Bab 60

113 12 12
                                    

"Ryyana.Kau pergi panggil cikgu Lidya dengan pengetua sekarang.Jangan tanya apa-apa sebab diorang perlu tahu tentang masalah anak-anak buah dia ni." arah Darwish

Yanna mengangguk kepala sambil melempar tablet nya ke atas.Namun, sempat sahaja Ame menyambut tablet tersebut.Memang tidak boleh harap betul lah si Yanna kalau dibaling nya barang tapi dengan Kitkat langsung tidak pula mahu membaling ke atas.

'Macam-macam betul lah perangai adik aku ni.Nasib baik lah perangai adik angkat aku tak sangat macam kambeng ni.' desis Ame

Ame terus berjalan mengikut Darwish dan yang lain dari belakang.Lagipun, dia malas untuk berjalan seiring dengan Darwish seperti pasangan suami isteri.Jadi, selagi dia bukan milik mana-mana lelaki, maka Ame tidak boleh berjalan seiringi kecuali abang long dan Afdzim.

BILIK PENGAWAS

Ame terus melangkah ke arah rak-rak files yang disediakan.Ini kerana dia ingin mengambil data peribadi serta laporan tahun sebelum ini.Sebenarnya ada yang tidak kena semasa dia menyemak semula laporan tersebut.

'Mana pulak laporan tu?' desis Ame

Darwish berdiri di hadapan Balqish,Putri dan Nathra dengan muka beku nya.Memang tiada istilah untuk dia beramah mesra dengan orang lebih-lebih lagi pelajar atau pengawas perempuan.

'Ya Allah!Jauhi lah aku daripada zina mata ini.' gumam Darwish

Entah kenapa dia mula berasa tidak selesa apabila pemakaian Balqish,Putri dan Nathra seperti ingin berhibur di kelab malam sahaja.Dia berdoa sangat agar Naufal atau pengetua muncul dengan kadar segera.

Ame perasan akan pandangan Balqish yang ingin mengoda Darwish dengan cara jijik sekali.Selepas menjumpai file yang diingini, terus dia bergerak ke arah meja yang disediakan untuk pengawas.

"Untuk apa?" tanya Darwish dengan bingung

Ame menahan diri daripada memaki orang.Dia perlu bersabar sedikit sahaja sebelum meletup dengan tiga perempuan dihadapan nya.Memang tidak tahu malu atau apa mereka dengan mengoda anak teruna orang.

"Untuk kau sign borang nikah.Dah kau suruh aku ambil fail ni kan?Ambil lah." ujar Ame dengan terselit perlian

Darwish mendengus sebelum mengambil fail di tangan Ame dengan kasar.Lagipun, dia masih belum mengenal pasti apa punca baju Ame terkoyak di tepi dan muka nya sedikit merah.Dia perlu mendapat bukti sebelum memberi keputusan yang adil.

'Nasib baik lah aku ternampak koyakan baju minah tu.Kalau si Raz tu yang nampak, memang aku tanam hidup-hidup mamat tu.' getus Darwish

Ame perasan akan diri nya diperhatikan, terus menoleh ke arah tingkap namun tiada siapa langsung.Tanpa diri nya, Ame terlanggar badan Darwish sehingga hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Darwish sendiri.

Ame memejam mata nya apabila dia ingin terjatuh.Namun dia tidak merasa sakit atau jatuh apabila membuka mata.Terkaku diri nya apabila melihat Darwish menyambutnya daripada jatuh dengan memeluk pinggang ramping nya.

"Kau okey?" tanya Darwish dengan prihatin

Ame tergamam apabila melihat kedudukan nya dan Darwish hanya beberapa inci sahaja.Bagaikan ada sesuatu yang memukau diri untuk terus memandang wajah Darwish.Mata Iris hazel karamel milik Darwish seperti seseorang yang pernah dia kenali.

'Dekat mana aku pernah nampak warna mata ni?Macam pernah nampak tapi bila eh?' monolog Ame

Darwish pula langsung tidak mengalih pandangan nya.Entah kenapa Iris dark chocolate Ame terlampau cantik daripada biasa.Apabila pandangan si Adam dan si Hawa bertembung, langsung tidak menghiraukan benda lain.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now