Bab 44

113 12 1
                                    

"Ye... apa yang kau cakap tu memang betul.Tapi tak ada seorang pun faham macam mana sakit nya bila orang kau betul-betul sayang, dan dia gunakan kau untuk kepentingan diri dia je.Cukup sahaja aku dengan abang aku yang rasa macam ni.Jadi, ini lah tujuan aku nak balas dendam dekat 'dia'." ujar Darwish dengan perlahan

'Dan aku akan buat juga walaupun terpaksa sakitkan hati salah seorang daripada mereka.' sambung Darwish dalam hati

"Aku tak rasa plan kau ni akan berjaya ,Luth.Terus terang je yang kau dengan Raz perang dingin kan?" tanya Iqram 

'Kejap macam mana dia tahu aku dengan Raz tengah perang dingin sekarang.Oh.. lupa.Dia kan hacker, sudah tentu menghack telefon aku dan Raz.' gumam Darwish

"Haih... apa yang kau cakap tu betul.Aku perang dengan Raz dan jangan ingat aku tak tahu yang kau hack phone aku, kan?" tebak Darwish

Iqram hanya mampu tersengih sahaja apabila perbuatan nya ditangkap oleh Darwish sendiri.Hanya yang rapat sahaja masak dengan perangaia nya yang jenis menghack phone orang tanpa kebenaran.

"Alah... sekali sekala je.Lagipun ada hikmah disebalik tu jugak." kata Iqram

Darwish hanya memandang kosong sahaja.Malas nak layan perangai otak masuk air orange Iqram.Pelik benar mamat dekat sebelah nya pun ada sebenarnya.

'Dengan orang lain, heartless sangat.Tapi dengan aku asyik masuk air je.Dah mereng ke apa?Atau terlepas dari tanjung bunga ke ?' gumam Darwish

"Apa hikmah nya?" tanya Darwish

Iqram tersenyum senget sehingga mampu mengoyak muka nya itu.Darwish pula, berasa seram sejuk sahaja sekarang ini.Terus dia menoleh kiri dan kanan nya sekiranya ada benda halus mengganggu nya sekarang ni.

"Apa yang kau tengok tu?" tanya Iqram

"Erk... nothing.Cepat lah cakap apa hikmahnya?" desak Darwish

"Hikmah nya adalah...." kata Iqram

"Baik cakap sebelum nak kena humban dekat laut hindi." ugut Darwish

"Haih... ye lah.Hikmahnya, aku dapat tahu apa masalah yang berlaku antara kita semua.Puas Hati kau???" Kata Iqram

"Dah lama puas pun hati aku ni." kata Darwish

"Wei..." panggil Iqram

"Hurm..." balas Darwish

"Sebenarnya... kalau aku cakap yang aku sokong apa yang Raz cakap tu, kau nak berperang dengan aku tak?" tanya Iqram

Darwish hanya mendiamkan diri sahaja.Sepatutnya Iqram sudah tahu apa jawapan nya.Namun sengaja ingin dia bersuara dengan mood nya yang tiba-tiba hilang.

"Memang aku marah.Tapi tak adalah sampai nak berperang bagai.Cuma kau pun faham kan perangai Raz yang memang tak boleh bincang tu?Jadi aku hanya mainkan peranan dalam peperangan yang dia cipta untuk aku." ujar Darwish

"Aik... benda tu pun boleh jadi kecoh?Memang pelik lah korang berdua ni." komen Iqram

"Lantak lah kitorang.Tapi kau tak tahu sangat apa yang terjadi dalam hidup kitorang,Jadi memang kau boleh kata macam simple.But actually it is tough you know?" kata Darwish

"What do you means it tough?Just tell me.Don't worry, I can keep it.Trust me." kata Iqram

'Haih... malas pulak kalau dah muncul sesi soal menjawab soalan PT3 je sekarang ni.' bentak Darwish yang bosan

"Nanti-nanti lah aku cerita.Tapi cuba kau perasan tak yang Hir jadi Eagles sekarang ni?" tanya Darwish separa bisik

"Bukan kau sorang je yang dengar, bro.Aku dah lama syak yang Hir ada dekat sini.Tapi aku buat bodoh je." kata Iqram dengan bangga

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now