Bab 25

137 13 2
                                    

"Aduh... sakit lah ice girl oit.Kau ni dah terikut perangai Key ketuk tangan orang? Dah lah buku tu tebal semacam." protes Yanna sambil mengosok tangan nya.

Ame mendengar rungut Yanna, terus tersengih sinis.Darwish dan Naufal hanya melihat drama spontan yang dilakukan oleh dua orang perempuan di hadapan mereka.Mereka berdua seolah langsung tidak wujud di hadapan Ame dan Yanna.

"Padan muka.Jangan cuba cari pasal aku pagi buta kan?Tapi kau yang cari sakit.Itu lah hadiah untuk kau.Kalau ikutkan nak je aku ketuk tangan miang kau tu dengan beg sekolah sekali." kata Ame dengan mendatar

Erhurm!!!

Ame dan Yanna terus mengalih pandangan mereka ke arah belakang mereka.Ame tergamam melihat orang yang berada di hadapan nya adalah orang yang menghina nya.

Darwish terkejut melihat orang yang menampar nya di hadapan khayalak orang ramai ada dekat depan mata nya.Mereka saling merenung antara satu sama lain sebelum riak wajah Ame berubah menjadi dingin seperti membenci seseorang.

"KAU!!" jerit Ame dan Darwish.

Naufal dan Yanna terkejut melihat mereka bertemu lagi di sekolah.Langsung tidak di duga yang mereka boleh berada dalam satu badan pengawas.

"Asal kau ikut cakap aku?" tanya Darwish dengan geram

"Eh, eh bila masa aku ikut cakap kau?Kau yang ikut cakap aku adalah." balas Ame denga bengan

Belum sempat Ame dan Darwish memulakan acara berlawan mulut,Naufal dan Yanna meleraikan mereka berdua sebelum benda lain yang jadi.

"Woi,Luth.Sudah, sudah lah nak cari masalah.Kau kena ingat sikit yang kau tu ketua pengawas dah.Cuba jadi matang sikit depan diorang tu." pujuk Naufal

"Haih... kau ni cukup,cukup lah kak.Asyik nak cari pasal dengan orang je kerja kau.Kalau abang long atau abang ngah tahu, masak kita semua nanti.Cuba kawal diri tu?" kata Yanna sambil mengosok belakang Ame

Ame yang termakan dengan pujukan Yanna, terus memenangkan diri nya.Selepas dia berasa tenang, dia terus menghadap ke arah Darwish dan Naufal dengan pandangan kosong sambil memeluk tubuh nya.Yanna pulak hanya berdiri di sebelah Ame sambil tersenyum sinis kepada mereka berdua.

"Tugas korang pagi ni kena ronda kawasan larangan.Tapi korang akan gerak sekali dengan aku dan minah ni. faham tak?" ujar Yanna dalam keterpaksaan apabila angin Ame masih belum reda lagi.

"Dan bila korang berada di bawah kitorang jangan buat hal dengan dia atau aku." kata Ame dengan penuh dingin

Darwish yang melihat Ame dari atas hingga bawah dengan pandangan yang sukar untuk di taksir.Ame yang perasan akan mata Darwish yang melihat diri nya, lantas merapatkan buku peraturan ke dada nya.

'Dasar mata keranjang.Memang semua lelaki sama je.Mata tu aku cucuk jugak karang tak pasal-pasal aku jual dekat siam.' bentak Ame dalam hati

Darwish yang melihat tindak laku Ame, terus tersenyum sinis.Naufal yang melihat perangai kawan nya  seorang ni hanya mampu menggeleng kepala sahaja.

"Eh... dah lah korang ni pun.Apa kata kita berpecah kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama periksa bahagian belakang manakala kumpulan kedua pergi setiap block termasuk kawasan larangan.Macam mana?" cadang Yanna sambil mengerling Ame yang diam seribu

"Aku okey je.Tapi ikut jantina atau tidak?" tanya Naufal

Belum sempat Yanna menjawab, Ame mencelah dalam perbincangan.

"Tak payah ikut jantina.Lagipun senang sikit kalau jumpa pelajar perempuan yang buat masalah.Kumpulan satu, Ryyana dan Naufal.Manakala Aku dengan mamat ni kumpulan kedua dan tiada bantahan faham." putus Ame sambil menilik jam tangan nya

Ame langsung tidak menghiraukan pandangan tidak puas hati Darwish.Lagipun sebagai pengawas, dia perlu bijak merancang sesuatu perkara dengan cepat dan logik.Yanna hanya menggeleng kepala dengan muka pasrah apabila kakak nya yang seorang ni dah buat keputusan.

"Jadi... apa yang korang tunggu tu?Dan kau, cepat sikit boleh tak bergerak.Jangan sampai kau dimerit dengan aku karang.Aku benci orang yang suka buang masa macam kau sekarang ni," bebel Ame tanpa sedar

Yanna yang mendengar Ame membebel, tersenyum geli hati.Ame yang perasan akan tingkah laku Yanna, terus muncul idea yang bernas.

"Wei... Ryyana tadi kan aku ada dengar siapa buat kerja dia dapat kitkat nanti.Baik kau gerak cepat kalau tidak kitkat tu dah habis pulak.Lagipun aku dengar ramai yang tengah beratur nak kitkat tu." kata Ame sambil membuat muka bingung

Yanna yang terdengar pasal kitkat terus dia memandang ke arah Ame dengan tepat.Dari mata pun Ame boleh lihat yang Yanna akan mula bersinar apabila menyebut pasal perkataan kitkat.

'Senang gile dia ni masuk umpan aku.Kalau aku tahu, hari-hari aku guna perkataan kitkat untuk umpan dia.' bisik Ame dalam hati

"Kitkat??? Kat mana tu kak?Mana kau tahu ni?" tanya Yanna bertubi-tubi

Ame,Darwish dan Naufal yang melihat perangai Yanna serupa budak yang langsung tidak pernah jumpa gula-gula langsung pun ada.Nak gelak je Ame tengok tapi tidak jadi disebabkan ada Darwish dan Naufal sekarang ni.

"Ada wei tapi kau kena buat dulu periksa bahagian depan tu ada pengawas atau tidak dan ronda dekat kawasan kelas kalau ada yang masih degil nak masuk ke dalam kelas.Lepas siap semua tu baru dapat kitkat dari aku.Tapi kau kena pergi dengan Naufal ye." kata Ame 

Yanna yang pada mulanya bercahaya terus menjadi muram apabila kena bekerjasama dengan orang lain.Nak atau tidak dia hanya mampu ikut arahan Ame tanpa membantah.

"Lepas kau dah siap buat kerja nanti, aku bagi kitkat dekat kau ye.Dah lah jangan nak murung sangat lah." pujuk Ame

Yanna hanya menangguk kepala sahaja sambil merenung Naufal yang sedang berdiri di sebelah Darwish.

"Naufal, kan?Jom kita gerak sekarang.Lagipun ada banyak perkara yang penting aku kena beritahu.Oh ye janji tau pasal kitkat tu, pikachu.Kalau lupa siap kau aku kerjakan nati." kata Yanna sambil melambai tangan

'Dalam-dalam banya benda,dia boleh panggil aku pikachu.Aku ni dah serupa dengan pikachu ke apa?' monolog Ame 

Tanpa membuang masa, Yanna dan Naufal bergerak ke tempat untuk meronda.Ame dan Darwish hanya mampu memandang dari jarak jauh sahaja.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now