Bab 22

170 15 0
                                    

"Haih anak-anak dara ni.Tak nak tidur ke?" tanya satu suara daru arah belakang

Ame dan Keysha terkejut apabila satu suara menerjah mereka berdua.Apabila mereka mengalih kepala, tidak sangka pulak abang long boleh berdiri sambil menyandar badan nya di pintu peti ais.

"Ish.. abang long ni.Buat kitorang terkejut je lah.Ni cawan kosong ke?Meh sini Meme cucikan ye.Key pergi lah tidur dulu.Esok susah pulak awak tu nak bangun karang." halau Ame

"Haih... ye lah.Tapi make sure lepas siap cuci cawan terus masuk bilik ye.Jangan nak mengada tak masuk bilik ye.Kalau Key tengok Ame langsung tak ada dalam bilik, siap Ame kena ketuk tangan lagi." kata Keysha sambil tersenyum pada Ame

Ame yang melihat senyuman Keysha yang berbeza membuat dia berasa takut.Bukan boleh buat main dengan Keysha kalau dia dah senyum macam tu.Seram pulak rasa nya malam ni.

"O..key Key.Night" kata Ame

"Night to, babe." balas Keysha

Abang long yang masih menyadarkan diri dekat pintu peti ais, hanya tersenyum kecil melihat adik-adik nya mampu bertolak ansur.

"Yang abang long ni, tak nak tidur sini ke?" tanya Ame

"Rasa nya tak kut.Lagipun abang long mana ada bawak baju lebih untuk esok." tolak abang long

"Alah... tidur lah sini abang long.Lagipun esok kan kitorang nak sekolah dah.Boleh lah abang long sarapan dengan kitorang." pujuk Ame sambil membuat muka comel

Apabila Ame buat muka comel, memang tiada siapa pun yang boleh menolak permintaan nya.Abang long menggeleng kepalanya apabila melihat adik nya yang seorang ni pandai memujuk orang dengan cara dia sendiri.

"Haih... ye lah.Abang long tidur sini tau.Nak abang long hantar korang pergi sekolah tak esok?" tanya abang long sambil mengelap cawan yang sudah di basuh oleh Ame

"Kalau ikutkan pak mat yang selalu hantarkan kitorang kalau daddy ada meeting awal pagi.Kenapa abang long nak hantar kitorang ke esok?" tanya Ame dengan penuh teruja

"Kalau ikut kan jadual abang long esok tiada apa-apa meeting penting cuma kena tandatangan dokumen kerja je lah.Jadi waktu pagi abang long memang free.Macam mana nak tak abang long hantar kan korang semua?" tawar abang long

Bukan senang abang long nak buat tawaran macam ni.Tanpa fikir apa-apa, Ame tersenyum suka apabila abang long nya yang menawarkan diri untuk menghantar mereka berempat ke sekolah.Lalu Ame berdiri di hadapan abang long nya sambil memamperkan senyuman yang cukup  lebar.

"Okey, boleh.Tapi esok abang long kena hantar kitorang sebelum sekolah bermula.Boleh tak?" tanya Ame

"Boleh je.Cuma abang long nak tanya sesuatu ni?Korang pergi pukul berapa ye?Sebab abang long tahu yang Meme dengan Yanna tu pengawas sekolah kan, jadi mesti lebih awal berbanding pelajar biasa." tanya abang long

"Ouh pasal tu ye... selalu nya lepas solat subuh tu kitorang ambik roti bakar dan terus pergi sekolah.Boleh ke abang long bangun awal macam tu?" tanya Ame

"Eh... Meme jangan ingat abang tak bangun awal ye.Lagipun abang long ni jejaka yang paling awal bangun okey." kata abang long dengan perasan

"Tapi abang long adalah orang yang paling lambat bersiap seperti si Key tu.Kalau kitorang ajak mesti bersiap paling lambat daripada kitorang tahu tak." balas Ame

"Ish apa-apa je lah.Dah pergi tidur, karang tak pasal-pasal Key tengok Meme tak ada dalam bilik nanti mahu mengamuk dia tu." kata abang long

"Hurm.. ye lah Meme tidur dulu ye.Assalamualaikum abang long ku sayang." pinta Ame

"Waalaikumusalam adik ku." balas abang long dengan perlahan

SKIP TIME

Selepas selesai mandi,Ame terus bergerak ke bilik Keysha.Sebab dia tahu denga perangai Keysha yang memang jenis liat bangun pagi-pagi buta.Nasib nak kejut Syah dan Yanna agak senang sikit walaupun boleh lihat mata mereka tertutup.

Sesampai sahaja bilik Keysha, Ame terus masuk ke dalam lalu memetik suis lampu bilik tidur Keysha.Ame yang melihat Keysha yang masih nyenyak tidur dengan berbungkus dalam selimut tebal.

'Muka punya lah cantik tapi tidur nya tak senonoh betul lah Key.' perli Ame dalam hati

"Key..Keysha bangun.Dah subuh dah sekarang ni.Bangun cepat Keysha.Hari ini kan first day kita pergi sekolah.Bangun cepat sebelum Ame buat merepek nanti." ugut Ame sambil cuba mendekatkan diri pada Keysha

Belum sempat bibir Ame cuba mendekati pada telinga Keysha,Ame ditolak sehingga terjatuh dari katil.

Buk!!

"Aduh Keysha asal pergi tolak Ame ni?Sakit tahu tak pinggang Ame.Haih pergi mandi cepat kalau tak siap lah Ame kerja kan." ugut Ame

"Ye lah Ame and sorry pasal tertolak tu ye." pohon Keysha

"Cepat sikit bukan Pak Mat yang hantar kita hari ni." ujar Ame

Keysha, Syah dan Yanna terkejut apabila Ame mengatakan bukan Pak Mat yang hantar mereka.Jadi siapa pula yang hantar mereka pada waktu macam ni?

"Wei Ame sapa pulak yang hantar kita hari?Kalau daddy aku tak rasa sangat sebab daddy ada kata yang dia ada meeting penting awal pagi ni." ujar Syah

"Aha.. lagipun sapa lagi yang hantar kita kalau bukan Pak Mat.Wei jangan kata kita kena jalan kaki kut?" panik Yanna 

'Haih diorang ni aku nak cakap diorang potong.Susah jugak ada adik macam diorang ni.' desis Ame 

"Boleh tak jangan fikir benda bukan-bukan.Korang pergi siap dulu lepas tu turun sarapan.Aku dah buat sarapan sebelum korang bangun.Dah cepat pakai baju sekolah tu.Nanti bebel jugak orang tu karang." kata Ame sebulum masuk ke dalam bilik nya.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now