Bab 64

112 8 12
                                    

'Aku harap yang budak kambing tu tak menyenduk tepi bucu dinding.Kalau tidak, parah dia kena dengan mama pikachu.' monolog Syah

Yanna mencebik bibir nya kerana dikatakan pendek daripada mereka bertiga.Tahu lah dia ni bukan hantu susu tapi jangan lah perli sangat.Sudahlah si galah rambutan itu masih mengelarkan diri nya kuman.

'Tercidyuk guew.Macam mana lah aku boleh ada kakak macam ni?Perempuan yang pendek lagi kiut dari perempuan tinggi macam mama pikachu.' gumam Yanna

Keysha tersenyum manis apabila Ame tahu tentang kesukaan nya.Memang tidak pelik kalau Ame boleh tahu kesemua perbezaan diantara mereka berempat lagi-lagi Yanna.Yanna terlampau untuk membezakan kerana tinggi nya sahaja.

Keysha pada cara pemakaian nya sahaja orang lain boleh membezakan sahaja.Manakala untuk Ame dan Syah adalah tudung mereka sahaja.Syah lebih selesa memakai niqab dan Ame gemar mengenakan diri nya dengan mask hitam.

"Ouh.Baru ummi faham tapi macam mana kamu boleh tahu tentang semua ni?" tanya ummi

Darwish mengangkat sebelah kening nya ke atas sambil memeluk tubuh.Ame mengecilkan mata nya apabila melihat alis Darwish naik.Sempat lagi Darwish tersenyum sinis pada nya sambil menyenget kepala.

'Mamat ni kan!!Kau tunggu je lah nanti.' bentak Ame dalam hati

"Sebab saya adik kepada Syirah dan kakak kepada Sofe dan Fiyya.Sebenarnya kami berempat ni kembar seiras, tapi semua orang senang terbalikkan antara kami berempat." kata Ame 

Ame menjeling ke arah Syah untuk bersuara juga.Kali ini sahaja mereka berdua terpaksa mengadaikan suara mereka untuk menjawab soalan daripada mendiamkan diri sahaja.Rayyan tersengih sinis.

Syah cuba menahan diri daripada menendang lelaki buaya terlepas.Siapa yang tidak sakit hati apabila musuh sendiri sengaja membakar api hati nya.Memang dia akan benci Rayyan sehingga mati.

"Betul tu, ummi.Untuk elakkan orang keliru antara kami berempat, kami berpakat untuk menukar cara kami.Macam Syirah lebih gemar dengan fesyen, Fikah kepada sifat pendiam dan hanya bercakap bila perlu.Saya pula jenis suka niqab dan akhir sekali Yanna lebih kepada ketinggian dia sahaja." terang Syah

Ummi mengangguk faham sebelum menarik Ame dan Syah dalam pelukan.Mereka berdua terkejut namun tetap membalas pelukan ummi.Iris menjeling sebelum bangun dari duduk nya lalu masuk ke dalam bilik tidur.

BUMM!!

Darwish dan Ryan mengeleng kepala mereka apabila melihat telatah si adik seperti cemburu akan Ame dan Syah.Anak bongsu mana yang tidak cemburu lagi-lagi dia adalah seorang anak perempuan tunggal.

'Salah aku ke?Patut ke aku pujuk budak tu?' gumam Ame

"Along,Angah kenapa dah dengan adik kamu tu?Baba dekat bilik kerja terdengar kuat sangat dia tutup pintu?" tanya nya

Mata Ame membulat apabila melihat lelaki yang menurungi dari tangga adalah salah satu client nya.Jadi, kalau client nya adalah ayah kandung pada Darwish makna nya dia sudah lama berjumpa dengan bakal bapa mentua nya.

'Jadi.. selama ni aku kerap jumpa bakal bapa mentua tanpa aku sedar.Woah, speechless.' bisik akal Ame

Namun, dia menunduk sedikit wajah nya agar tidak dapat diketahui oleh Tan Sri Daniel sendiri.Hendak rasa menyesal tidak pun tidak berguna lagi kerana sudah terlambat untuk  memutarkan semula waktu.

"Kamu berempat.Ni lah suami ummi dan ayah anak-anak ummi.Tan Sri Daniel nama nya." terang ummi

"Panggil baba sudah cukup ye.Siapa nama kamu berempat ni?" tegur baba

Ame menjeling Yanna untuk bersuara bagi mewakilkan mereka berempat.Yanna mengeleng kepala nya sebelum mata bersinar-sinar apabila melihat Kitkat digoyangkan ke kanan dan kiri.Syah mengangkat kening nya sebelum Yanna mengangguk kepala.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now