Bab 80

19 3 0
                                    

Suasana yang baharu sahaja dingin berubah angin kepada pelik dan mengarut.Tidak kira Darwish,Rayyan,Naufal mahupun Iqram, keempat-empat mereka mengerut dahi sambil memandang Yanna yang elok sahaja menyanyi.

"Minah ni dah kenapa?Wayar otak tersalah tempat ke?" tanya Rayyan dengan nada berbisik

"Tak betul lah kut?" jawab Naufal kurang yakin

Darwish tidak menjawab malah hanya memandang Yanna yang masih lagi menyanyi lagu Didi And Friends tapi versi mengembek orang sahaja bila mendengar semula.Sempat dia mengerling ke arah Ame yang masih lagi berada dibawah selimut tebal itu.

'Minah senget tu dah mati ke apa dalam tu?Karang aku tengok, jadi panda versi manusia pulak.' getus Darwish

"Kau ada fikir nak buat hasrat untuk jadikan bini kau tak kalau jumpa speasis macam budak kurang klasium kesayang kau tu?" tanya Rayyan dengan jahil

"Jawapan aku, mati hidup sejuta kali pun jangan pernah aku nak berangan kawin dengan minah kurang klasium tu.Tak pasal-pasal, anak aku nanti jadi sewel macam mak dia yang entah apa-apa je buat.Memang cacat terus akhlak anak-anak aku kalau dapat emak macam minah tu nanti kelak." rungut Iqram dengan geram

Ame yang mendengar perbualan jejaka-jejaka terlebih pasaran mengupas tentang Yanna, terus menumbuk kuat pada perut Darwish.Hanya tempat itu sahaja yang boleh ditumbuk kalau dilihat semula.

Darwish mengerut keningnya menahan sakit apabila dia berasa ada sesuatu atau seseorang menumbuk perutnya.Untung sahaja dia tahu siapa tuan punya badan yang menumbuk dirinya, kalau tidak sudah pasti nyawa orang tersebut melayang dengan nya sendiri.

"Kau pergi bunuh dia." arah Rayyan

Darwish dan Naufal mengerut kening mereka apabila tiba-tiba sahaja Rayyan memberikan arahan yang pasti mengundang amukan si mama.Siapa lagi kalau bukan Ame kerana pantang ada lelaki cuba mencederakan adik beradiknya, pasti nyawa mereka menjadi mainan Ame.

"Apahal aku, setan!?" maki Iqram

Berangin lah jawab nya  kalau dapat arahan memang sudah sedia maklum siapa yang perlu Iqram selesaikan.Namun, yang pasti bukan Iqram menyelesaikan Yanna tetapi seseorang akan berkenalan sambil membuat temu bual.

"Sebab minah tu tak boleh nak target siapa kau lah.Itu pun nak kena cerita ka?" marah Rayyan 

Iqram mendengus kasar sebelum memandang wajah Darwish dan Naufal selisih ganti.Dia berharap sangat yang kedua-dua lelaki itu tidak menyuruhnya untuk meneruskan rrancangan tidak masuk dek akal ini.

Namun, Naufal hanya mengeleng kepala sambil mengangkat bahu kerana keputusan tersebut Darwish sahaja boleh bagi.Lagipun, pangkat nya rendah sedikit daripada Darwish namun masih lagi mampu memberi keputusan sekiranya si ketua tidak mampu memberi jawapan tetap.

"Bro." 

Darwish menghela nafas sebelum memandang Iqram dan Rayyan dengan tajam sekali sehingga mampu menembus disebalik dinding bilik tersebut.

"Aku cuma bagi satu ayat. Jangan pernah cuba untuk libatkan aku sahaja." jawab Darwish

Naufal,Rayyan dan Iqram mengerut kening mereka apabila mendengar jawapan padat daripada sang ketua.Memang tidak hairan kalau mendapat jawapan padat dan ringkas, namun terselit maksud yang lain selain daripada ayat itu.

"Pardon?" Tanya Iqram

"You know what I mean, Syaq." balas Darwish

Iqram meneguk air liur yang tersekat pada esofagus sebelum memandang wajah Yanna yang masih tidak sedar pandangan asing.Naufal dan Rayyan langsung tidak mengeluarkan sebarang suara malah membiarkan Iqram sendiri mendapat jawapan yang betul untuk kali ini.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now