Bab 77

25 2 0
                                    

'Aku dah lama tahu kau jadi hamba abdi diorang, tapi kenapa sampai bantuan Key kau sanggup tolak?' gumam Syah 

Sebenarnya Syah secara tidak sengaja membaca diary milik Ame semasa Ame pernah ditahan di ward selepas tidak sedar diri di sekolah sebelum ini.Kebetulan hanya diri nya sahaja berada jauh sedikit daripada semua orang, tiada siapa yang perasan akan kegiatan nya.

Dia hanya mampu merahsiakan semua ini daripada pengetahuan sesiapa walaupun dia pasti Ame akan mengesan sesuatu yang berlainan pada nya dengan pantas.Syah amat mengenali sifat Ame yang satu itu, mudah menangkap penipuan seseorang dengan melalui mata sahaja.

"Dan jangan lupa masukkan beg kitorang elok-elok ye.Mahal beg tu lainlah beg kau, jumpa dekat bundle je." kata nenda 

Ame hanya mengangguk kepala nya tanpa mengeluarkan sebarang bunyi daripada mulut. Belum sempat Ame ingin membawa semua bagasi yang amat berat daripada berat badan nya, ada seseorang menolak diri nya tersungkur tanpa belas kasihan.

"Nak kemana kau bawak beg tu?" tanya pak Ngah

Ame cuba menenangkan diri nya daripada memalukan nama baik daddy dan arwah mummy sekarang ini.Tanpa memandang wajah mereka semua yang sedang elok mempamerkan senyuman ejek dan sinis kepada nya.

"Lift." jawab Ame sepatah

"Bila masa pulak kitorang suruh kau bawak beg tu naik lift?Guna tangga sana.Lift tu hanya untuk orang yang tak bawa kesialan dalam hidup macam kau." kata Sandra dengan penuh jijik

Ame menarik nafas nya sebelum mengangkat bagasi menggunakan tangga yang pasti mengambil masa agak lama untuk sampai ke bilik tetamu.Namun, kerana niat nya ingin melepaskan kemarahan nya secepat yang mungkin, lebih baik dia bertindak segera.

Saudara mara yang melihat kesungguhan Ame mengangkat bagasi mereka tanpa menggunakan lift, membuat mereka semua tergelak kejam malah ada yang menayangkan senyuman ejek kepada gadis kecil itu.

'Gelak selagi korang semua mampu, jangan sampai kala jengking tunjuk sengat nya pada mangsa satu hari nanti.' getus Ame 

Abang long dan Afdzim hanya mampu memandang Ame dari jauh sahaja apabila kesemua saudara mara mereka sebelah daddy melayan Ame seperti seorang hamba.Entah kenapa mereka tidak mengerti bagaimana Ame mampu bertahan sedangkan mereka tidak.

"Aku harap bulan dapat jumpa balik cahaya kebahagian dia semula.Aku langsung tak nak tengok dia terima semua tempias yang arwah mummy lalui."pohon Afdzim 

Abang long yang mendengar akan harapan daripada satu-satu nya adik lelaki nya, terus menepuk bahu dengan perlahan sebelum tersenyum nipis.Sebelum pandangan nya ke arah luar tingkap apabila mengenangkan kesukaan Ame setiap malam.

Walaupun nampak Ame seperti dikongkong oleh semua orang untuk mempunyai seorang kawan tetapi melihat sifat adik nya yang berubah sejak arwah mummy mereka meninggalkan semua telah memberi implak yang tinggi kepada Ame sendiri.

"Bukan kau sorang je yang nak tengok adik perempuan sendiri berubah sebab salah seseorang yang bawa diri mon amour terjerat dalam permainan ni.Tapi aku yakin adik kita yang sorang tu boleh jadi macam arwah mummy walaupun kita sendiri tak boleh jangka apa akan jadi dekat masa hadapan gamak nya." terang abang long

Afdzim terus membuang pandangan nya ke arah luar tingkap sambil memasukkan tangan nya ke dalam poket seluar kerja.Memang betul apa yang diperkatakan oleh abang long sendiri namun dia hanya berharap sangat melihat senyuman adik nya yang ikhlas itu seperti dulu.

'Dan aku harap mummy bangga ada si kembar sebagai anak yang tabah lagi-lagi mon amour/bulan walaupun pelbagai masalah sentiasa muncul.' doa abang long dan Afdzim dengan satu harapan

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now