Bab 24

130 14 0
                                    

Ame yang mendengar hanya mampu mendiamkan diri sahaja.Lagipun bukan dapat manfaat langsung pun.Biarlah cikgu yang kenalkan mereka tu pada semua lagi senang.

"Wei,Ame.Aku nak pergi dekat kawan-kawan aku dekat sana tu.Kau okey tak duduk sorang ni?" tanya Yanna

Ame yang sedang khusyuk membaca, terus memaling ke arah Yanna yang sudah berdiri tegak.Ame merenung Yanna sebelum mengalih arah nya ke belakang dimana kawan-kawan Yanna berada.

"Okey je.Pergi je lah.Aku nak baca buku ni sampai cikgu datang." kata Ame sebelum menyambung membaca semula

Selepas Yanna pergi,Ame masih membaca buku itu.Bagi semua orang itu hanya lah sebuah buku lama, tapi bukan Ame.Bagi dia buku itu adalah diari arwah mummy yang sangat bermakna dalam diri nya.Dia langsung tidak kesah apa yang orang kata pada nya tapi diari mummy nya membuat dia dapat merasa yang mummy nya berada di sisi nya.

Tanpa dia sedar sudah ramai pengawas sekolah yang sampai.Terus Ame menyimpan buku diari mummy nya ke dalam beg sekolah apabila melihat kelibat cikgu pengawas mula muncul.Di belakang cikgu pengawas nya, terdapat dua orang pengawas yang baharu masuk.

'Siapa pulak diorang tu?Mungkin pengawas baru rasa nya.Langsung tak pernah nampak dekat sekolah.' desis Ame

Semua orang melihat dua orang lelaki yang berada di belakang cikgu terkaku.Pengawas perempuan tergamam melihat mereka berdua yang sedang berjalan di belakang cikgu.Ada diantara sudah tergedik seperti belut yang tiada tulang pun ada.

Cikgu yang melihat gelagat mereka, terus menghadiahkan jelingan tajam pada setiap seorang kecuali Ame.

'Nasib korang lah.Yang pergi tergedik-gedik tu dah kenapa.Langsung tak pernah nampak lelaki je aku tengok.' sinis Ame 

"Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.Selamat kembali ke sekolah semua.Kamu semua sudah maklum bahawa beberapa badan pengawas bakal mempunyai ketua dan penolong baharu, betul tak?" tanya cikgu pengawas AKA cikgu Lidya

"Betul,cikgu." kata salah seorang pengawas

"Jadi memandangkan hanya badan pengawas sekolah sahaja yang masih belum mempunyai ketua dan penolong.Maka, pengetua membuat keputusan untuk memilih pelajar baharu menjadi ketua dan penolong pada tahun ini." terang cikgu Lidya

Ame dan Yanna tercengan apabila mendengar pengumuman cikgu Lidya untuk melantik pelajar yang berada di belakang cikgu menjadi ketua dan penolong mereka.Terus mereka memandang ke arah cikgu dengan penuh persoalan.

"Cikgu siapa pulak ketua dengan penolong pengawas tahun ini?" tanya Yanna dengan bingun

Ame hanya mampu mendiamkan diri sahaja apabila Yanna sudah bersuara.Lagipun dia bukan jenis banyak bercakap di sekolah kecuali kalau perkara penting sahaja.Ame langsung tiada masa nak bercakap benda yang mengarut sahaja.

"Terima kasih Ryyana.Nasib baik awak ingat kan saya.Kalau tidak sampai kesudah kamu semua tidak tahu nama ketua dan penolong kamu.Baik lah kamu berdua boleh memperkenalkan diri pada semua ye." kata cikgu Lidya sebelum bergerak ke tepi untuk memberi ruang

Semua orang yang berada di dewan terbuka termasuk Yanna menumpu perhatian pada dua orang lelaki di hadapan mereka.Ame yang tidak berminat untuk melihat siapa di hadapan hanya menunduk kepala sahaja.

"Assalamualaikum, semua.Nama yang diberi adalah Tengku Luth Izz Darwish.Korang semua boleh panggil aku Darwish.Aku pelajar dan jugak ketua pengawas baharu untuk tahun ini.Satu je aku nak beritahu, tolong beri kerjasama dengan aku sepanjang berada di dalam badan pengawas." kata Lelaki pertama

Pengawas perempuan yang mendengar, terus menjerit kuat sehingga Ame dengan spontan menutup telinga nya.Nyaring sungguh pengawas perempuan menjerit sampai boleh bergema satu kawasan.

'Diorang ni telan mikrophone ke sama kecil?Pekak pulak telinga aku dengar diorang jerit.Macam tak pernah dengar nama lelaki langsung.' monolog Ame sambil mengusap telinga nya

Selepas keadaan menjadi reda, seorang lelaki yang berada di sebelah pulak bergerak ke hadapan.Hampir semua pelajar perempuan tergamam sehingga tidak berkelip langsung mata itu.

"Assalamualaikum, semua.Nama aku ialah Tengku Harraz Naufal.Tapi panggil sahaja Naufal sudah cukup.Aku harap yang korang dapat memberi kerjasama dengan aku sepanjang aku bertugas sebagai penolong ketua pengawas." kata lelaki kedua itu

"Baiklah,Darwish,Naufal.Terima kasih untuk memperkenalkan diri.Kamu boleh duduk di belakang Fikah dan Ryyana.Fikah and Ryyana sila angkat tangan kamu berdua." ujar cikgu Lidya

Ame dan Yanna mendengar nama mereka dipanggil, terus mengangkat tangan.Selepas mengucap terima kasih, mereka berdua bergerak ke arah belakang yang terletak dua orang pengawas perempuan.

'Asal budak perempuan ni macam pernah nampak.Tapi dekat mana ye?' monolog Darwish

Terus mereka duduk sambil melihat ke hadapan.Salah seorang daripada mereka asyik menunduk kepala sahaja sambil mencatat sesuatu di dalam sebuah buku sederhana tebal.Lalu mereka berdua menumpukan perhatian mereka terhadap cikgu Lidya.

Selepas mendengar beberapa taklimat daripada cikgu Lidya, semua pengawas menjalankan tugas mereka.Ame dan Yanna juga bangun dari tempat mereka lalu mereka bergerak ke dataran sekolah sambil membawa beg sekolah.

Namun langkah mereka terhenti apabila cikgu Lidya memanggil nama mereka.Ame dan Yanna mengalih pandangan ke arah cikgu Lidya yang sedang berdiri di hadapan ketua dan penolong baharu.

"Fikah,Ryyana.Boleh tak kamu berdua jadi pemerhati untuk Darwish dan Naufal selama dua bulan?" tanya cikgu Liyda dengan Lembut

Ame tersentak mendengar soalan cikgu Lidya.Yanna yang melihat riaksi Ame, terus memaling ke arah cikgu Lidya.Tanpa apa-apa amaran, Yanna bersuara.

"Boleh je, cikgu.Lagipun, kitorang boleh sahaja nak tunjuk ajar pada mereka berdua." kata Yanna sambil tersenyum

'Bertuah punya adik.Bila masa aku setuju juga ni.' desis Ame dengan geram

"Fikah.Kamu dari tadi diam je.Diam ni makna nya setuju lah, kan?" tebak cikgu Lidya

Ame yang diam sahaja hanya mampu mengangguk kepala sahaja.Yanna yang melihat kelakuan Ame hanya mampu tersenyum kecil sahaja.

"Baiklah saya tinggalkan mereka berdua pada kamu ye.Saya pergi jumpa pengetua dahulu." ujar cikgu Lidya

Selepas cikgu Lidya pergi,Yanna mencuit bahu Ame dengan kuat.Ame terkejut dengan tindakan Yanna, terus mengetuk tangan itu menggunakan buku peraturan sekolah.Yanna berdesis apabila Ame mengetuknya menggunakan buku tebal itu.


Miss Sliver HighDonde viven las historias. Descúbrelo ahora