Bab 81

21 2 0
                                    

"Kamu jangan nak kata buruk pasal kami semua, Afdzim!" marah pak ngah

Afdzim menyandar badan nya sambil memeluk tubuh sebelum mengerling ke arah abang sulung nya yang satu itu.Daddy dan abang long amat faham akan kerlingan Afdzim, terus meletakkan cawan mereka ke atas meja.

"Anak aku tak ada pula nak kata buruk pasal kau, Ngah oi.Kenapa nak melenting tak tentu pasal kalau korang tak terlibat pun?" soal daddy pula

Pak ngah dan yang lain terkelu apabila daddy seperti menangkap perbuatan mereka pada Ame sekarang ini.Abang long dan Afdzim juga tidak ketinggalan terkejut apabila daddy seperti tahu apa yang pernah terjadi pada Ame sebenarnya.

'Macam mana dia boleh tahu!?' desis nenda

"Daddy, along dengan angah masuk bilik dulu.Esok, kitorang ada plan baik punya untuk twins. Kan,Ngah?" kata abang long

Daddy mengangguk kepalanya sebelum mereka berdua masuk ke kamar beradu untuk mendapatkan rehat.Sempat Afdzim memberikan senyuman selamat malam pada daddy sebelum masuk ke dalam bilik tidur nya.

"Lebih baik korang semua masuk tidur dulu.Bonda dan ayahanda pun pergi lah berehat.Esok kita sambung berbincang lagi tapi Dan dengan Dilia terlibat juga." tutur Daddy sebelum meninggalkan semua orang

Semakin lama dia duduk berbincang tentang kesalahan anak perempuan nya itu, boleh sakit kepalas sahaja.Hanya dia, Dan,Dilia dan arwah isterinya sahaja tahu sifat Ame dari luar dan dalam walaupun gadis itu seorang kuat berahsia dengan semua orang termasuk dirinya juga.

'Abang minta maaf sebab gagal untuk tunaikan janji sayang yang satu itu.' desis daddy dalam hati

Melihat perubahan dastrik oleh Ame sejak arwah isterinya tiada, membuat dia mengetahui Ame sering menjadi mangsa oleh seluruh ahli keluarganya termasuk bonda dan ayahanda nya sendiri.

Cukup sahaja dia kehilangan isterinya kerana kewujudan puteri kembarnya itu membuat isterinya berada disisinya walaupun dalam diri anak gadis itu.Namun, disebabkan itu juga dia hampir kehilangan salah satu anak gadis nya kerana kecuaiannya sendiri.

SKIP TIME

Naufal mengerling ke arah Darwish yang elok sahaja diam menikmati makanan yang terhidang walaupun pada mula nya sudah berlawan mata dengan Ame sendiri.Rayyan dan Iqram memandang semasa sendiri sebelum mengangkat bahu mereka dengan serentak.

'Apahal pula diorang jeling Afdzal dengan Afdzim?' getus Darwish

"Diorang tu dah kenapa?" tanya Rayyan

"Kau tanya macam aku tahu je jawapan dia ke?" tanya Naufal balik

Terus terdiam Rayyan apabila Naufal memerlinya dengan sengaja.Iqram hanya menepuk bahu Rayyan sebelum dirinya mengerut kening sehingga berbentuk lipatan gunung-ganang sekarang ini.

Keysha,Ame,Syah dan Yanna menjeling tajam pada abang long dan Afdzim sehingga yang lain termasuk daddy naik pelik. Kedua-dua jejaka itu elok sahaja menikmati sarapan mereka walaupun dalam hati berdoa agar diri mereka tidak menjadi mainan kepada si kembar empat.

'Tolong jangan bunuh aku.Aku masih belum kahwin lagi untuk mati awal.' doa abang long dan Afdzim dalam hati

Mereka sangat berharap bahawa bukan Ame yang ingin membunuh mereka berdua.Memang secara fizikal Ame amat sukar bersuara tetapi sebenarnya dia adalah seorang adik dan kakak kejam kalau memberikan sebarang hukuman berdasarkan perbuatan jahat seseorang.

"Kakak,Me,Sya dan Baby." panggil daddy

Terus sahaja pandangan membunuh empat gadis itu menjadi pandangan lembut apabila daddy menyeru nama manja mereka.Daddy mengeleng kepalanya kerana terlampau faham sangat anak-anak perempuan nya.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now