Bab 49

93 10 0
                                    

Darwish hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh Ame.Langsung dia tidak mengetahui yang masih ada orang yang bersikap toxic masa kini.Namun dalam masa yang sama, dia berasa kesian pulak pada Ame.

"Maaf sebab aku buat kau ungkit semula kisah silam kau.Aku betul-betul tak sengaja." pohon Darwish dengan rasa bersalah.

Ame yang mendengar hanya mampu memandang Darwish dengan lembut sebelum memberi sebuah senyuman.Langsung dia tidak berasa bersalah pun untuk mencerita kisah silam nya pada orang yang berhak untuk mengetahui.

"Tak ada lah.Lagipun kau berhak tahu kisah silam aku sebenarnya.Kau kan tunang yang paling kerek dekat dunai sekali." kata Ame dengan selamba

"Kerek aku sekali pun, masih lagi ada perasaan jugak ye.Bukan macam kau tu." bangkang Darwish

"And lepas dari tu aku ubah diri aku untuk tak benci pada diri sendiri.Aku langsung tak kesah apa orang kata, maki, caci atau hina aku sekali pun, asalkan aku kenal siapa diri aku dari luar dan dalam.Tapi bila aku ingat balik apa yang pernah jadi dekat aku masa kecil dulu, memang aku nekad untuk balas dendam sebenarnya.Disebabkan diorang, aku dengan arwah mummy aku tersiksa sehingga mummy aku dah tak ada." sambung Ame

Darwish tersentak apabila Ame berkata seperti itu.Sungguh dia tidak sangka yang mampu bertahan walaupun dibenci dari kecil lagi.Kalau dia, rasanya dia akan bunuh sahaja dirinya sebab dia langsung tiada guna apa-apa.

'Kejap.. apa maksud dia nak balas dendam?Dan siapa diorang tu sebenarnya?' desis Darwish

"Apa maksud kau sebenarnya?" tanya Darwish

Ame terus memandang Darwish dengan begitu mendalam.Dia tidak kesah diri nya dibenci oleh Darwish sekalipun asalkan dia tahu siapa diri nya sebenarnya.Dia lebih gemar diri nya dibenci daripada jatuh cinta.Hanya disebabkan dirinya langsung tidak layak untuk cinta itu.

"Seluruh ahli keluarga sebelah daddy aku tak pernah suka kewujudan aku sebenarnya.Sebab sifat aku sama seperti arwah mummy aku.Aku asyik dilayan macam pengemis yang tiada maruah sahaja masa kecil tapi abang-abang aku,Syirah,Sofea dan Ryyana , diorang layan macam ahli keluarga sahaja.Dan benda aku tak boleh lupakan adalah masa umur aku tiga tahun sebelum arwah mummy meninggal beberapa bulan selepas tu.Diorang paksa mummy buat kemaskan seluruh rumah sampai berkilat.Kalau tak berkilat, diorang akan hukum mummy dengan kejam sehingga aku terjebak sekali.Bila aku ingat wajah mummy yang cengkung sebab sakit masa tu, aku rasa kesian tapi apa lah daya seorang budak perempuan yang berumur tiga tahun masa tu.Aku hanya mampu menangis melihat mummy aku kena pukul, tendang dan lagi-lagi.Bila aku jadi diri aku yang sekarang ni, aku langsung tak peduli perasaan sesiapa pu.Sebab diorang aku jadi benci dengan orang sampai aku langsung tak ada sorang pun kawan rapat mahupun sekolah." kata Ame yang langsung tidak sedar air mata nya keluar semula

Darwish yang perasan, terus menyentuh wajah bersih Ame.Langsung dia tidak tahu apa yang merasuk nya sekarang ni untuk menyentuh wajah tersebut.Hati nya berasa sakit melihat air mata diwajah itu keluar.

"Aku rasa cukup untuk kau beritahu.Aku tak nak kau terluka untuk ingat semula nightmare tu.Jujur aku katakan, kita akan rasa sangat sakit untuk mengingati kisah silam.Tapi disebabkan perkara tu jugak lah, kita mampu berubah menjadi diri kita yang sekarang ni.Macam aku pun ada jugak kisah silam yang ngeri, tapi kau boleh tengok diri aku sekarang ni.Jauh berbeza dari sebelum ni.Macam tu jugak dengan diri kau.Dalam kau tak sedar, kisah silam jugak mampu mengubah diri kau yang sekarang ni." jelas Darwish

Ame tergamam selepas mendengar kata-kata Darwish, lalu dia memaling wajah ke arah lain.Darwish menelan air liur nya apabila hati nya berasa aneh semacam sahaja sekarang ni sehingga dia tidak dapat mengawal langsung.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now