Bab 59

104 8 5
                                    

"Senang cerita, semua orang minta maaf je lah.Daripada bertekak, lebih baik minta maaf even dalam hati memang langsung tak nak maafkan orang." putus Naufal dengan nada lemah

Ame dan Syah hanya mengangguk kepala nya memandangkan kedua-dua malas ingin bersuara.Apabila bersuara, pasti kata-kata tajam sahaja yang bakal terpacul dari mulut kecil molek mereka.

Yanna mendengus sebelum mengangguk kepala nya manakala Keysha menunduk kepala nya sambil mengangguk.Yanna memang seorang perempuan yang paling Ego dengan lelaki manakala Keysha jenis pemalu.

"Asif. (Maaf)" kata Syah

Rayyan yang faham akan bahasa arab, mengangguk kepala.Dia langsung tidak hairan kalau Syah mengucap perkataan maaf dalam bahasa arab.Lebih lembut dia berkata seperti itu walaupun Rayyan memang benci dengan perempuan.

"Jeosonghabnida. (Maaf)" ujar Yanna

Iqram sudah pening-pening lalat apabila Yanna bercakap dalam bahasa asing.Sumpah, entah kenapa dia menjadi terlampau lembab sangat untuk memahami bahasa pelik.

"Apa kau cakap?Aku tak faham sebenarnya." jujur Iqram

Yanna terus menyorok tangan nya ke belakang sambil mengepal sekuat hati.Sumpah dia terasa ingin masak lemang dengan menggunakkan moyang buloh lemang ni.Dia masih mengekalkan senyuman paksa di wajah nya.

"Aku cakap maaf, moyang.Lain kali belajar lah sikit bahasa asing." kata Yanna dengan perlian

Iqram membalas senyuman paksa kepada Yanna apabila diperli sebegitu.Kalau sebab ada Ame dekat sini, memang sudah lama budak tidak cukup zat besi ni dia kerjakan habis-habisan.

'Sabar Iq, sabar ~' desis Iqram

"Duibuqi. (Saya minta maaf)" pohon Keysha

Naufal dengan riak wajah mendatar hanya mengangguk kepala.Lagipun, ini sudah dua kali minah belut ini mengucapka perkataan maaf.Langsung tidak layak untuk menerima setiap maaf daripada mulut orang.

"Gomen'nasai (maaf)" tutur Ame

Darwish mengangguk kepala nya dengan muka beku.Walaupun ada segelintir pelajar lain lalu di sekeliling nya, namun entah kenapa pandangan nya langsung tidak beralih daripada memandang mata Ame.

'Kenapa mata dia macam pernah nampak je?Tapi dekat mana?' getus Darwish

"Kitorang maafkan.Tapi aku nak jumpa korang berempat dekat padang nanti.Lepas subjek pertama korang tamat." arah Darwish

Ame,Keysha,Syah dan Yanna mengangguk kepala dengan pasrah.Apabila sudah memaafkan seseorang, mereka tidak boleh melawan kata-kata nya seperti pantang larang.Walaupun dalam hati mereka rasa bersalah dan tunggu ribut petir muncul sahaja.

"Ape-ape je lah.Boleh tepi sikit tak?" ujar Yanna dengan kasar

Yanna dan Keysha yang paling banyak bersuara daripada Syah dan Ame.Syah hanya bersembang dengan kawan atau mereka bertiga manakala Ame hanya akan bersuara pada benda yang peting sahaja.

Terus Darwish,Rayyan,Naufal dan Iqram memberi laluan kepada mereka berempat.Ame sempat melanggar Darwish dengan kasar,Syah memijak kaki Rayyan,Keysha mengetuk Naufal dengan buku dan Yanna menepuk belakang Iqram dengan kuat sekali.

'Padan muka.' desis Ame,Keysha,Syah dan Yanna

END FLASH

Selepas loceng kedua berbunyi, terus Ame,Keysha,Syah dan Yanna keluar dari kelas.Rakan-rakan kelas mereka memandang pelik apabila melihat wajah Keysha yang mendung dan Yanna cemberut.

"Wei,Nasha." panggil Azira

"Apa?" tanya Nasha

"Asal dengan si Syirah tu?Moody semacam je aku tengok." ujar Alin

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now