Bab 62

98 8 5
                                    

Tanpa Ame sedar, ada yang memerhati diri nya dengan penuh simpati.Anggun memang kenal akan anak bekas majikan nya itu.Pendiam di luar namun mempunyai seribu satu kisah yang tiada siapa yang tahu termasuk diri nya.

"Miss." panggil Anggun

Ame terus mengalih pandangan nya ke arah suara tersebut.Dengan muka kosong nya, dia memandang setiausaha nya yang sedang berdiri sambil membawa beberapa fail penting kepada nya untuk diselesaikan.

"Ada apa?" tanya Ame dengan serius

"Ini fail yang miss minta bawa ke sini." terang Anggun

Ame hanya mengangguk kepala nya sebelum bergerak semula ke katil nya.Anggun meletakkan fail yang dibawa nya dari pejabat ke atas meja pesakit.

"Dekat mana saya kena sign?" tanya Ame 

Anggun terus meunjukkan muka surat yang perlu ditandatangani oleh Ame.Lagipun, Ame adalah CEO bagi Sliveria dan Skyleria Holding.Jadi, dia sudah terbiasa dengan dunia koporat sehingga menipu pada semua orang.

"Dekat sini, miss." kata Anggun

Ame membaca setiap dokumen yang tertulis sebelum menurunkan tandatangan nya.Walaupun dia perlu berehat daripada melakukan pelbagai aktiviti namun dia sudah terbiasa.Tiada siapa yang boleh menghalang kehendak nya.

"Dari syarikat mana ni,Anggun?" tanya Ame 

"Dari Aries Holding." kata Anggun

Dari Ame darjah satu lagi, dia sudah berada dalam dunia pejabat.Berbeza sungguh dengan Keysha,Syah dan Yanna yang hanya perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran.Kadang kala Ame berasa sedikit cemburu namun dia tidak mungkin beritahu kepada sesiapa.

Namun, diri nya bukan sahaja dalam pelajaran malah perniagaan yang pernah diusahakan oleh mummy nya.Tiada siapa pernah tanya apa minat nya, apa impian nya apabila besar nanti atau apa matlamat nya.

Ame terus menandatangankan dokumen tersebut selepas membaca kesemua nya dengan penuh teliti.Anggun sebenarnya berasa kagum pada Ame kerana mampu menjadi CEO bagi dua syarikat yang paling hebat di asia dan eropah.

Namun, dalam masa yang sama juga dia berasa simpati pada nya kerana terpaksa membuat kerja dalam usia yang terlampau mentah lagi.Dia berharap sangat Ame dapat melihat kebahagian nya disebalik kesakitan.

"Nah.Saya nak semua meeting saya dalam online sahaja." arah Ame

Anggun mengangguk kepala nya sambil mencatat dalam tab nya.Ame amat serius dalam dunia koporat sehingga salah sedikit, memang ribut tsunami.Namun, sikap nya berubah menjadi diri nya ketika mummy nya masih ada apabila berada dalam Skyleria Holdings.

"Okey.Anything else, miss?" tanya Anggun

Ame berfikir sambil memandang ke arah luar tingkap.Entah kenapa dia berasa cukup letih walaupun sebenarnya dia memang tidak pernah merasakan seperti itu.Mungkin sebab kesihatan nya yang tidak mengizinkan diri untuk melakukan aktiviti.

"Tolong setkan temu janji saya dengan Tan Sri Daniel.Saya rasa ada benda yang tidak mencukupi untuk projek di China." tambah Ame

"Bila tu?" tanya Anggun

"When Tan Sri is free and same as me when I was free." kata Ame dengan tenang

Anggun mencatat perkara yang Ame perlu untuk menyelesaikan masalah syarikat.Bagi Ame, dia pantang kalau kerja nya ditangguhkan dalam jangka masa yang lama.Walau sakit macam mana sekalipun, dia perlu buat semua ini untuk mummy nya.

"Baiklah.Untuk hari ini, Miss ada meeting dengan semua staf dari Skyleria dan Sliveria Holdings sampai malam ini." kata Anggun

Ame mengangguk kepala nya sebelum menutup sebahagian wajah nya dengan menggunakan tudung.Anggun hanya memerhati gerak geri majikan muda nya yang sememang nya tidak mahu mendedahkan wajah pada semua orang kecuali Skyleria Holdings.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now