Epilogue

35 2 0
                                    

SKIP TIME & PLACE

DARWISH POV

Melihat figura tubuh badan ku dan Rayyan yang elok sahaj terpancar pada cermin besar, membuat aku berasa sedikit berbeza daripada kebiasaannya.Rayyan yang sibuk berselfie langsung tidak dipedulikan.

'Bersedia ke aku untuk jadi seorang suami?Macam mana aku nak sayang dan cintakan minah senget tu sedangkan nyawa aku hanya setia untuk seorang gadis bernama Ika?Semoga aku mampu membahagiakan minah tu walaupun tanpa sebarang perasaan yang wujud.' bisik hati ku

KNOCK!KNOCK!

"Masuk." arah Rayyan

Sempat aku menjeling pada Rayyan kerana pandai-pandai sahaja memberikan arahan sedangkan lelaki itu sedang berada dalam bilik tidur ku sekarang ini.Hendak menghalau dari bilik ini, tak pasal kami berdua kena akad nikah di hospital kelak.

Wajah Iris yang elok sahaja terjengul disebalik pintu sambil tersenyum kecil.Tahu sangat gadis molek itu baru sahaja dibasuh oleh ummi kerana sibuk menyampuk orang tua bersuara.

"Menganggu Angah dengan abang Ayyan?" tanya Iris

Aku mengeleng kepala sebelum menarik nafas panjang.Malas sangat aku ingin mengeluarkan suara kerana cuba untuk mengawal kadar denyutan nadi yang tiba-tiba sahaja tidak normal daripada kebiasaan.

"Angah dengan abang Ayyan nervous ke?" tanya Iris dengan prihatin

"Entah lah.Angah bukan tahu pun angah ni tengah nervous ke atau tak." kata ku

"Adalah dalam sepuluh peratus macam tu nervousnya." kata Rayyan 

Iris hanya mengangguk seperti burung belatuk apabila mendapat jawapan daripada aku dan Rayyan.Sempat juga aku memandang Rayyan dengan pandangan curiga kerana dalam banyak-banyak manusia yang aku kenal, mamat buaya ini paling gelabah sejak semalam lagi.

"Lebih baik adik keluar sekarang sebelum angah suruh kawan-kawan adik guna cara diorang." ugut ku

Sesungguhnya apabila Iris ada dalam bilik kamarku, memang ketenangannya terganggu walaupun prihatin sebagai seorang adik.Iris yang membuat mimik muka buruk pada aku, terus keluar juga sambil menghempas pintu.

'Nasib aku dapat adik macam ni.Manja sampai naik lemak sangat.Aku yang anak manja dulu pun tak pernah naik lemak.' omel ku dalam hati

Baru sahaja suasana dalam kamar sudah tenang, muncul pula dua orang makhluk asing yang sentiasa setia bersama tidak kira senang mahupun susah.Siapa lagi yang aku maksudkan kalau bukan Iqram dan Naufal.

"Yow manusia!" sapa Iqram dengan selamba

"Waalaikumusalam.Adab kau mana, kabel elektrik?" sindir Rayyan

Iqram mencebik bibir sambil menjeling Rayyan malah mamat buaya itu tidak kalah juga membalas jelingan sehingga terpacar kilat kecil.Naufal mengeleng kepalanya manakala Darwish hanya menghela nafas berat.

'Macam mana lah mamat ni nak matang kalau perangai pun kalah dengan budak tadika?' gumam Naufal

Aku hanya merenung lantai sambil memikirkan masalah yang kerap timbul dalam Syarikat sedangkan diri ini masih lagi belum ambil SPM lagi.Naufal yang perasan aku termenung sehingga tidak mempedulikan perbalahan dua makhluk dari tamadun batu itu.

"Hari ni kan hari yang paling bermakna dalam seumur hidup kau.Cuba kau lupakan kejap masalah yang timbul tu dan fokus kejap dengan majlis kau." pujuk Naufal sambil menepuk bahuku

Aku tersenyum hambar namun masih lagi tidak dapat bertenang. Sungguh ini bukan diri aku yang sebenarnya.Mungkin sebab aku bakal mengalas tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak orang.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now