Bab 30

125 15 1
                                    

Ame yang langsung tidak mengalih pandangan nya kearah lain, membuat mereka semua langsung tidak menegur nya.Lagipun bagi mereka, Ame seperti budak sombong yang langsung tidak ingin bergaul dengan sesiapa.

Tanpa Ame sedar, ada beberapa pasang mata yang memerhati nya.Salah seorang mereka mengeluh perlahan.Manakala yang lain, terus memandang nya dengan pandangan pelik walaupun mereka langsung tidak tahu apa.

"Kau ni asal,Luth?Aku perasan kau usya minah tu je dari tadi?" tanya Rayyan yang pelik dengan kawan nya yang seorang ni.

Bukan senang nak lihat Tengku Luth Izz Darwish mengeluh hanya disebabkan seorang perempuan.Darwish memandang Rayyan dengan muka bosan sebelum menghadap buku nota kimia yang sempat di salin dalam buku rujukan nya.

"Kau okey tak,Luth?" tanya Naufal

"Okey je.Cuma aku nak fokus pada something je." kata Darwish 

'Dah kenapa aku sekarang ni?Siapa pulak dia tu?Kenapa aku rasa yang dia ni langsung tak ada kawan?' desis Darwish dalam hati

Iqram dan Rayyan berasa pelik apabila Darwish berkata seperti itu.Kalau tidak dia kerap buat dingin dua puluh empat jam dia tu.Naufal yang melihat Darwish mengelamun di dunia nya sendiri manakala Rayyan dan Iqram merenung kawan nya seperti polis percen sahaja bila tengok.

"Yang korang ni memang tak ada kerja ke?Dari tadi tenung muka aku ni macam penjenayah je?" tanya Darwish tanpa mengalih pandangan nya

"Asal kau ni?Macam kau sorokkan something daripada kitorang?" tanya Rayyan

"Dan kenapa kau renung budak perempuan tu dari tadi?" tanya Iqram

Darwish mengeluh apabila mengenang sikap dua orang kawan nya yang jenis terlebih prihatin sehingga tiada satu rahsia pun.Tapi kali dia terpaksa untuk rahsiakan daripada semua orang untuk kebaikan semua orang.

"Tak ada apa-apa pun.Aku mana ada masa nak sorok barang pun.Tak payah nak graba sangat lah.Dah lah hodoh lepastu perangai pun buruk.Memang sesuai pun aku panggil kau beruk." kata Darwish dengan selamba

Naufal yang mendengar ayat Darwish, tersenyum sumbing apabila melihat muka Rayyan dan Iqram berubah jadi asam kecut je.Lagipun Darwish bila dah selamba, memang cakap pun selamba habis.Dia cuma mampu menggeleng kepala melihat perangai diorang ni.

"Dan untuk jawapan kau,Syaq.Aku saja je tengok budak tu?Asal kau minat ke dengan budak tu?" sambung Darwish yang serkap jarang Iqram

Iqran yang mendengar ayat itu, hanya tersenyum sinis pada Darwish.Lalu dia memandang Darwish yang sedang kusyuk membaca nota kimia dan dia berbisik di telinga nya.

Darwish yang tersentak dengan ayat Iqram hanya mampu membatu diri sahaja.Lagipun dia bukan suka bercinta masa sekolah.Bukan dapat untung pun tapi menyusahkan diri adalah kalau nak bercinta semua ni.Lebih baik dia fokus dengan SPM untuk tahun ni, dapat jugak dia bangakan keluarga nya.

"Kalau aku cakap yang kau sekarang ni minat dekat budak tu.Lagipun aku kenal kau yang jenis langsung tak pandang peremuan kan?Tapi asal kau tenung budak tu?" bisik Iqram dengan penuh serius

Belum sempat Darwish ingin menjawab, Ame datang ke hadapan nya.Rayyan,Iqram dan Naufal terkejut yang Ame datang ke arah mereka.Manakala Darwish tergamam apabila Ame sekarang ini berada di hadapan nya.

Ame melihat mereka berempat dengan pandangankosong dan langsung tiada secalit senyuman sedikit di wajah nya.Lagipun bagi dia lelaki menyusahkan sahaja dalam hidup dia kecuali orang yang dia sayang sahaja.

"Nah." kata Ame sambil menghulur files

Darwish dan yang lain memandang pelik pada Ame.Ame pulak hanya mengekalkan riak wajah kosong sahaja.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now