampu mengangguk kepala sahaja.DIa sempat menjeling ke arah Yanna yang masih ingin mengusik nya lagi.

"Aku rasa kan.Yanna kau boleh menyalak,Syah mengembek dan Key... sebab aku sayang Key jadi tak ada apa-apa pun nak aku cakap.Jadi berseronok ye dengan panggilan yang aku bagi ye." kata Ame sambil tersenyum sinis pada Yanna,Syah dan Keysha

Lantas,Ame menarik lengan Darwish yang berlapik.Darwish yang tercengan apabila Ame dengan selamba sahaja menarik nya tanpa riak langsung.Selepas Ame berasa dia sudah jauh daripada kelas,terus melepas lengan Darwish.

"Jangan salah faham ye.Aku tarik kau sebab kau langsung tak tahu mana pejabat pengetua lagi kan?Jom kita pergi." jelas Ame yang sudah merah sedikit.

Darwish yang melihat, terus tersenyum kecil.Lalu dia bergerak ke hadapan Ame sedikit lalu dia memandang dari arah sisi nya.

"Aku langsung tiada masa nak salah faham dengan kau pun.Tapi thanks sebab selamatkan aku dari masalah tadi.Kalau tidak memang bermasalah jugak dengan member aku tu.Kau kata nak tunjuk aku bilik pengetua.Cepat lah." ujar Darwish

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now